Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

J REVOLUSI: FILEM HEBAT WAJIB TONTON 2017


Grand Brilliance dan Infinitus Productions dengan bangganya mengumumkan pelancaran treler rasmi sebuah filem penuh aksi terbaru, J Revolusi

Treler J Revolusi ditayangkan dan dilancarkan buat pertama kalinya di Anugerah Juara Lagu 31 baru-baru ini di mana filem hebat ini bakal membuka tirai di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Mac 2017.


J Revolusi merupakan arahan pertama Zulkarnain Azhar yang dibintangi oleh barisan pelakon berbakat iaitu Zul Ariffin, Nur Fazura, Farid Kamil, Izara Aishah, Iedil Putra dan Azad Jazmin. Filem ini turut menampilkan penampilan khas daripada para profesional One FC Mixed Martial Arts (MMA), Peter Davis, Saiful Merican, Jenathan dan Davron.

J Revolusi mengisahkan  Jay Zulkarnain yang merupakan seorang pegawai UTK (Unit Tindakhas). Jay dan pasukan operasinya sangat terlatih dan amat digeruni pengganas negara. 

Apabila adik perempuan Jay, Dian (Nur Fazura), seorang ejen yang dalam penyamaran, ditangkap oleh pengganas misteri yang memerangkap Jay dengan tuduhan membunuh ahli kumpulannya, Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan adiknya dan membongkar rahsia lelaki yang tekad menghancurkan Jay.

J Revolusi mendapat tajaan daripada U Mobile, Samsung, Mazda, 7 Eleven selain kerjasama rapat dengan Unit Tindakhas (UTK) dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terlibat dalam pembikinan filem ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai J Revolusi, sila layari www.jrevolusi.my.