Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYDIN SAMBUNG JELAJAH 'ANUAR ZAIN ALBUM TOUR 2017'




Sasarannya jualan album perlu mencapai kadar 'break even"  iaitu 22,000 unit.

Dan melalui jejalah 'Anuar Zain Album Tour 2016' anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama penajaan gedung membeli-belah terkenal, Mydin,  khabarnya sebanyak 11,000 unit berjaya  dipasarkan.

Malah pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain ini berjaya menarik lebih 1,500 peminatnya membanjiri gedung Mydin Pelangi Indah, Johor Bahru di mana lokasi jelajah terakhirnya berlangsung tahun lalu.

Sebelum itu, siri jelajah berlangsung di Mydin USJ, Mydin Bukit Mertajam, Mydin Meru Raya, Mydin Gong Badak dan Mydin Seremban 2 bermula 9 Oktober 2016.

Walaupun belum boleh tersenyum lebar waima perlu memasarkan 11,000 lagi unit untuk 'cover cost' seperti kata  Anuar Zain, beliau bagaimana pun  sudah boleh berasa lega kerana Mydin sekali lagi akan meneruskan penajaan lokasi siri jelajah pada tahun 2017 ini.

Kak Fas dapat melihat wajah kepuasan dan ceria Anuar Zain ketika Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Dato Ameer Ali Mydin secara rasminya mengumumkan kesinambungan jelajah  'Anuar Zain Album Tour 2017'.

"Saya pun tak tahu macam mana boleh minat dengan Anuar Zain ini," ujar Dato Ameer berseloroh.

Pun begitu, beliau mengakui impak yang diterima daripada jelajah Anuar Zain di lima lokasi tahun lalu meyakinkan beliau untuk terus memberikan kerjasama. 

"Untuk tahun ini siri jelajah mendapat enam lagi penaja yang sanggup bekerjasama bagi menjayakan album tour ini," tambah Dato Ameer sambil mendapat tepukan hadirin. 



Pihak penaja berkenaan meliputi produk Wonder Glow, Nescafe, syampu Head & Shoulders, Classic Billboard dan juga Cats FM dan Suria FM sebagai rakan radio.

Jika tahun lalu, promosi single pertama 'Andainya Takdir' menyaksikan lima lokasi di Semenanjung tetapi kali ini Anuar Zain akan mendekati peminatnya di tiga gedung Mydin di Sarawak  bermula di Mydin Samariang, Kuching pada 12 Februa dan seterusnya di Mydin CIty One (9 April) dan Mydin Vista Tunku (tarikh belum ditetapkan).

Di Semenanjung pula, Anuar akan bertemu dengan peminatnya di Mydin Pulau Sebang, Melaka (12 Februari 2017); Mydin Parit Buntar, Perak (5 Mac) dan Mydin Senawang, Negeri Sembilan pada 26hb Mac 2017.

Sesungguhnya tahun 2017 terus membawa rezeki dan tuah buat ;jejaka popular 'Malaya' ini malah sempena promosi itu juga, Anuar melancarkan muzik video single keduanya, 'Cinta Takkan Berakhir.' ciptaan Numata (Inu,Mhala dan Tantra) arahan Amor Rizan. 



Sejujurnya apabila menonton sepenuhnya kesinambungan daripada muzik video "Andainya Takdir" kepada bahagian kedua melalui lagu "Cinta Takkan Berakhir", tapa disedari melelih pula butiran air mata Kak Fas membasahi pipi.

Terpaksa kesat perlahan-lahan takut orang nampak... malu lak nanti haha...Kak Fas rasa macam 'tipah tertipu' pulak.

Bukan apa, sebab ketika menonton video 'Andainya Takdir' Kak Fas pernah terfikir kenapa lah Anuar Zain mengetengahkan kisah seorang isteri yang curang... sanggup tinggalkan suami dan anak untuk seorang lelaki yang baharu dikenalinya.

Tetapi apabila menonton kesinambungan video klip lakonan Sharifah Sakina, Puteri Balqis Azizi, Eyra Razali,Syafiq M. Nazri dan pelakon jemputan, Faizal Hussin. ini,  ternyata apa yang disangka tidak benar... bijak Anuar Zain dan Amor Rizan sebagai pengarah  'twist' penceritaannya.

