Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TONTON AJL31 'LIVE' DI MELAKA AHAD INI


Hanya tinggal sehari sahaja lagi.... ANUGERAH JUARA LAGU 31 akan menggegarkan kalendar pertama tahun 2017 ini.

Rasanya ramai yang sudah tidak sabar menanti hari Ahad malam ini untuk menyaksikan buat pertama kalinya juga beberapa anak muda bersaing bersama penyanyi-penyanyi otai yang nama mereka sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Antara dua anak muda yang Kak Fas ingin maksudkan tentulah Aiman Tino dan Sufian Suhaimi. Baru pertama kali bertanding dah mampu bersaing ke peringkat akhir... satu sejarah yang bukan sahaja pada AJL tetapi lebih utama kepada kedua-dua anak muda berkenaan.


Jadi peminat-peminat muda sudah tentu akan menyokong kedua-dua artis berkenaan tetapi jika tidak dapat hadir ke PWTC Kuala Lumpur,,. jangan pulak rasa hampa... Ko orang boleh juga rasa seolah-olah duduk di hadapan pentas Dewan Merdeka pada malam itu.

Bagaimana ya?

Begini ceritanya....

Disebabkan bahang Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) semakin terasa.... peminat di Melaka khususnya dapat sama-sama merasai kehangatan ini kerana buat julung-julung kalinya tonton dengan kerjasama Golden Screen Cinemas (GSC) mempersembahkan Tayangan Eksklusif HD AJL31 di Golden Screen Cinemas, Dataran Pahlawan, Melaka pada 22 Januari 2017 (Ahad) jam 9.00 malam. 

Portal no. 1 tonton bakal meraikan pengguna tonton dan pemenang peraduan #AJLLaguku menerusi tayangan eksklusif ini.

Ini merupakan kerjasama kali kedua di antara tonton dengan GSC serta TV3 dan kali ini empat buah dewan panggung dibuka untuk peminat menyaksikan tayangan AJL31 dalam Definisi Tinggi (HD). Seperti tahun sebelumnya, selebriti-selebriti popular akan menemani pengguna tonton untuk bersama-sama menyaksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu 31.


Sebelum Tayangan Eksklusif HD AJL31 ini bermula, peminat dapat menyaksikan barisan selebriti popular dalam acara Karpet Merah tonton bermula jam 8.00 malam yang dihoskan oleh Liza, penyampai Kool FM dan Hefny Sahad. Acara ini juga boleh distrim secara langsung oleh pengguna tonton di laman web dan aplikasi tonton.  

Antara selebriti-selebriti yang turut serta menghangatkan tayangan eksklusif tonton di Melaka ialah Redza Rosli, Zamarul Hisham, Ruhainies, Mimi Lana, Puteri Aishah, Dazrin Kamarudin, Mustaqim Bahadon, Idris Khan, Raja Afiq, Kamal Sumbu, Abam Bocey, Amir & Syai Seekers dan kumpulan Forteen.

Lebih menarik, 100 peminat VIP berpeluang untuk makan malam secara eksklusif dan beramah mesra bersama-sama selebriti-selebriti ini di sana nanti.

Pada masa yang sama, Nadzmi Adhwa pula akan menemani anda menerusi Facebook Live yang menjanjikan aktiviti-aktiviti menarik antaranya temubual eksklusif bersama dengan selebriti popular.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, ntv7, 8TV dan tonton, Airin Zainul, pihak tonton sepakat mengadakan tayangan eksklusif ini di atas sambutan hangat yang diterima tahun lalu.

“Kali ini kami keluar dari Lembah Klang untuk meraikan pengguna tonton di Melaka yang sentiasa menyokong portal kami.  Kami memilih Melaka sebagai destinasi tonton tahun ini untuk memberi peluang kepada peminat-peminat AJL di selatan tanah air merasai kehangatan malam gemilang AJL di skrin besar dan eksklusif ”, ujar Airin.

“Bersempena ulangtahun GSC yang ke-30, kami ingin menyajikan filem-filem yang berkualiti tinggi kepada pelanggan kami. Selain itu, kami juga amat teruja kerana berpeluang untuk menganjurkan acara menarik ini di Melaka. Sesiapa yang tidak dapat menghadiri Anugerah Juara Lagu 31, mereka bolehlah menonton secara HD di pawagam untuk menikmati audio visual yang menyeluruh,” kata Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas.

Selain dapat memenangi tiket ke tayangan eksklusif ini menerusi peraduan #AJLLaguku, peminat juga boleh  mendapatkan tiket dengan pembelian pakej tonton VIP menerusi #jelajahtonton yang diadakan di GSC, Melaka Megamall Dataran Pahlawan  bermula  awal Januari setiap minggu.   Walau bagaimanapun, pada yang masih belum berpeluang mendapatkan tiket, kaunter masih dibuka pada 20, 21 dan 22 Januari (Jumaat, Sabtu dan Ahad) ini di tempat yang sama.



Mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket ini boleh melanggan tonton VIP RM10 untuk menebus 1 keping tiket Tayangan HD Eksklusif AJL31 ini. tonton turut menawarkan satu lagi pakej yang lebih menarik, yang mana dengan melanggan tonton VIP RM96, pembeli berpeluang untuk menebus 2 keping tiket ke Tayangan HD Eksklusif AJL31 serta 2 pas eksklusif makan malam bersama barisan artis popular yang dibawa.  

Bagaimanapun, pakej-pakej yang ditawarkan tonton ini semakin menarik apabila penyokong tegar AJL31 yang berkunjung ke GSC Dataran Pahlawan pada hari Jumaat, 20 Januari sehingga malam AJL31 itu, mereka berpeluang untuk mendapatkan pakej makan malam bersama barisan artis itu dengan harga istimewa RM50 sahaja.



Dua belas finalis AJL31 yang bertanding ialah Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah), Ku Rela Dibenci (Aiman Tino), Terakhir (Sufian Suhaimi), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip), Sudah Ku Tahu (Projector Band), Anugerah Terindah (Black), Selamanya Cinta (Shila Amzah & Alif Satar), Hang Pi Mana (Khalifah), Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof Ft. Mawi), Di Amaran Mama (Hazama & The Penglipur Lara), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael) dan Obses (Akim & The Majistret).



Sejak 1986, Anugerah Juara Lagu (AJL) yang dianjurkan oleh TV3 ini ditubuhkan untuk mengiktiraf, meraikan pencipta lagu dan penulis lirik yang banyak menyumbang dalam industri muzik Malaysia.

Jom, sama-sama ke Melaka untuk merasakan gegaran sebenar demam Anugerah Juara Lagu 31.  Anda juga boleh meyaksikan AJL31 melalui portal tonton.com.my serta aplikasi tonton di telefon pintar dan tablet yang boleh distrim secara HD di seluruh dunia.

Teruskan melanggan tonton dengan pakej VIP yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video. Pelan langganan VIP bermula dari serendah RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).

#tontonMY #tontonMacamVIP #karpetmerahtonton #tontonajl31

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tonton.com.my dan ikuti laman media sosial:

Facebook: tontonMY 
Twitter:  tontonMY
Instagram: tontonMY
Anda juga boleh menghubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020!