Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ARJA LEE BERALIH KE BIDANG FESYEN, MILIKI KOLEKSI KURTA SENDIRI


Arja Lee, satu nama yang rasanya ramai dah kenali apatah lagi artis ini terlibat dalam filem yang tajuknya cukup sensasi "Anu... Dalam Botol" dan dterbittkan pula oleh penerbit tidak kurang sensasi juga, Raja Azmi.

Sejak itu, pemilik nama penuh,  Azharudin Ramli, 33, ini tidak perlu lagi diperkenalkan malah namanya semakin popular apabila disunting oleh penerbit-penebit lain untuk drama mahu pun telemovie. 

Jadi apa terbaharu daripada Arja Lee?


Rupa-rupanya, Arja kini sudah pun mempunyai koleksi kurta eksklusif yang diberi nama Dhanee hasil kolaborasi bersama butik online RAINI Exclusive. 

Wah, nampaknya Arja dah langkah ke satu bidang lain dalam melebarkan kerjayanya. 

Didatangkan dalam satu (1) jenis rekaan moden, koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive dihasilkan menurut citarasa Arja Lee sendiri selain memenuhi trend hipster masa kini.

Kolaborasi ini juga dilihat sebagai pencetus buat jenama Arja Lee untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen moden.

Koleksi Dhanee menampilkan ciri-ciri rekaan masa kini seperti kemasan lengan yang berbutang ala kemeja, fabrik tidak panas,  zip eksklusif dan potongan leher yang selesa. 

Setiap rekaan koleksi Dhanee hadir dalam pilihan dua belas (12) jenis warna yang pastinya memenuhi citarasa lelaki moden agar  boleh digayakan dalam sebarang acara kasual, santai mahupun korporat; sesuai buat pemuda aktif namun ingin mengekalkan gaya unggul di khalayak ramai.




Menurut Noraini Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Ainyy Zain, pengasas RAINI Exclusive:

“Pemilihan Arja Lee sebagai rakan kongsi dilihat mampu melonjakkan nama butik online RAINI Exclusive dalam rekaan dunia fesyen moden. Populariti dan tarikan maskulin yang terdapat dalam diri Arja Lee mampu membina aura keyakinan bakal pelanggan ARLEE by RAINI Exclusive ini. Arja Lee juga begitu bersungguh dalam kesemua perbincangan perniagaan sebelum ini demi memastikan semua perancangan berjalan dengan baik.”




Dan kata Arja pula:

“Saya melihat kolaborasi ini sebagai batu loncatan buat saya berkecimpung dalam dunia perniagaan. Selepas kejayaan dalam bidang lakonan, saya mahu mencabar diri saya melakukan sesuatu yang baharu. Tawaran daripada RAINI Exclusive hadir tepat pada masanya. Saya berharap penghasilan koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive memenuhi kehendak pasaran Muslim yang kini semakin terbuka dalam penggayaan moden,” 

Kolaborasi ARLEE by RAINI Exclusive menyasarkan sasaran jualan sebanyak RM500 ribu dalam jangkamasa tiga (3) bulan selepas pelancaran menerusi pemasaran berkesan. 




Jualan secara stokis selain pra-tempahan dilihat sebagai strategi terbaik dalam memenuhi kehendak pasaran kini. Malah, pelanggan boleh membuat tempahan awal secara atas talian menerusi laman web fesyen Muslim www.roopawan.com mulai 24 Nov 2016 kelak dengan harga permulaan serendah RM129.

ARLEE by RAINI Exclusive kini turut menawarkan peluang perniagaan buat para stokis dalam memasarkan koleksi Dhanee ini.



Dengan margin keuntungan sehingga 25%, taruhan rekaan ekslusif ARLEE by RAINI Exclusive mensasarkan lebih 100 orang stokis seluruh negara dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan stokis dan tempahan awal, ikuti laman sosial RAINI Exclusive di Facebook – www.facebook.com/rainiexcslusive & Instagram - www.instagram.com/rainiexclusive.

Tahniah Arja... Kak Fas yakin Arja boleh maju sebab Arja seorang artis yang Kak Fas kenali tidak pernah sombong atau berlagak malah sentiasa menghormati dan ceria. Setiap kali bertemu Arja, beliau pasti menegur. Seorang lelaki yang berbudi bahasa dan merendah diri. Sesiapa nak buat menantu, Kak Fas rekomen ok... 'go ahead' hihi... 

INI kali terakhir bertemu dengan Arja Lee di Minggu Fesyen Malaysia baru-baru ini. Photo: Blogger Dhia.