Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERHIBUR SAMBIL MAKAN SEDAP DI L'CLASICO PUBLIKA SOLARIS


#ADVERTORIAL

Sempena hari cuti umum sambutan Hari Krismas semalam (25 Disember 2016), seperti biasa Kak Fas tidak mempunyai sebarang jadual tertentu melainkan melapangkan waktu santai bersama keluarga.

Pun begitu, teringat pula dengan undangan wats app daripada rakan artis yang sudah lama Kak Fas kenal, Royce Saayan untuk hadir 'lepak-lepak sambil makan' katanya di sebuah cafe yang dinamakan L'Clasico Cafe & Bistro, di Publika Solaris.

Pada mulanya malas juga nak keluar rumah maklumlah cuti umum kan... tetapi bila difikirkan lokasi restoran pun berdekatan kediaman Kak Fas di Duta Mas dan sebagai memenuhi undangan Royce Saayan serta Along Bakar (yang juga bertanggungjawab menjemput media), Kak Fas mengambil keputusan untuk 'lepak-lepak' bersama mereka, waima tidak mempunyai perancangan lain waktu petang.

Menuju pusat membeli-belah Publika Solaris,  kira-kira 5 minit memandu dari rumah, Kak Fas bertanya dan mencari lokasi L'Clasico terletak di Blok A4-G1-05. Rupa-rupanya cafe itu betul-betul menghadap jalan raya berhadapan bangunan Publika.

Setiap hari sebenarnya Kak Fas lalu depan Publika tetapi tidak perasan pula adanya sebuah restoran yang namanya berbunyi Spanish tetapi tuanpunya adalah milik keluarga Melayu, Datin Zainun Osman bersama anak, Mohd Shahrizal Dato Sahlan dan menantunya, Tyra Uzi.



Dan hanya pada Hari Krismas semalam, pertama kalinya Kak Fas menjejakkan kaki ke cafe bistro ini. 

Sebaik sahaja tiba, Along sudah pun menanti di hadapan dan dibawa terus ke dalam cafe yang ketika itu sedang berkumandang suara Royce menghiburkan tetamu sambil sempat pula Royce 'wish' kehadiran Kak Fas.


Kak Fas lihat antara artis yang nampak 'familiar' ketika itu hanya Sahara Yaacob manakala yang lain-lainnya Kak Fas belum kenali tetapi khabarnya artis-artis baharu dari Kelarai yang antaranya seorang doktor yang pernah menyertai Kilauan Emas, iaitu Dr. Ann.

Datin Zainun (kanan) bersama Sahara Yaacob.
Melihat sekeliling dekor L'Clasico cafe dengan poster artis terkenal seperti Maryly Monroe, Jimi Hendrix, Audrey Hepburn, juga Muhammad Ali dan ramai lagi termasuk Royce Saayan & Nifael Blues Band, Kak Fas dapat melihat aura seni pada pemiliknya.

Malah dengan adanya layar tv... pelanggan yang hadir bukan sahaja diraikan dengan hiburan muzik live tetapi apabila berlangsungnya perlawanan bola sepak penting boleh juga menontonnya di sini.

Bagaimana pun menurut Datin Zainun sewaktu ditemui, persembahan live music dan nyanyian berlangsung pada hari-hari tertentu sahaja apabila ada majlis keraian atau atas permintaan pelanggan.

Pun begitu, Royce memberitahu, memang ada perancangan Datin dan keluarga untuk menjadikan ia satu bentuk hiburan tetap sekiranya ada permintaan cuma buat sementara waktu belum ditetapkan keberangkaliannya.



Berdasarkan kepada perbualan dengan Royce, katanya, pihak :L"Clasico membuka peluang kepada artis-artis yang mahu menjadikan cafe tersebut untuk mereka membuat persembahan sambil mempromosikan perniagaan masing-masing.

Pada petang itu, Royce turut memperdengarkan lagu single ciptaannya "Highway Superstar' yang khabarnya bakal dilancarkan tahun hadapan manakala lagu "Blues Wanita Penggoda' dihasilkan untuk Sahara Yaacob menyanyikannya kelak.



Satu idea yang menarik juga fikir Kak Fas. Sekurang-kurangnya dengan ada live band setiap minggu bolehlah pengunjung menikmati makanan western enak yang disediakan dengan hati lapang sambil halwa telinga dihiburkan dengan muzik dan nyanyian.

Namun, yang pasti menu pada cafe berkonsepkan bistro santai ini menawarkan pelbagai hidangan 'Western' yang enak dan lazat khususnya 'signatur dish' nya berupa #BBQ Rib. Kak Fas tempah barbeku tersebut setelah direkomen oleh rakan media dari RTM.


