Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIAPA AGAKNYA AKAN GENGGAM TROFI 'ANUGERAH MELODI'?

AYDA Jebat dan Shahrul Ridwan.

Buat julung kalinya, program hiburan sensasi TV3, Melodi menganjurkan anugerah paling sensasi, Anugerah Melodi 2016 untuk meraikan 10 ikon hiburan yang bakal bersiaran secara langsung pada 10 Disember 2016 (Sabtu) dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Sebagai program infotaintment pertama di Malaysia, Melodi memberikan informasi terkini, sensasi, paling hangat dan tidak lekang dengan kupasan eksklusif sejak diperkenalkan pada tahun 1992.

Berbeza dengan acara anugerah yang sedia ada, Anugerah Melodi 2016 bertujuan meraikan personaliti yang mewarnai industri seni. 

Secara keseluruhan, Anugerah Melodi 2016 mempertandingkan 10 kategori iaitu Personaliti Filem Melodi, Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Drama Melodi, Personaliti Pengacaraan Melodi, Personaliti Komedi Melodi, Pasangan Sensasi Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi, Personaliti Fesyen Melodi,  Personaliti Sukan Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016. 

Setiap kategori telah senarai pendek 5 calon berdasarkan pengaruh dan pencapaian mereka di bidang masing-masing. Barisan pemenang ditentukan melalui undian sepenuhnya oleh penonton di www.anugerahmelodi.com.my bermula pada 31 Oktober 2016 hingga 30 November 2016. 

Anugerah utama (Ultimate Award) iaitu Personaliti Sensasi Melodi 2016 bakal meraikan personaliti sensasi yang berperwatakan menarik, memiliki aura, karisma dan daya tarikan yang luar biasa serta mampu memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat umum. 

Selain meraikan 10 ikon hiburan, Anugerah Melodi 2016 diadakan bagi memberi peluang kepada penonton TV3 terutama mereka yang membesar dengan Melodi untuk turut serta dan mengangkat personaliti hiburan paling sensasi sebagai pemenang.

Pencalonan juga diperluaskan ke bidang sukan untuk mengangkat semangat skuad Olimpik dan Paralimpik negara yang telah melakar kemenangan dan mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Anugerah Melodi 2016 dilihat dapat menyebarkan semangat positif para penggiat seni dan menjadi inspirasi kepada penonton.  

Malam anugerah akan dihangatkan lagi dengan persembahan hebat artis-artis popular Malaysia dan antarabangsa. Antaranya, Amy Search, Candy, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba, Aiman Tino dan artis popular Indonesia seperti Afgan, Marcell dan Rizky Febian.


Anugerah Melodi 2016 menampilkan AG Hot FM sebagai hos dan beliau akan bergandingan dengan hos Melodi dahulu seperti Datuk Mahadzir Lokman (hos pertama Melodi), Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Zizan Razak serta selebriti popular iaitu Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal.

Barisan penyampai anugerah pula terdiri seperti Nana Mahazan, Cheryl Samad, Ziana Zain, Senario, Lisa Surihani, Diana Danielle, Amar Baharin, Amyra Rosli, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera.

Berikut  senarai kategori dan pencalonan Anugerah Melodi 2016: 

PERSONALITI FILEM MELODI

Memiliki aura tersendiri yang menarik perhatian penonton! Pelakon terkenal dan berbakat besar yang laris di layar perak kerana kredibilitinya membawa watak dan tahap lakonan yang berkesan! 

1) Shaheizy Sam
2) Zizan Razak
3) Shamsul Yusof
4) Nabila Huda
5) Bront Palare

PERSONALITI MUZIK MELODI

Penyanyi tersohor yang berjaya mencipta nama di arena muzik! Selain berpersonaliti unggul dan sering menjadi tumpuan ramai kerana mutu suara dan bakatnya yang berkualiti dan memukau, penyanyi ini pernah memenangi anugerah kerana berpengaruh besar dalam penampilannya.

1) Yuna
2) Faizal Tahir
3) Akim Ahmad 
4) Ayda Jebat
5) Shila Amzah


PERSONALITI DRAMA MELODI


Wajah yang sentiasa menjadi pilihan untuk menghiasi drama - drama di kaca televisyen. Selain memiliki pakej lengkap dan kualiti lakonan yang hebat, personalitinya berjaya mencairkan hati penonton yang sentiasa tertunggu - tunggu setiap episod drama lakonannya!  

