Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'AKU BUKAN SPY' INSPIRASI DARIPADA TRAGEDI MH370


Sekiranya kalian pernah menonton filem bertajuk “Spy in Love’ ketika tayangannya di Indonesia pada September lalu dan mahu menontonnya sekali lagi, andai kata ia ditayangkan di pawagam Malaysia pula….maka kemahuan anda itu akan termakbul awal tahun hadapan.

Ya… jangan keliru ‘Spy in Love’ dan “Aku Bukan Spy’ adalah filem yang sama cuma judulnya diubah mengikuti selera dan cita rasa penonton Negara masing-masing.
Kak Fas sudah pun dimaklumkan oleh produsernya, Encik Richard Ung yang filem berkenaan akan berputar di 50 pawagam sekitar Malaysia bermula 19 Januari 2017.

Dan bila ditanya bila agaknya para media dapat menyaksikan prebiunya?

Ini jawapan Richard ketika ditemui:

“Saya akan beri tiket pada pihak media untuk menontonnya di pawagam mengikut masa dan kehendak masing-masing kerana saya mahu mereka ‘enjoy’ menontonnya tanpa perlu membazirkan masa berjam-jam di majlis pra tonton.”

Oh begitu pula… ingatkan seperti lazimnya kebanyakan produser akan mengadakan tayangan pra tonton untuk media sebelum tayangan rasmi di pawagam.

“Buat apa buang masa,” terus terang Richard menyuarakan pendapatnya.

“Tetapi apa yang saya akan lakukan adalah merancang aktiviti  kira-kira seminggu sebelum tayangan di mana para media dan tetamu akan ‘berhibur santai’. Selepas itu saya akan memberitakan mereka tiket untuk menontonnya pada bila-bila masa tayangan di pawagam”.

Wah! Ini satu langkah kelainan daripada  kebiasaannya. Kira macam ‘countdown’ lah… ada pelbagai aktiviti dilakukan sebelum filem masuk panggung.  Kak Fas tak sabar pula nak tunggu pengumuman aktiviti-aktiviti yang bakal dirancangkan oleh Richard. 

Khabarnya antara acaranya adalah seperti melancarkan lagu OST filem ‘Sayang Mengundang’ serta nobel yang bakal diterbitkan oleh  Penerbitan Fajarpakeer mahu pun apps mainan video berkaitan filem. Menarik juga tu….

Sebenarnya, Kak Fas dah nampak bayangan  perancangan Richard sebaik sahaja dia melahirkan hasratnya untuk bertemu dengan beberapa portal hiburan dan bloggers secara dekat baru-baru ini.


Keinginan itu telah disampaikan oleh sahabat lama media Kak Fas, Akmal Abdullah yang mahu Kak Fas cari beberapa teman media portal dan blogger yang boleh meluangkan masa seketika untuk pertemuan eksklusif bersama Richard.

Dan pada hari berkenaan berkumpullah teman-teman Kak Fas dalam jumlah kecil untuk mendengar secara santai kisah mengenai filem “Aku Bukan Spy’ berkenaan.

Kisah mengenai apa ek cerita ini? Okey… Kak Fas story  sikit sinopsisnya ya….

Filem aksi komedi romantik itu berkisar mengenai seorang jejaka bernama Putra (lakonan Hamish Daud) dan gadis bernama Pevita (lakonan Siti Saleha), merupakan sepasang kekasih kerana bekerja di hotel yang sama. 

Putra melamar Pevita setelah sekian lama mereka menjalin hubungan. Pevita berasal dari Malaysia. Mereka merancang ingin melangsungkan acara resepsi pernikahannya di sebuah pulau supaya menjadi kenangan manis dan romantis, lalu memilih Pulau Pinang sebagai lokasi perkahwinan mereka.




