Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'BUNTAT' CURI PERHATIAN DALAM #3 JUARA


Konsert Separuh Akhir 1, 3 Juara sudah pun berlangsung malam Ahad lalu dengan 'battle' berformatkan persembahan medley.

Sebelum Kak Fas teruskan bicara, apa yang lebih menarik perhatian Kak Fas semalam bukan hanya Konsert #3 Juara tetapi seorang tetamu undangan yang sekarangnya semakin 'viral' namanya.

Ya... siapa lagi jika bukan 'Buntat' watak dalam filem #7harimencintaiku....

Tak perlulah Kak Fas cerita panjang lebar mengenai 'Buntat' ya sebab rasanya satu Malaya dah kenal kanak-kanak berusia 12 tahun yang 'bulat' ini dengan dua gigi kapaknya yang menonjol serta pipinya yang gebu.

Dan 'Buntat' bukan sahaja menjadi tetamu istimewa pada program 'Melody' pada sebelah tengah harinya tetapi turut dibawa ke pentas #3 Juara....

Ramai yang terhibur dengan 'Buntat'.... walau pun keluar seketika...Comey Buntat ya...

Okey lah cukup kisah 'Buntant'... kembali ke konsert ya...



Keempat-empat peserta genre Irama Malaysia, Balada, dan Rock telah  membuat persembahan secara medley buat kali pertama dengan pasangan mereka. Persembahan mereka telah dinilai oleh penonton di rumah dan studio, juri tetap dan produser genre mereka. Para penonton telah mengundi peserta kegemaran mereka secara atas talian di laman web www.tv3.com.my/3juara/undian ketika peserta kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.

Penonton, juri tetap dan produser diberikan kuasa untuk memberi 1 markah bagi setiap persembahan, dan para peserta berkemungkinan akan mendapat dua atau tiga mata (2-1 atau 3-0) untuk pusingan itu. Malam Ahad lalu itu, kesemua 12 orang peserta telah membuat persembahan dengan lagu-lagu berikut:


  • AZIZUL VS NURA IRAMA MALAYSIA SUCI DALAM DEBU / BADARSILA
  • KUDIEN VS INDRA - ROCK                            BENCINTA / KARMA
  • AQEEM  VS APPRIL - BALADA                   HATI INI TELAH DILUKAI / TEGAR
  • RAHMAN VS HAZRA - IRAMA MALAYSIA ENGKAU LAKSANA BULAN /                                                                                                   MENTERA SEMERAH PADI
  • EVA MARIA VS ARILL- ROCK                   KENANGAN BERSAMAMU /                                                                                                     LAGENDA CINTAKU
  • SALMA VS HADY- BALADA                           JIKA / ANTARA ANYIR DAN JAKARTA


Menurut Penerbit Eksekutif 3 Juara, Encik Muhamad Sufian Che Isa, “Seperti yang telah kita saksikan, terdapat beberapa buah lagu yang telah ditukar genrenya, terutama dalam persembahan peserta Irama Malaysia malam ini. Itu sebenarnya merupakan satu cabaran baharu buat peserta 3 Juara kita dan untuk membuktikan bahawa program ini bukanlah satu program realiti yang mudah. Namun, program ini telah membuktikan kebolehan para produser muzik kita, Pak Ngah, Edrie Hashim, dan Ajai dalam mengubah genre sesuatu lagu itu dan memberikannya satu nafas baharu.”



Pada Konsert Separuh Akhir 1 itu juga, para penonton telah dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Ning Baizura, Zamani, dan Black. Ning Baizura telah mempersembahkan sebuah lagu medley ‘Dugaan Ku dan Engkau dan Aku’. Manakala, Black dan Zamani telah mempersembahkan lagu medley ‘Jika Kau Rasa Getarnya dan Kembali Merindu’. Setelah selesai persembahan Ning Baizura, beliau kekal bersama sepanjang program sebagai Juri Tetap genre balada menggantikan Dato’ Rossa yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bermulanya perlawanan peringkat Separuh Akhir malam semalam, markah kesemua peserta telah kembali kosong, dan mereka perlu mengumpulnya semula sehingga Konsert Separuh Akhir ketiga. Dua peserta yang mempunyai markah terendah pada minggu ketiga itu akan tersingkir. 

3 Juara ditaja bersama oleh Ribena dan diterajui oleh penerbit eksekutif, Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon sebagai juri tetap iaitu Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada). 

Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara setiap hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/3juara dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.