Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DUA HOS BAHARU SERTAI 'JOM SINGGAH'


Sejak diperkenalkan pada 4 Mei 2014, program “Jom Singgah” fokus kepada penjualan produk yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan dan antarabangsa. Bersiaran secara langsung dari Studio B di Sri Pentas, Jom Singgah menemui para penonton TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 tengah hari.

'Jom Singgah' telah mendapat sambutan hebat daripada usahawan-usahawan muda sejak bersiaran. Dihoskan oleh pengacara dan selebriti yang popular seperti Ifa Raziah dan Tun Nadia, program ini memperkenalkan hos baharunya iaitu Dayah Bakar dan hos lelaki pertama iaitu Akhmal Nazri bermula bulan November ini. 


Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Khidmat Pelanggan Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Puan Nini Yusof:

“Program 'Jom Singgah' merupakan platform terbaik bagi para usahawan memperkenalkan dan mempromosikan produk baharu mereka kepada konsumer.  Sejak bersiaran, kami telah bekerjasama dengan pelbagai usahawan yang merangkumi kesihatan, kecantikan, libur, demo memasak & peralatan dapur dan pakej percutian. Jadi, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk meraikan para usahawan yang turut menjayakan program 'Jom Singgah' ini menerusi Majlis Apresiasi Hi Tea. Selain memperkenalkan 2 hos baharu, 'Jom Singgah' juga bakal berwajah baharu pada Januari 2017 nanti.”

'Jom Singgah' ialah program 30 minit yang memberi peluang kepada seisi keluarga untuk mengetahui produk terkini di pasaran melalui kaca televisyen. Selain membeli belah melalui TV, penonton juga boleh membuat pembelian secara on line dengan harga yang murah. 

Penonton hanya perlu melayari laman web yang disediakan oleh TV3 di WOWShopping (www.tv3.com.my/shop). 

Antara segmen menarik dalam Jom Singgah ialah Stailo yang membabitkan fesyen, pesta dan pameran di mana usahawan boleh memaparkan produk berbentuk pakaian, tudung, aksesori, beg, kasut serta makanan.

Bagi mereka yang mementingkan kecantikan, melalui segmen 'Khidmat Kecantikan & Produk Kesihatan', 'Jom Singgah' mengajak seluruh isi keluarga untuk mencuba pelbagai produk kecantikan sama ada yang berbentuk pil atau makanan serta cairan seperti jus, teh atau kopi.


Penonton yang mahu menjaga kesihatan dan usahawan yang mahu menonjolkan khidmat perniagaan kecantikan mereka seperti SPA, Gym, pusat kecantikan serta pusat menguruskan badan dengan menonjolkan alat-alat senaman juga boleh dipaparkan melalui program ini.

Selain bercakap mengenai produk mereka, para pengusaha juga boleh melakukan demo secara langsung dari Studio B. Antaranya, make over, gunting & inai rambut, manicure & pedicure, peragaan fesyen baju & tudung, senaman dan lain-lain. 

Selain soal kecantikan, 'Jom Singgah' juga turut mempromosi masakan dan peralatan dapur seperti pelbagai rahsia resepi menarik melalui rempah ratus, pes, margerin, mee serta peralatan dapur – penonton boleh diajak untuk berdemo kelebihan produk-produk ini. 

Peralatan rumah merangkumi cerok dapur contohnya, kuali, periuk belanga hinggalah ke halaman rumah. Malahan, program Jom Singgah juga boleh membantu usahawan yang ingin mempromosikan aksesori kereta, motosikal dan basikal.

Selain itu, 'Jom Singgah' juga membuka peluang kepada mereka yang ingin mempromosikan pakej percutian dengan memaparkan keistimewaan sesebuah lokasi pelancongan dalam dan luar negara.

Liputan 'Jom Singgah' tidak terhad di dalam studio sahaja malah program ini juga melakukan siaran langsung dari luar lokasi, antaranya pelancaran pelbagai produk, pameran & pesta seperti pesta buku, pameran perabot, barang kemas, bazaar, acara yang mencatatkan sejarah, perkahwinan dan pelbagai acara lain.

'Jom Singgah' yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 tengah hari ini dikendalikan oleh Ezzah Aziz Fawzy sebagai Penerbit Eksekutif 'Jom Singgah' dan Marwatif Amer sebagai Penerbit. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.