Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SURGA YANG TAK DIRINDUKAN' MENYENTUH POLIGAMI CARA TERTIB


Tajuk filem ini agak unik...

Mesti ko orang fikir apa yang uniknya kan.... ya lah selalunya apabila sebut syurga sudah tentu semua orang Islam merinduinya...

Tapi tajuk ni berjudul 'Surga Yang Tak DiRindukan" (SYTD). Kenapa agaknya ya?


Nak tahu haruslah tonton filem "SYTD" ini apabila ia disiarkan di saluran Astro Ria seminggu sebelum 16 Februari ini ya. Selain itu, ia juga boleh ditonton melalui Astro Gempak (digital) dua minggu sebelum tarikh tayangan.

Kak Fas percaya bila ko orang menontonnya pasti menyentuh perasaan... tanpa disedari butir-butir air jernih  mengalir dari kelopak mata... Memang Kak Fas tak malu nak cakap... Kak Fas menangis menonton filem ini pada prebiu yang diaturkan untuk media baru-baru ini.

Tidak hairanlah filem terbitan MD Pictures pada tahun 2015 ini berjaya mendominasi carta box office dengan meraih 2 juta penonton dan secara tidak langsung meletakkan filem tersebut sebagai filem terlaris Indonesia 2015 ketika ditayangkan pada 15 Julai 2015.

Di bawah arahan pengarah Kuntz Agus, 'SYTD' mengangkat isu yang sering mengundang kontroversi di kalangan masyarakat iaitu poligami.

Bila sebut poligami, sudah tentu kaum perempuan yang paling tidak suka mendengar perkataan itu walau pun hakikatnya setiap lelaki berhak beristerikan empat orang selagi mampu berlaku adil.




Namun filem adaptasi dari novel popular karya Asma Nadia ini bukan sahaja menyajikan jalan cerita yang menarik sehingga poligami itu ditangani dengan tertib namun setiap pelakonnya seperti Laudya Cynthia Bella, Fedi Nuril dan Raline Shah berjaya menjiwai watak masing-masing.

Selain itu, filem ini turut disokong dengan garapan muzik dan lirik puitis dari komposer terkenal Melly Goeslaw dan Anto Hoed, manakala  diva Indonesia, Krisdayanti merupakan penyanyi bagi lagu OST 'Surga Yang Tak Dirindukan' ini.




Rentetan daripada kejayaan SYTD, MD Pictures bakal kembali dengan karya 'Syurga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2) tahun ini. Ia akan ditayangkan pada 9 Februari 2017 di Indonesia. 

Menariknya, ia bukan sahaja menemui penonton di sana, malah filem sekuel ini akan berada di seluruh pawagam di Malaysia bermula 16 Februari 2017.

Bagi pasaran di Malaysia, filem ini bakal diedarkan oleh Antenna Entertainments manakala Astro akan melakukan pemasaran.

Menurut, wakil dari Antenna Entertainments, Liza Hussein Nasri:

“Projek ini bersifat kerjasama antara nama besar dalam industri perfileman tempatan. Dengan kajayaan SYTD pada tahun 2015, kami merasakan jenama SYTD mempunyai potensi untuk menembusi pasaran filem di sini tambahan pula jalan cerita sebegini jarang ditampilkan di layar tempatan. Malah kehadiran sebegini diharapkan dapat memeriahkan lagi industri filem di Malaysia.”



Manakala Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh pula mengulas:

“Filem pertama iaitu SYTD merupakan sebuah karya yang mempunyai identitinya tersendiri. Bagi SYTD2, kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk mencipta satu lagi kejayaan apabila dapat bekerjasama dengan produksi dari Indonesia iaitu MD Pictures bagi memasarkan filem ini di Malaysia. Meskipun penonton di Malaysia mungkin sebilangannya kurang didedahkan dengan SYTD yang pertama, namun kami telah bersedia dengan merangka plan promosi yang kreatif untuk menarik minat penonton tempatan bagi menyaksikan filem sekuelnya.”

Pada sesi tontonan media, treler rasmi 'SYTD2' turut dilancarkan. (lihat treler di bawah)

Jadi khusus pada mereka yang sudah menonton 'SYTD" harus mengikuti kesinambungannya melalui SYTD2  yang akan menemui para penonton Malaysia bermula pada 16 Februari 2017 nanti ya.... 



Kak Fas pun tidak sabar menanti apa kesudahan hubungan isteri kedua Prasetya (lakonan Fred Nuril)  iaitu Meirose (Raline Shah) yang memeluk agama Islam apabila diperisterikan secara mengejut oleh Prasetya.



Ini kerana pada babak terakhir SYTD memperlihatkan Meirose mengambil keputusan meninggalkan Prasetya agar tidak melukai isteri pertamanya, Citra Arini (Laudya Cynthia Bella) walau pun Arini sudah boleh menerima madunya. Tetapi Meirose tetap mengambil keputusan untuk membawa diri sambil meninggalkan anaknya di bawah jagaan Prasetya dan Arini....

Pada waktu itu, tiada lafaz cerai daripada Prasetya yang terpaksa melepaskan Meirose.......



Ha... best kan... jadi sambungannya tentu ko orang tak sabar nak tonton... Kak Fas pun tak sabar nak menontonnya kelak....

Layari laman sosial www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Twitter, Instagram dan Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini.



Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #SYTD2 bagi menghebahkan lagi keterujaan filem ini.

Memang best!