Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

POLIS EVO CATAT KUTIPAN PALING LARIS RM13 JUTA


Sehingga 8 Oktober 2015, filem 'Polis Evo' yang dipersembahkan oleh Astro Shaw telah mencatat kutipan tiket sebanyak RM13 juta menerusi 102 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sekaligus mencatat rekod sebagai filem Melayu paling laris tahun 2015 dan kedua terlaris di carta ‘all-time’ filem tempatan.  

Selepas 3 minggu berada di pawagam sejak ia ditayangkan pada 17 September 2015 lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, dan itu telah mengubah trend tradisi filem-filem melayu yang ditayangkan sebelum ini. 

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem 'Polis Evo' mengucapkan terima kasih kepada penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah memberikan sokongan luar biasa terhadap 'Polis Evo'. 

“Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang tidak henti-henti memberi reaksi positif mengenai Polis Evo menerusi laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan perbualan harian mereka.”


 “Polis Evo” merupakan filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakan Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?

Jika anda masih belum menontonnya, segera ke pawagam yang masih menayangkan filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular berkenaan. 

Kak Fas rekomen anda menontonnya kerana ia sebuah filem aksi yang benar-benar ada kelas dengan sinematografi cantik dan skrip menarik.