Namun, hasrat mereka untuk berkahwin mendapat halangan daripada abang Putra, Ray (lakonan Ray Sahetapy) dan ibu Pevita, iaitu Fariza (lakonan Nasha Aziz). Lebih menyulitkan apabila Ray mengetahui identiti sebenarnya Pevita, yang dianggap sebagai seorang ejen rahsia di mana ia telah melakukan aksi penculikan terhadap beberapa tokoh bank dunia.  

Ray juga adalah bekas ejen perisik Indonesia. Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, pelbagai halangan dihadapi mereka sehinggakan mereka menghadapi cubaan bunuh oleh satu kumpulan  gangster. Mereka cuba menyelamatkan diri dalam masa sama Ray mula terpikat pada Fariza.

Eh sama pulak nama watak tu dengan nama Kak Fas – Fariza – huhu… kebetulan ya… jarang nama Fariza digunakan dalam filem tau .. yang selalu ada Faridah hahaha…

Dan apabila jatuh hati dengan Fariza…….. Eh cukuplah Kak Fas cerita setekat itu sahaja… nanti kalau dah tau penamatnya tak best lah kan? Ini  cuma ‘teaser’ tau.. nak tahu akhirnya tunggu 19 Januari 2017 nanti ya…



Menurut Richard, lokasi asal filem ini sepatutnya di Mauritius tetapi disebabkan jarak kejauhan dan sebagainya, ia terpaksa memilih Pulau Pinang.

Iya lah… buat apa nak pergi jauh kan jika Pulau Pinang pun mempunyai lautan dan pantai yang indah. Elok promosi pulau di Negara sendiri kan?

Anyway… penggambaran untuk filem ini memakan masa kira-kira 20 hari dan diarahkan sepenuhnya oleh pengarah dari Indonesia Danial Rifki walau pun sebahagian besar daripada pelakon Malaysia amat popular  seperti Nasha Aziz, Siti Saleha dan Keith Foo., juga Rosnah Mat Aris. Hanya 20 peratus 'shooting' dilakukan di Indonesia. Selebihnya di Pulau Pinang, Malaysia.






























Artis Indonesia antaranya yang Kak Fas kenali lama ialah Ray Sahetapy. Bila tengok nama Ray dalam barian artis Indonesia ini, Kak Fas rasa teruja pulak… hihi bukan apa Ray adalah antara artis yang dahulu sering Kak Fas temui dan temubual ketika bertugas di Mingguan Malaysia, mengendalikan ruangan  Hiburan.

Malah setiap kali berkunjung ke Indonesia untuk Festival FIlem Indonesia atau Festival Filem Asia Pasifik selalu bertemu dengan Ray…

Off course la Kak Fas kenal dia tetapi dia sudah tentu lupa Kak Fas kalau berjumpa sekarang pun… Dah beberapa tahun dulu kut…  Barisan artis Indonsia lain terdiri daripada Hamish Daud, Shafira Umm dan Pong Harjatmi.



Begitu juga dengan rakan artis satu bintang ‘Taurus’ dengan Kak Fas iaitu Nasha Aziz. Dah lama Kak Fas rindu nak tonton lakonannya dalam filem. Lama sungguh tidak bertemu dengan Nasha.

Kak Fas percaya dengan barisan nama popular di kalangan artis Malaysia mahu pun Indonesia, filem ‘Aku Bukan Spy’ pasti meletup apatah lagi khabarnya cerita filem diinspirasikan daripada tragedi MH370.

Wow! Walau pun sehingga sekarang ‘kehilangan’ pesawat itu masih menjadi tanda tanya dan belum seratus peratus dapat dikenal pasti puncanya… apa kah jawapannya dapat ditemui dalam filem ‘Aku Bukan Spy’ ini?

Satu pertanyaan yang hanya akan kita tahu jawapannya apabila menonton wayangnya tahun hadapan ya u alls….

Pastikan kalian catat tarikh 19 Januari 2017 dalam kalendar tahun baharu yang dimiliki agar tidak terlepas pandang….

“Aku Bukan Spy’ tau tetapi ‘aku mengingatkan sahaja’ huhu…