Mesti cuba, kata mereka. Jadi tanpa melihat pada harganya Kak Fas pun turuti cadangan mereka dan memang berbaloi tempah barbeku tulang rusuk ini. 

Ia bukan sahaja sedap tetapi tersangat lembut. 

Tidak kisah kalau terpaksa menunggu lama pun..... memang patut ditunggu huhu....Harganya RM48 dan merupakan yang 'termahal' dalam senarai menu L'Clasico.




Selain itu, sekiranya mahu makan yang lebih ringan boleh juga menempah 'Sweet Potatoes' (ubi kentang manis) yang tidak kurang lazatnya, dicicah dengan mayonis dan sos salad.

Belum kenyang atau perut dah penuh tetapi mahu juga rasa hidangan lain yang nampak menarik?

Seperti biasa, favourite Kak Fas adalah bab 'dessert' (pemanis mulut). Kenyang macam mana pun Kak Fas mesti nak juga merasa salah satu daripada lima pilihan 'dessert' yang disediakan.

Melihat pada senarai itu Kak Fas memilih menu yang dinamakan 'Choco Fudge' sebab di dalam itu Kak Fas tengok ada kek, ais krim sos karamel serta pisang 'brulee'... Ais krim memang favourite.. tu yang 'order' menu berharga RM13 ini...

Bila sampai... wah nampak cukup menyelerakan... tetapi maaf sebab teruja sangat nak rasa hidangan itu sampai terlupa pula Kak Fas nak ambi gambarnya huhu....bila dah makan separuh baharu teringat.... Takpe lah yang pasti memang sedap... u alls kena try tau...

Last sekali, Kak Fas cuba minuman yang digelar 'Romantic Chocolate'... wah feeling 'romantis' lak ya.... sebenarnya minuman chocolate tu bukan Kak Fas order tetapi entah siapa punya.... pelayan cafe letak di atas meja Kak Fas.

Dah tiada siapa mengaku siapa punya Kak Fas pun rela mengambilnya setalah yang lain sudah pun ada minuman panas masing-masing. 

So relakanlah daripada membazir ya tak...
Sedap juga sebenarnya... atas kopi itu lengkap disaluti 'krim' bersama marshmallow dengan hiasan sos cokelat.

Melihat pada senarai kategori menu... banyak pilihan yang disediakan oleh 4 orang chef yang mengendalikan tugasan di dapur dengan enam orang kakitangan cafe bersedia menerima tempahan. 

Menurut Datin Zainun, cafe boleh memuatkan 60 orang pelanggan sekali gus malah menerima tempahan untuk sebarang aktiviti samada untuk harijadi dan sebagainya.

"Kami sediakan ruang  dan PA System untuk pelanggan menempah musician dan penyanyi mereka sendiri jika itu yang mereka mahu," ujar Datin Zainun sambil memberitahu pemilihan nama L'Clasico diambil agar nampak 'international'.



Perkataan yang Kak Fas rasa berbunyi Sepanyol ini mampu menarik pelbagai kaum menikmati hidangan 'western' yang disediakan.

"Kami mahu semua orang samada tempatan atau luar negara berasa selesa bila makan di sini sebab nama cafe ini pun universal," tambah Datin.



Sambil berborak santai, Kak Fas terhibur dengan persembahan yang dikelolakan oleh Royce Saayan petang itu malah ketibaan Ratu Tradisional Malaysia, penyanyi Noraniza Idris menambahkan keriangan majlis apabila beliau sudi menyumbangkan lagu.

Pendekata, petang itu, L'Clasico 'happening' sangat malah selepas Kak Fas pulang khabarnya ramai lagi tetamu di kalangan artis yang hadir termasuk Rozita Rohaizad dan Siti Fairuz.

Bagaimana pun, barisan artis lain yang hadir memeriahkan pra pelancaran L'Clasico meliputi Aesar Mustapha, Karat Band, Azrra Band. Arisa Rosli dan kumpulan muzik yang mengiringi Royce iaitu Md Noor Hendrix, Nifael dan  Shaharul bersama komposer Irwan Hashim.

Sebelum pulang, pihak cafe membalas kehadiran tetamu dengan pemberian cenderamata berupa kalendar/table planner termasuk produk skrub Auralife tajaan Puan Zalina Haris.

Terima kasih daun keladi.....dan tahniah atas pembukaan L'Clasico yang baharu beroperasi pada 6 Disember 2016 lalu. Cafe bistro ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam dan pada hujung minggu boleh larut sehingga 12 malam manakala Jumaat dibuka selepas tengah hari.

Sebarang info lanjut dan tempahan boleh menghubungi Tyra atau  pengurusan cafe di talian 603-6211 0640 mahu pun lihat gambar-gambar menu yang ada melalui instagram lclasico.publika. Boleh juga hantar sebarang pertanyaan ke emel theclasicocafe@gmail.com.