Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERLUKAH ANUGERAH MELODI HARGAI ARTIS SUKAN, LUAR NEGARA?


Seperti yang dijangka apabila melibatkan 100% undian daripada peminat, Ayda Jebat mampu menggondol tiga anugerah sekali gus pada pementasan Anugerah Melodi  2016 yang julung-julung kali diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) di sini malam semalam.

Pemilik nama penuh Nur Suhada Jebat, 23, ini menerima Anugerah Personaliti Sensasi Melodi,  Personaliti Media Sosial Melodi dan Personaliti Muzik Melodi.

Manakala, saingan terdekatnya  dalam dua kategori sama, Zizan Razak hanya menggondol trofi  Personaliti Filem Melodi dan kalah dengan Ayda dalam Anugerah Personaliti Sensasi Melodi.


Paling menarik apabila Ayda Jebat turut mengetepikan nama-nama yang satu ketika dahulu cukup popular dan hebat seperti Yuna, Faizal Tahir, Akim Ahmad dan Shila Amzah mahu pun Nelydia Senrose, Nora Danish serta Emma Maembong.

Sebaik sahaja nampak nama Ayda termasuk dalam list pencalonan, Kak Fas dah awal-awal meneka pasti Ayda Jebat menang sebab peminat Ayda memang aktif habis.

Kak Fas tertarik bila Ayda Jebat sendiri sebut “Terima kasih peminat. Walau pun tidak ramai tetapi anda telah buat kerja…” 

Kerja apa? Kerja mengundi lah…. Dan ternyata kerja itu berbaloi buat penyanyi kesayangan ramai yang semakin hari semakin menyinar ini. Apa pun tahniah Ayda Jebat yang sememangnya seorang artis yang merendah diri, ceria dan tidak lokek dengan senyuman.

Kak Fas yang pernah  pertama kali interbiu Ayda semasa beliau melakukan promosi Gintell baru-baru ini mendapati dia seorang yang periang dan jujur dalam setiap percakapannya malah yang paling best, Ayda ni cepat ingat orang. Sekali jumpa pun dia dah kenal Kak Fas bila kali kedua bertemu ketika event 100 plus bersama Lee Kwang Soo baru-baru ini.

Jadi tidak hairanlah Ayda berada dalam hati peminatnya. Dia mudah didekati dan tidak berlagak sombong.

Begitu juga ZIzan Razak, artis yang hidungnya yang sering menjadi usikan ramai ini tidak kurang merendah diri dan sering memberikan kerjasama kepada peminatnya. Tidak sombong dan melucukan antara kunci kejayaan Zizan untuk menambat hati ramai.

Ok tidak perlulah Kak Fas celoteh panjang lagi mengenai barisan pemenang lainnya sebab semua pun dah ketahuan ya tak, waima dapat disaksikan melalui siaran langsung di tv3 lagi.

Cuma apa yang Kak Fas mahu komen sedikit berhubung dengan kategori yang agak di luar skop Anugerah Melodi yang bersifat hiburan ini.

Melalui tempat duduk Kak Fas yang agak jauh ke belakang, sampai tertongak-tongak leher Kak Fas  nak tengok apa yang berlaku di pentas waima ramai pulak yang dibenarkan berdiri dan menghalang pemandangan orang belakang….

Oops terlebih  bual lak… ok berbalik pada topik berhubung dengan anugerah di luar skop hiburan tadi serta menghargai artis luar Negara. Kak Fas terdengar bisikan khalayak yang macam ‘confused’ kenapa harus ada katefori  anugerah sedemikian.




Yang  dimaksudkan itu adalah Anugerah Personaliti Sukan Melodi yang dimenangi oleh siapa lagi jika bukan Datuk Lee Chong Wei mahu pun Anugerah Personaliti Drama Korea Paling Berpengaruh yang diraih oleh Park Bo-Gum dan Anugerah Personaliti Luar Negara yang diterima Afghan,

AFGHAN - pix kredit Mstar

Samada kebetulan atau tidak….. nama Park Bo-Gum dipilih memandangkan artis Korea itu memang berada di Malaysia untuk satu persembahan, Kak Fas tak berani nak komen. Tetapi walau pun berada di Kuala Lumpur, Park Bo-Gum tidak hadir untuk menerima trofinya. Hanya videonya sempat dipaparkan.



