Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASK 2016 RAIH 5.6 JUTA PENONTON



Ahad lalu, Kak Fas rasa semua pun dah tahu keputusan pemenang ASK 2016 yang  telah berlangsungnya dari Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya. kan? Apatah lagi ia dipancarkan secara siaran langsung oleh tv3.

Sepanjang siaran secara langsung bermula jam 9.00 - 12 tengah malam itu, ASK 2016 telah meraih 5.6 juta tontonan hasil kajian Nielsen Audience Measurement.

Acara penuh prestij ini telah mengangkat drama Fatin dan Filem Redha sebagai karya terbaik tahun 2016 ini. 
Pelakon Wanita Terbaik Drama-Tiz Zaqyah


ASK 2016 mempertaruhkan 32 kategori yang merangkumi 13 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 teknikal dengan penambahan kategori iaitu Kategori Pelakon Komedi Terbaik.

Manakala bagi kategori Drama Komedi Terbaik pada tahun ini turut dibuka penyertaan kepada telefilem komedi.yang sebelum ini hanya mempertandingkan drama bersiri komedi.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9:

“Alhamdulillah, ASK 2016 telah berlangsung dengan jayanya dan dengan jumlah tontonan yang tinggi iaitu 5.6 juta membuktikan ASK 2016 sememangnya acara anugerah yang dinanti ramai. Setinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga calon-calon ASK 2016. Ribuan terima kasih juga daripada pihak kami kepada semua yang telah memberi sokongan dengan usaha kami untuk mengiktiraf hasil kerja karyawan tempatan yang sudah bertungkus lumus memberikan sebuah produk tidak kira program, drama atau filem yang bermutu dan terbaik untuk penonton.”

Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) menampilkan Alif Satar sebagai pengacara utama bergandingan dengan 8 pengacara bersama iaitu Ammar, Mira Filzah, Issey, Ajak Shiro, Haiza Kool FM, Sarimah Ibrahim,  Azrel Ismail dan Puteri Aishah. 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
-Fazlina Ahmad Daud

Kemeriahan karpet merah turut disiarkan secara langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam yang dikendalikan oleh Nana Mahazan dan Hefny Sahad. Portal video, tonton dan youtube TV3Malaysia Official turut menyiarkan ASK 2016 secara langsung (live streaming).

ASK 2016 juga turut trending No.1 di laman sosial Malaysia dan dunia dengan #ask2016 dan #menggapaiimpian.

Video pendek khas bersempena ASK 2016, menampilkan Amar Asyraf bersama Eric Fuzy yang mengangkat tema “Menggapai Impian” turut mendapat lebih 800,000 ribu tontonan, 15,000 ribu likes dan telah dikongsi lebih 10,000 ribu kali di laman media sosial Facebook. 

Wah pencapaian terbaik tu... syabas tv3!

Persembahan duet Alif Satar dan Shila Amzah menjadi pembuka tirai malam penuh gemilang ASK 2016 serta  disemarakkan lagi dengan persembahan nyanyian oleh Elizad Sharifuddin, Indah Ruhaila dan Shiha Zikir.  Hazama, Black, Qodi, Fareez (Mentor Milenia). De’Meises, Amir Jahari, Mark Adam, Aepul Roza, Mimi One Nation Emcees, Kaka Azraf, Abam dan Achey, Alyah, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Hujan, Muaz, Awi Rafael, Waris, Akim & The Majistret dan kumpulan Raihan.

Trofi ASK 2016 telah disampaikan oleh barisan penyampai anugerah seperti Datuk Rosyam Nor & Erra Fazira,  Sherry Al-Hadad & Fattah Amin, Izara Aisyah, Zul Ariffin & Farid Kamil, Janna Nick & Raja Afiq, Shaheizy Sam & Elizad Sharifuddin, Siti Saleha & Shukri Yahya, Tabah Syazwan & Jasmine Suraya Chin, Hazreena & Muaz (RTM), Neelofa & Zizan Razak dan Zahiril Adzim & Nora Danish. 

