Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SWEET AIMAN' BAWA AIMAN TINO JADI USAHAWAN MUDA


Belum pun sampai setahun jagung rasanya penyanyi Aiman Tino berada di dalam industri seni dan hiburan tanah air namun namanya sudah cukup dikenali baik oleh kanak-kanak mahu pun di kalangan dewasa.

Malah pemilik nama penuh Mohammad Aiman bin Yusri  ini hanya mempunyai dua buah lagu di sebalik namanya namun kedua-dua buah lagu itu mampu meletop dan melonjakkan Aiman Tino sehingga berjaya pula berada dalam senarai finalis Anugerah Juara Lagu ke 31 bersaing dengan nama-nama besar, yang berlangsung  bulan Februari lalu.

Melalui lagu ciptaaan ayahnya,  seorang bekas finalis HMI, Yusri Ishak  iaitu Ku 'Rela Di Benci', lagu 'berhantu' itu tanpa diduga telah merelakan 30 juta tontonan melalui youtube manakala single kedua, 'Permata Cinta' pula mencecah 10 juta selepas dua bulan dimuat naik di Youtube.

Walau pun gagal meraih kemenangan pada AJL31 anak muda dari Kuala Kubu Bharu, Selangor ini tidak menoleh belakang lagi malah terus mara mengembangkan kerjanya.

Kini, dalam usia 18 tahun, pemuda berusia 18 tahun kelahiran 27 Jun 1998 ini berjinak pula dalam dunia perniagaan dengan kerjasama sebuah syarikat yang mempunyai keyakinan terhadap masa hadapannya.



Dengan kolaborasi itu terhasilnya  sebuah produk yang dijenamakan sebagai 'Sweet Aiman,'

Kak Fas rasa nama itu memang sesuai dengan perwatakan Aiman yang bertubuh kecil dan berwajah manis. Sweet rupanya... kalah anak dara u alls. Jika AIman seorang perempuan sudah tentu lebih ramai peminat mampu dikumpulnya hahaha...

Ternyata tahun 2017 membawa perubahan dan tuah pada diri Aiman Tino. Pertama kali Kak Fas dengar nama ini... teringat penyanyi otai Herman Tino....:

Rupanya nama panggilan Aiman diberikan oleh ibunya yang amat meminati Herman Tino... jadi bila Aiman lahir dan memperlihatkan bakat nyanyian pada usia 10 tahun, terus dia disapa ibunya sebagai Aiman Tino.

Bertuah nama tu kan?

Ok meh Kak Fas sentuh sikit berhubung produk 'Sweet AIman' in.

Dilancarkan petang tadi di Flora Terrace, Kuala Lumpur, produk  berkenaan yang dicetuskan bersama Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd  mempunyai tiga produk kesihatan dan kecantikan meliputi 3D Cream DD mineral Cushion; Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD.


Walau pun Kak Fas tidak dapat hadir namun atas budi baik Sam Kassim yang bertindak menjemput media, dapatlah Kak Fas mengetahui sedikit sebanyak mengenai majlis dan produk yang dilancarkan apabila membaca siaran akhbar yang diemelkan,

Kak Fas sentiasa menyokong Sam dalam sebarang majlis yang melibatkan pengurusannya walau pun hanya mampu 'pandang dan dengar' dari jauh kerana tidak dapat hadir atas urusan hal lain, Kak Fas tetap akan 'post' story daripada Sam... terima kasih Sam... xoxo...

Khabarnya, menjadi seorang usahawan muda adalah cita-cita Aiman, Jadi dengan kelahiran produk pertamanya ini sudah tentu menjadi petanda aras untuk beliau mengembangkan perniagaannya dengan beberapa lagi produk lain.

Melihat pada raut wajahnya yang bukan sahaja 'sweet' terserlah aura rasa puas apabila impian menjadi realiti.

"Sambutan yang diberikan oleh peminat saya khususnya di kalangan perempuan amat menggalakkan sejak berada di pasaran," ujar Aiman sambil memberi keyakinan produk hasilnya itu berkualiti.

Malah bagi Wonder Glow pula, kerjasama bersama seorang artis muda seperti Aiman yang mempunyai wawasan tinggi serta berbakat diyakini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat Aiman sendiri.

Sjek enam tahun bertapak dalam industri kosmetik, Wonder Glow dengan kerjasama Mydin Malaysia akan melakukan 'road show' bagi mempromosikan 'Sweet Aiman" bermula di Mydin Senawang, Negeri Sembilan pada 23 Mac jam 5 petang.

Seterusnya, peminat boleh bertemu dengan Aiman di Mydin Citi One, Sarawak pada 8 April serta Mydin Samariang, Sarawak pada 29 April bermula jam 3,30 petang bagi kedua-dua lokasi.

Namun bagi yang ingin melihat secara dekat atau mahu terus membeli produk boleh mendapatkannya di beberapa kiosk Wonder Glow seperti berikut:

1. Lot 2-2-21 Busana Menara
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur.

2. Lot KF5, Level 1, AEON Mall Shah Alam
No 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13
40100 Shah Alam

3. F45 Tingkat 1 & Tingkat 2
Kluang Parade
Jalan Sentul, 86000 Kluang
Johor Darul Takzim

4. Lot F38, level 1, AEON Kota Bharu
Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim.


Wah... Aiman Tino pun sudah mengambil langkah promosi sama seperti jejaka popular, Anuar Zain gitu yang turut ditaja lokasi dan sesi bertemu peminat oleh Mydin Malaysia.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Sweet Aiman, sila hubungi +6010 7094042 dan bagi yang berminat boleh juga lawati Instagram : sweetaiman360 dan juga laman web www.sweetaiman360.com.

Tahniah Aiman,,,, semoga sukses sentiasa menghampiri anda agar dapat membantu ekonomi keluarga terutama ibu bapa yang banyak mendukung kerjaya seni Aiman.

Jangan terpengaruh dengan kata-kata seorang kanak-kanak dalam sebuah iklan yang berbunyi 'Aiman Tak Kisah"....no no no... 'Aiman Harus Kisah" ya.....huhu