Lain pula, Afghan yang hadir untuk menerima anugerah dan membuat persembahan sekali.

Memang betul, anugerah kepada personaliti Sukan itu diluar bidang hiburan namun orang kata…let’s think positif… cakap orang putih jap ya….

Sebenarnya, hiburan dan sukan memang dua bidang yang sering mendapat perhatian ramai. Kak Fas masih ingat ketika menjadi ‘Editor’ Majalah HAI terbitan Kumpulan Utusan, majalah yang Kak Fas kelolakan itu berkonsepkan  hiburan dan sukan.

Jadi tidak salah untuk mengaitkan dua personaliti yang sama ‘glamor’ ini…. dan Kak Fas percaya anugerah berkenaan diperkenalkan sebagai menambahkan lagi warna pada Anugerah Melodi malah ke arah global apabila artis Korea dan Indonesia  dihargai sama.

Kira satu langkah komersial yang positif lah untuk memperkenalkan ‘Melodi’ kepada peminat-peminat yang sedang dilanda ‘demam Korea’ ini….

Pada jangka panjang langkah awal ini dikira satu initiatif yang bijak laa… cumanya bila pulak la agaknya orang-orang Sukan dan Korea pula nak masukkan kategori Artis Hiburan pula dalam mana-mana Anugerah yang dikelolakan mereka pula? Satu tanda tanya yang yet to see….

Ok cukuplah celoteh Kak Fas…walau pun semua dah tahu keputusan penuh Kak Fas tetap mahu catatkan di bawah ini untuk ‘filing’ ya tak? Mudah untuk orang refer nanti….

SENARAI KATEGORI, CALON DAN PEMENANG ANUGERAH MELODI 2016

PERSONALITI FILEM MELODI:

Memiliki aura tersendiri yang menarik perhatian penonton! Pelakon terkenal dan berbakat besar yang laris di layar perak kerana kredibilitinya membawa watak dan tahap lakonan yang berkesan.

1) Shaheizy Sam
2) Zizan Razak (Pemenang)
3) Shamsul Yusof
4) Nabila Huda
5) Bront Palare

PERSONALITI MUZIK MELODI:

Penyanyi tersohor yang berjaya mencipta nama di arena muzik! Selain berpersonaliti unggul dan sering menjadi tumpuan ramai kerana mutu suara dan bakatnya yang berkualiti dan memukau, penyanyi ini pernah memenangi anugerah kerana berpengaruh besar dalam penampilannya.

1) Yuna
2) Faizal Tahir
3) Akim Ahmad
4) Ayda Jebat (Pemenang)
5) Shila Amzah

PERSONALITI DRAMA MELODI:

Wajah yang sentiasa menjadi pilihan untuk menghiasi drama – drama di kaca televisyen. Selain memiliki pakej lengkap dan kualiti lakonan yang hebat, personalitinya berjaya mencairkan hati penonton yang sentiasa tertunggu – tunggu setiap episod drama lakonannya.

1) Saharul Ridzwan
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Fattah Amin (Pemenang)
5) Amyra Rosli

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI:

Kredibiliti pengacaraan yang ternyata hebat! Keperibadian yang menarik dan personaliti yang versatil menjadikan dirinya pujaan malah menjadi inspirasi orang ramai dalam dunia pengacaraan. Personaliti yang fasih berbicara sentiasa merancakkan program yang dikendalikan dengan karismanya yang mencuit hati penonton.



1) Awal Ashaari
2) Fauziah Dato Ahmad Daud
3) Alif Satar
4) Neelofa (Pemenang)
5) Datuk Rosyam Nor

PERSONALITI SUKAN MELODI:

Ikon berwibawa yang bergelar selebriti pastinya menjadi kebanggaan Malaysia kerana kejayaannya mengharumkan nama negara! Wirawan atau wirawati yang telah mencipta sejarah dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti mutu sukan.

