Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

COOPCARE & SISKEK: KHIDMAT TERBAHARU COOP2U

DR. Noor Zari Bin Hamat melancarkan COOPCARE & SISKEK bersama Dato' K Jayakumar A/L A. Kumarappan (Setiausaha Koperasi COOP2U Berhad), Dato' Hj Abdullah Bin Mahmood (Pengarah Wilayah Persekutuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia), Dato' Hj Ahmad Shamsuddin Bin Hj Ramli (Pengerusi Koperasi COOP2U Berhad).
#ADVERTORIAL

Apakah  selama ini anda merupakan salah seorang daripada pelanggan yang sering menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi COOP2U Berhad?

Jika masih aktif membuat urusan mahu pun pembelian barangkali initiatif terbaharu yang diusahakan oleh COOP2u Berhad di bawah program 'Coopcare' serta pengendalian khidmat  yang dinamakan "SISKEK" mampu membuat anda tersenyum riang.

Kenapa agaknya anda harus senyum lebar ya? 

Inilah yang Kak Fas nak 'story' pada semua khususnya yang ragu-ragu untuk berurusan dengan Koperasi COOP2U Berhad, walau pun sudah hampir 4 tahun beroperasi.

Iya....sungguh pun dah lama ditubuhkan iaitu pada 16 Mei 2013, sejujurnya inilah pertama kali Kak Fas mengetahui mengenai kewujudannya setelah diundang  ke majlis pelancaran COOPCARE dan SISKEK di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan.baru-baru ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Dato’ Dr. Noor Zari Bin Hamat yang walau pun Kak Fas baharu pertama kali melihat ketrampilannya tetapi tokoh ini nampak ceria dan seorang yang 'jovial'.

Tersenyum Kak Fas apabila beliau sendiri dalam nada gurau berkata, 'wah ini pertama kali saya naik ke pentas yang tinggi begini..." diikuti gelak ketawa hadirin termasuk tetamu kenamaan lain antaranya Pengerusi Koperasi COOP2U Berhad, Dato Hj Ahmad Shmsuddin, Dato Hj. Abdullah Mahmood, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta anggota Lembaga Koperasi COOP2U Berhad.

Okey sebelum Kak Fas berceloteh panjang eloklah Kak Fas terlebih dahulu ceritakan secara ringkas apa sebenarnya COOPCARE dan SISKEK ini ya? Maklumlah bukan satu 'Malaya' prihatin kan terhadap kewujudkan koperasi ini.... Kak Fas antaranya hihi....

Sebagai  pembekal premier barangan seperti telefon pintar, komputer, barang kemas, barangan elektrik dan motosikal kepada koperasi seluruh Malaysia. Koperasi COOP2U Berhad merupakan satu-satunya koperasi di negara ini yang telah dipilih untuk bersama-sama menyahut seruan Kerajaan bagi mewujudkan pusat IT dan gedung
barangan pengguna khusus untuk peniaga bumiputera.



Dan COOPCARE adalah inisiatif terbaharu pelan jaminan yang dilanjutkan 2 hingga 3 tahun untuk pelanggan serta rakan niaga Koperasi COOP2U Berhad. Perkhidmatan ini julung kali diadakan dan Koperasi COOP2U Berhad adalah satu-satunya koperasi yang menawarkan jaminan perkhidmatan yang lebih panjang dari jaminan di pasaran.

Faham tak?

Pada mula-mulanya Kak Fas pun 'confuse' apa maksud pelan jaminan yang dinyatakan itu maklumlah Kak Fas ini bukan ahli mana-mana koperasi jadi tak lah nak faham sangat terma-terma yang digunakan.

Okey kisahnya... jaminan yang dimaksudkan itu dalam erti kata lain pelanggan yang membeli produk ditawarkan jaminan selama 2 tahun untuk setiap pembelian gadget seperti telefon bimbit, tablet manakala 3 tahun bagi produk elektrik serta elektronik.

JIka barang pembelian melalui COOP2U menghadapi masalah, anda cuma perlu dail talian bebas tol nya iaitu 1300-88-8133 untuk membuat aduan dan COOP2U akan segera mengambil tindakan bantuan selanjut.





"Perkhidmatan ini disediakan untuk menghargai pelanggan kami yang setia," ujar Dato Dr. Nor Zari sewaktu berucap.

Menurut Dr. Nor Zari, sejak Coopshoppe, platform jualan secara atas talian dilancarkan pada 25 Mei 2016 sehingga 31 Disember 2016,, Coopshoppe telah berjaya menyasar jualan sehingga RM 4 juta.

Jadi sudah tentulah kepuasan pelanggan harus dijaga dan pelancaran COOPCARE bagi Kak Fas menepati waktunya di mana sekarang ini, pembelian dalam talian begitu popular walau pun membeli tanpa memegang produknya terlebih dahulu.

Jadi dengan adanya COOPCARE anda sudah tidak perlu risau mengenai  kerosakan dan sebagainya kerana jaminan 2 atau 3 tahun yang ditawarkan.

Tidak berhenti disitu, atas initiatif anak-anak muda Unit IT COOP2U membangunkan pula perkhidmatan yang digelar 'SISKEK"  iaitu sistem pengurusan keanggotaan, pembiayaan dan peraukaunan untuk membantu dan memudahkan koperasi-koperasi menguruskan rekod keanggotaan. 

SISKEK dibangunkan menggunakan teknologi Microsoft Azure iaitu 'cloud server' dan mempunyai 'auto-backup; yang dilakukan secara automatik.waima memudahkan pengguna mengaksesnya di mana-mana sahaja. 



Setekat ini, Koperasi COOP2U Berhad telah bekerjasama dengan lebih 80 buah koperasi seluruh Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan berpakej seperti berikut:

1. Pembekalan barangan pengguna
2. Pemasaran jualan langsung dan jualan atas talian
3. Pembangunan laman web & e-market place (COOPSHOPPE)
4. Perkhidmatan pelan jaminan lanjutan (COOPCARE)
5. Sistem Keanggotaan Koperasi (SISKEK)

Jadi jika ada yang masih kurang jelas atau mahu tahu lanjut apa kata hadir ke ibu pejabat COOP2U Berhad di alamat  Wisma Coop2u, No.6, Jalan 13/48A, Kuala Lumpur, Malaysia
atau melayari sesawang fb @koperasicoop2u atau telefon  1-300-88-6133.

Apa pun sila layan foto-foto pelancaran ini ya... 

Credit Pix: Facebook COOP2U