Pengarah Terbaik Filem-Syamsul Yusof (Munafik)
Pengarah Terbaik Drama-Razaisham Rashid (Fatin)


























Kru penerbitan Anugerah Skrin 2016 diketuai oleh, Pengurus Penerbitan Hiburan, Muhamad Sufian Che Isa dan Khalijah Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Sharizan Razalli sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Layari laman web www.tv3.com.my dan www.anugerahskrin.com serta Facebook, Twitter &  Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan informasi mengenai ASK 2016. 

Berikut, senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2016:-


 1)   Filem Terbaik - Redha - Current Pictures Sdn. Bhd
 2)   Drama Terbaik - Fatin - Balang Rimbun Sdn Bhd
 3)   Pengarah Terbaik (Filem) - Syamsul Yusof – Munafik
 4)   Pengarah Terbaik (Drama) Razaisyam Rashid - Fatin
 5)   Drama Rantaian Terbaik - Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
 6)   Drama Komedi Terbaik - Mak Cun 2 (Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd)
 7)   Drama Rantaian Popular Media Sosial - Kau Aku Kita – (JS Pictures Sdn Bhd)


 8)   Pelakon Wanita Terbaik (Filem) - Maya Karin – (Nota)


 9)Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) - Namron  –        (Redha)
10)  Pelakon Wanita Terbaik (Drama) - Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
11)  Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)- Beto Kusyairy (Ramadan Berteduh Syawal)
12)  Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 
(Drama) - Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih) 

13)  Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  
       (Drama) Jalil Hamid (Calon Syurga)
14)  Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 
       (Filem) Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)
15)  Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 
       (Filem) Hushairi Bin Husain (Polis Evo) 
16)  Pelakon Komedi Terbaik - Erma Fatima (Mak Cun 2)
17)  Lakon Layar Terbaik - Wan Hasliza (Love Supermoon) 
18)  Lakon Tv (Skrip) Terbaik - Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)
19)  Penyunting Terbaik Drama - Izhar Masuri (Rekah)
20)  Videografi Terbaik (Drama) - Idham Mad Din (Fatin) 
21)  Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik Majalah 3 (Wira Beret Semerah Hati)
22)  Rancangan Hiburan Terbaik - Buskestra
23)  Rancangan Bual Bicara Terbaik - Halaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)
24)  Laporan Khas Berita Terbaik - Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)
25)  Rancangan Realiti Terbaik  - Let’s Cycle 2
26)  Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 30
27)  Montaj Terbaik - Ariff Suzaidy Azmi (Anugerah Juara Lagu 30)
28)  Rekabentuk Set Terbaik - Siti Nur binti Mat Arip (Kemuncak Anugerah Seri Angkasa            2016 )
29)  Penataan Cahaya Terbaik - Mohd Razi Ramli (Anugerah Juara Lagu)
30)  Penataan Bunyi Terbaik - Mohd Zaidi Mohd Taib (Anugerah Juara Lagu 30)
31)  Suntingan Terbaik - Ahmad Faizal Mohamad Said - Syahadah (The Rise of Islam)
32)  Videografi Terbaik -  Ezzah Aziz Fawzy (Sounds of Muslims (Komotini Greece)


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama-
Jalil Hamid(Calon Syurga)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)
Hushairi - Polis Evo
Laporan Khas Berita Terbaik-Berita TV9(Pertemuan Semula Highland Tower)

 Pengarah Terbaik (Drama) Razaisyam Rashid - Fatin 
\
Videografi Terbaik Drama-Idham Mad Din (Fatin)







Rancangan hiburan Terbaik Norhidayah Sohan(Buskestra)

Lakon TV Terbaik-Khir Rahman (Siti Jasmina-Rekah)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Namron
Penyunting Terbaik Drama -Izhar Masuri (Rekah)
Lakon Layar Terbaik-Wan Hasliza (Love Supermoon

Rancangan Anugerah Terbaik-Anugerah Juara Lagu
Drama Rantaian Terbaik-Wadi
Rancangan Bual Bicara Terbaik-Halaqah TV9

Rancangan Realiti Terbaik-
See Chee How(Let's Cycle Musim 2)