Tak tahu lah pula apa kesudahannya sebab ada episod 3 you alls..... tunggu single ketiga pulak nanti ya....

Apa pun sekiranya ada yang belum memiliki album terbaharu 'Anuar Zain... usah gundah gelana sebab bermula Februari depan ko orang pasti boleh bertemu 'Lelaki Ini'. Tandakan sahaja tarikhnya di kalendar telefon pintar ko orang... sudah tentu tak lupa...

Bagi memudahkan ko orang ingat Kak Fas dah pun 'boldkan hitam" tarikh-tarikh dan lokasi berkenaan di atas ya...

Dan seperti tahun lalu, sepanjang promosi AZ akan tampil dengan empat buah lagu dan menandatangani album yang baharunya yang ko orang beli. Selain penjualan di toko toko muzik rangkaian 45 cawangan Mydin seluruh negara, ko orang juga boleh membelinya secara online di www.lazada.my.



Tetapi sebelum itu jika nak menonton klip video single kedua AZ 'Cinta Takkan Berakhir"  nantikan pada 26 Januari ini jam 11 malam kerana ia akan dipancarkan dalam Youtube VEVO.

Best tau video dan lakonan Anuar Zain... tu sebab setiap kali mesti ada pertanyaan "bila agaknya Anuar Zain nak berlakon filem?"

Dan jawapannya seperti biasa "Saya seorang penyanyi dan bukan pelakon... biarlah saya jadi seorang penyanyi .... cukuplah dalam video klip sahaja....."

Jadi kalau rindukan lakonan Anuar Zain... tengok sahajalah video klipnya  puas-puas ya... memang 'awesome' (pinjam kejap kata-kata Pak Ngah dalam #3Juara haha).

Tetapi bagi mereka yang sudah pun menempah tiket untuk menyaksikan 'Yonder Music Live Series by The Lake - Anuar Zain & You' pada 21 Januari (Sabtu ini), kalian akan menjadi yang pertama kali di khalayak ramai yang akan menonton klip video "Cinta Takkan Berakhir". Itu janji Anuar Zain. Jadi cepat-cepat beli tiket jika belum beli ya...


Okey kita dengar sedikit kata-kata AZ:

"Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi kerana Anuar Zain Tour 2016 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan sokongan yang diberikan oleh semua, Ternyata rangkaian promosi seumpama ini iaitu bertemu peminat secara khusus dan melakukan persembahan di hadapan mereka masih memberikan impak yang kuat terhadap kerjaya dan penjualan karya saya. Hasilnya, MYDIN  dengan kerjasama beberapa penaja lain akan terus menyokong promosi pintar ini dengan nama 'Anuar Zain Album Tour 2017."

Ya terima kasih juga kepada AZ yang telah menghiburkan Kak Fas dan peminat-peminat tegarnya selama ini dengan lagu dan muzik yang berkualiti dan sedap halwa telinga mendengarnya.

Walau pun sudah lama mengenali beliau, sudah berkali-kali bertemu beliau namun setiap kali hadirnya AZ dengan produk terbaharu Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang berkongsi saat kegembiraannya itu...apa lagi bergambar lah ... untuk simpanan album gitu.... hihi

Kipidap Anuar Zain!


BERSAMA  Dato Ameer... the man that made 'Anuar Zan Album Tour" happened.
Maklumat lanjut, sila layari www.mydin.com.my dan juga laman Facebook dan Instagram anuarzainnetwork untuk mendapatkan tarikh, waktu dan lokasi album tour ya...

Sekali lagi Kak Fas turunkan di bawah ini khas untuk pembaca setia Kak Fas dan peminat setia Anuar Zain:


  1. 12.02.17              -     MYDIN SAMARIANG, KUCHING, SARAWAK   -  2.30 PTG
  2. 26.02.17              -     MYDIN PULAU SEBANG, MELAKA                   - 3.00 PTG
  3. 05.03.17              -     MYDIN PARIT BUNTAR, PERAK                       -  3.00 PTG
  4. 26.03.17              -     MYDIN SENAWANG, NEGERI SEMBILAN        -  3.00 PTG
  5. 09.04.17              -     MYDIN CITY ONE, KUCHING, SARAWAK        -  2.30 PTG
  6. TBA                     -     MYDIN VISTA TUNKU, KUCHING, SARAWAK -  2.30 PTG

Enjoice!