1) Datuk Lee Chong Wei (Pemenang)
2) Pandelela Rinong
3) Abdul Latif Romly
4) Ridzuan Puzi
5) Muhammad Ziyad Zolkifli

PERSONALITI KOMEDI MELODI:

Personaliti sebagai penghibur tidak pernah menghampakan penonton! Keletah mereka yang melucukan dalam bidang lakonan mahupun apa jua program berbentuk hiburan pastinya mencuit hati  ramai. Ada sahaja cara atau pesona tersendiri yang dipersembahkan ketika berjenaka untuk menceriakan hati khalayak.


1) Abam
2) Achey
3) Mark Adam
4) Ebby Yus
5) Jep (Pemenang)

PERSONALITI PASANGAN SENSASI MELODI:

Pasangan merpati dua sejoli yang pastinya sensasi. Pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan dan bahan bualan ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka! Gaya dan momen romantis pasangan ini membuatkan para pengikut tegar seronok menyaksikan kebahagian mereka.

1) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
2) Awal Ashaari & Scha Alyahya
2) Zain Saidin & Rozita Che Wan
3) Yusry & Lisa Surihani
4) Akim & Stacy (Pemenang)




PERSONALITI DRAMA KOREA PALING BERPENGARUH:

Park Bo-Gum

PERSONALITI LUAR NEGARA MELODI:

Afghan
.
PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI:

Namanya begitu popular sehingga meraih jutaan pengikut di laman sosial! Personaliti ini juga mesra dan sentiasa berinteraksi bersama peminat di laman sosial! Bukan sahaja menjadi tumpuan di lensa kamera, malah dia berjaya mencuri perhatian pengikut- pengikutnya dengan berkongsikan gambar-gambar yang menarik.

1) Nelydia Senrose

2) Nora Danish
3) Emma Maembong
4) Ayda Jebat (Pemenang)
5) Zizan Razak

PERSONALITI FESYEN MELODI:

Pasti ada yang tertawan melihat stail unik personaliti ini! Orang ramai tak pernah jemu menyaksikan dia bergaya di lensa kamera mahupun melihat fesyennya di ruang maya. Tidak pernah gagal bergaya! Stailnya yang tersendiri sememangnya menjadi ikutan.

1) Wak Doyok
2) Nazim Othman (Pemenang)
3) Rozita Che Wan
4) Fazura
5) Zahirah Mcwilson

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (ULTIMATE AWARD):

Personaliti yang sering mendapat perhatian utama dan sokongan positif daripada para peminat dan orang ramai. Berperwatakan menarik, memiliki aura dengan karisma dan daya tarikan yang luar biasa. Sensasi dengan berita dan isu yang mampu memberikan inspirasi tinggi kepada peminat dan masyarakat umum.

1) Sharnaaz Ahmad
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Ayda Jebat (Pemenang)
5) Zizan Razak

Anugerah Melodi 2016 menampilkan AG Hot FM sebagai hos dan beliau bergandingan dengan hos Melodi dahulu seperti Datuk Mahadzir Lokman (hos pertama Melodi), Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Zizan Razak serta selebriti popular iaitu Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal. 

Persembahan pentas pula menyaksikan  kehebatan nyanyian  dan aksi hebat barisan artis-artis popular Malaysia seperti Amy Search, Candy, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba, Aiman Tino dan artis popular Indonesia  Afgan, Marcell dan Rizky Febian.

Last sekali Kak Fas pun nak ‘enter’ frame lah… layan sikit gambar Kak Fas ya u alls dengan  sahabat artis yang dah lama Kak Fas tak jumpa seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Kismah Johar, Fauziah Nawi, Sahara Yaakob, Keena Mentor dan off course rakan blogger Kak Fas, Misz Ella dan teman lama, Ghazali Yahaya yang sudah lama tidak ikut Kak Fas ke mana-mana majlis glamour gitu. Teruja nampaknya teman yang Kak Fas sapa sebagai Ghaz sahaja ni.....