1) Saharul Ridzwan
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Fattah Amin
5) Amyra Rosl

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI

Kredibiliti pengacaraan yang ternyata hebat! Keperibadian yang menarik dan personaliti yang versatil menjadikan dirinya pujaan malah menjadi inspirasi orang ramai dalam dunia pengacaraan! Personaliti yang fasih berbicara sentiasa merancakkan program yang dikendalikan dengan karismanya yang mencuit hati penonton!  

1) Awal Ashaari
2) Fauziah Dato Ahmad Daud
3) Alif Satar
4) Neelofa
5) Datuk Rosyam Nor

PERSONALITI SUKAN MELODI

Ikon berwibawa yang bergelar selebriti pastinya menjadi kebanggaan Malaysia kerana kejayaannya mengharumkan nama negara! Wirawan atau wirawati yang telah mencipta sejarah dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti mutu sukan!  

1) Datuk Lee Chong Wei
2) Pandelela Rinong
3) Abdul Latif Romly
4) Ridzuan Puzi
5) Muhammad Ziyad Zolkifli

PERSONALITI KOMEDI MELODI

Personalitinya sebagai penghibur tidak pernah menghampakan penonton! Keletah mereka yang melucukan dalam bidang lakonan mahupun apa jua program berbentuk hiburan pastinya mencuit hati orang ramai. Ada sahaja cara atau pesona tersendiri yang dipersembahkan ketika berjenaka untuk menceriakan hati orang ramai!



1) Abam
2) Achey
3) Mark Adam
4) Ebby Yus
5) Jep

PASANGAN SENSASI MELODI

Pasangan merpati dua sejoli yang pastinya sensasi! Pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan dan bahan bualan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka! Gaya dan momen romantis pasangan ini membuatkan para pengikut tegar seronok menyaksikan kebahagian mereka!

1) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin 
2) Awal Ashaari & Scha Alyahya
2) Zain Saidin & Rozita Che Wan
3) Yusry & Lisa Surihani
4) Akim & Stacy

PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI

Namanya begitu popular sehingga meraih jutaan pengikut di laman sosial! Personaliti ini juga mesra dan sentiasa berinteraksi bersama peminat di laman sosial! Bukan sahaja menjadi tumpuan di lensa kamera, malah dia berjaya mencuri perhatian pengikut- pengikutnya  dengan berkongsikan gambar- gambar yang menarik! 

1) Nelydia Senrose 
2) Nora Danish
3) Emma Maembong
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

PERSONALITI FESYEN MELODI

Pasti ada yang tertawan melihat stail unik personaliti ini! Orang ramai tak pernah jemu menyaksikan dia bergaya di lensa kamera mahupun melihat fesyennya di ruang maya. Tidak pernah gagal bergaya! Stailnya yang tersendiri sememangnya menjadi ikutan!

1) Wak Doyok
2) Nazim Othman
3) Rozita Che Wan
4) Fazura
5) Zahirah Mcwilson

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (*Anugerah Utama / Ultimate Award)

Personaliti yang sering mendapat perhatian utama dan sokongan positif daripada para peminat dan orang ramai. Berperwatakan menarik, memiliki aura dengan karisma dan daya Tarik yang luar biasa!

Sensasi dengan berita dan isu yang mampu memberikan inspirasi tinggi kepada peminat dan masyarakat umum. 

Siapakah pemenang utama bagi kategori Personaliti Sensasi Melodi 2016? Nantikan!
  
1) Sharnaaz Ahmad
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Ayda Jebat
5) Zizan Razak

Anugerah Melodi 2016 turut disokong oleh TV9, portal video tonton, stesen radio Hot FM & Kool FM dan Studio 8. Sidang produksi Anugerah Melodi 2016 diterajui oleh Jamil Hassan selaku penerbit eksekutif dan Michelle Wee selaku penerbit. 

Gunakan hashtag #AnugerahMelodi untuk hangatkan perbualan tentang Anugerah Melodi 2016 di laman sosial.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, Twitter & Youtube TV3Malaysia.