Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

4 JUTA SAKSI HAMIDAH JUARAI DA'I MUSIM KETIGA

DA'I Hamidah diapit Da'i Fuad dan Da'i Hidayu.

Hampir 4 juta penonton menjadi saksi Da’i Hamidah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga.  

Hanya dengan menjadi dirinya sendiri, Da’i Hamidah kembali mencuri perhatian para juri di pentas akhir Da’i Ahad lalu. 

Mengungguli dengan pungutan markah keseluruhan sebanyak 85.9%, Da’i Hamidah telah diangkat sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 tajaan TV3, saham PNB berjumlah RM5,000 pakej umrah tajaan Kembara Umrah Travel & Tours, Kembara Ilmu ke Istanbul & Ho Chi Minh, komputer peribadi tajaan Serai Mas dan juga pengalaman bekerja bersama Media Prima Berhad. 


Da’i Hamidah juga bakal menjadi kolumnis selama 6 bulan dalam Majalah-i, mendapat langganan percuma selama setahun dan menerima sebuah Al-Quran Amazing sumbangan daripada Majalah-i. 

Da’i Hamidah turut membolot hadiah Da’i Pilihan D’Herbs yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Aliff Syukri, Pengarah Urusan D’Herbs Holding Sdn. Bhd selaku penaja utama bagi musim ini.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, “Jika dilihat daripada rancangan Da’i musim terdahulu dan kini, jumlah penonton semakin meningkat lebih-lebih lagi apabila disiarkan di waktu perdana iaitu pada jam 9 malam. Peningkatan jumlah tontonan ini menandakan program sebegini mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada penonton. Oleh itu sebagai tanda penghargaan, kami menunaikan permintaan mereka dengan menerbitkan rancangan berbentuk dakwah dan pengisian rohani seperti Da’i. 

Da’i memberi peluang buat anak-anak muda khususnya untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam bidang dakwah tanpa batasan. Ini terbukti apabila tidak kesemua peserta mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang agama tetapi mereka telah berjaya mara ke peringkat akhir dan menjadi ikon di luar sana. Kami juga berterima kasih kerana tanpa penaja utama, D’Herbs, program Da’i ini pastinya tidak dapat dijayakan dengan sempurna.” 


Da’i musim ketiga mula bersiaran pada 16 Ogos lalu di mana pada musim ini mengetengahkan konsep baharu apabila lima peserta lelaki iaitu Da’i Fuad, Da’i Luqman, Da’i Hilman, Da’i Hijrah dan Da’i Ariffin dan lima peserta wanita iaitu Da’i Hamidah, Da’i Hidayu, Da’i Izzlyn, Da’i Syuhada dan Da’i Syailah bersaing di bawah pimpinan dua Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Elyas Ismail membimbing kumpulan lelaki (Ar-Rijaal) dan Dr. Rubiah K. Hamzah bagi kumpulan perempuan (An-Nisaa’). 



Datuk Ustaz Kazim Elias pula bertindak sebagai Mursyid (ketua mentor). Beliau bukan sahaja memantau prestasi para peserta, beliau juga turut berkongsi ilmu yang dimiliki bagaimana mahu menjadi pendakwah yang disegani. Datuk Rosyam Nor masih menggalas tugas sebagai pengacara dan dibantu oleh pengacara tersohor Tn. Hj. Zainal Ariffin Ismail sebagai pengacara bersama.




Ahad lalu, tiga peserta akhir iaitu Da’i Fuad, Da’i Hamidah dan Da’i Hidayu perlu menyempurnakan tugasan terakhir mereka di pentas Da’i ini dengan menghuraikan secara bijaksana takzirah yang bertemakan Amanah Da’i. 

Topik yang dihuraikan oleh Da"i Hamidah berjudul 'Aku Pendosa Juga Ingin ke Syurga' manakala Da'i Fuad membicara mengenai 'Benarkah Kita Cinta Rasulullah?' sementara Da'i Hidayu memilih tajuk 'Tercabut Rasa Tuhan'.

PERSEMBAHAN dari Farid Sanulah pada majlis pentas akhir Da'i Musim ke 3 baru-baru ini.