Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERBELANJA SAMBIL MENANG HADIAH PERCUTIAN


Bermula bulan Mac ini sesiapa yang bercadang mahu membeli-belah apa sahaja samada baju, perabot dan barang kemas sekali pun untuk persediaan Hari Raya pada bulan Jun nanti bolehlah mula 'shopping' sekarang.

Kenapa?

Sebab kempen jualan tahunan Malaysia bagi tahun ini sudah pun dimulakan dengan pelancaran  Kempen Jualan Nasional Malaysia di Suria KLCC baru-baru ini.


Kempen yang berlangsung di seluruh negara ini diadakan tiga kali setahun dan merangkumi Jualan Super 1Malaysia (1-31 Mac), Karnival Jualan Mega 1Malaysia (15 Jun-31 Ogos) dan Jualan Akhir Tahun 1Malaysia (1 November-31 Disember). 

Kempen tahunan anjuran Tourism Malaysia melalui Secretariat Shopping Malaysia ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak Kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama yang bertaraf dunia.

Dilancarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, majlis turut dihadiri 15 pengamal media dari Indonesia, Brunei, Thailand, India, China, dan Vietnam. 

Mereka merupakan para peserta Tourism Malaysia Mega Familiarisation Programme yang berlangsung selama tiga hari iaitu dari 28 Februari hingga 3 Mac 2017.



Ketika berucap Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata:

“Sektor pelancongan Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan pertumbuhan positif daripada segi jumlah ketibaan dan perbelanjaan pelancong pada tahun 2016. Malaysia telah menerima sebanyak 26,757,392 orang pelancong pada tahun 2016 yang kebanyakannya datang dari Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, China dan Arab Saudi, menyaksikan pertumbuhan sebanyak 4% berbanding tahun 2015.”

“Sementara itu, pendapatan pelancong pada tahun 2016 ialah sebanyak RM82.1 bilion, meningkat 18.8% berbanding RM69.1 bilion pada tahun 2015. Perbelanjaan membeli-belah pelancong pula mencecah RM26 bilion, meningkat 20.3% berbanding RM21.6 bilion pada tahun 2015. Ini menjadikannya penyumbang terbesar kepada jumlah perbelanjaan pelancong, sekali gus meletakkan beli-belah sebagai sektor yang penting dalam industri pelancongan Malaysia,” ujarnya sambil menambah bahawa kadar tukaran mata wang terkini telah memberi kelebihan kepada para pelancong asing membeli-belah di Malaysia kerana harganya yang sangat berpatutan.

Jenama beli-belah Malaysia berteraskan konsep “Experiential Shopping”, yang mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah yang menyeronokkan, dan dilengkapi dengan pelbagai aktiviti hiburan dan rekreasi, kembara gastronomi, rawatan kesihatan yang mewah, serta lawatan ke tempat-tempat pelancongan yang popular. Ia berjaya dilaksanakan hasil sokongan lebih daripada 500 premis beli-belah bersepadu dan kedai-kedai perniagaan runcit di seluruh negara yang jumlahnya kian meningkat setiap tahun. 

Hab runcit dan gaya hidup baharu yang akan dibuka pada tahun ini termasuklah KL Gateway Mall di Kuala Lumpur dan Genting Premium Outlets di Genting Highlands, yang akan merangsang aktiviti membeli-belah di Malaysia.

PERTANDINGAN SHOP, SNAP & WIN!

Tanggal 1 Mac merupakan ulang tahun pertama ikon beli-belah Malaysia iaitu Miss SHOPhia. Sejak kemunculan buat pertama kalinya pada bulan Mac tahun lepas, Miss SHOPhia telah memberi sepenuh perhatian kepada peranannya sebagai teman beli-belah terbaik dengan memberikan informasi terkini tentang fesyen, makanan, gajet dan berita-berita serta acara-acara berkaitan kepada para pencinta fesyen dan para pembeli-belah di seluruh dunia melalui platform media sosialnya.

Dia juga telah membuat penampilan kameo dalam video-video tular dan iklan-iklan televisyen untuk mempromosikan aktiviti beli-belah di Malaysia. “Kehadiran” Miss SHOPhia telah mendapat pengikhtirafan antarabangsa baru-baru ini apabila Tourism Malaysia telah dianugerahkan “The Most Favourite Promotional Activity – Miss SHOPhia pada majlis anugerah U Travel Magazine Award 2016 di Hong Kong.

Bersempena dengan ulang tahun pertama ikon beli-belah tersebut, orang ramai (18 tahun ke atas) dijemput untuk menyertai pertandingan dalam talian “SHOP, SNAP & WIN!” yang menawarkan percutian menarik dan hadiah-hadiah yang lumayan tajaan Suria KLCC, Starhill Gallery, Pavilion KL, Fahrenheit88, IOI City Mall Putrajaya dan IBC Tours Sdn Bhd. 

Pertandingan ini akan bermula dari hari ini hingga 31 Mac 2017. Untuk menyertainya, setiap peserta dikehendaki untuk:-

1. Berbelanja di pusat beli-belah kegemaran atau membeli barangan berjenama yang
diminati.
2. Ambil gambar anda seorang ataupun bersama keluarga dan teman-teman berserta dengan
barangan yang dibeli di hadapan tempat anda berbelanja.
3. Lengkapkan kapsyen gambar “Saya suka membeli-belah di Malaysia kerana…” (tidak lebih
daripada 20 patah perkataan).

4. Muat naik gambar tersebut berserta kapsyen yang lengkap ke Facebook Miss SHOPhia dan tag #MalaysiaSuperSale2017, #MissShophia dan lokasi pusat beli-belah tersebut.

Gambar dengan jumlah “Like” terbanyak dan kapsyen yang paling kreatif berpeluang untuk
memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut:-Laman Web: missshophia.malaysia.travel
Facebook: facebook.com/missshophia
Instagram:@miss_shophia

Malaysia mempunyai lebih daripada 500 pusat beli-belah di seluruh negara termasuk tiga
daripadanya yang tersenarai dalam 10 pusat beli-belah terbesar di dunia iaitu 1Utama, Mid Valley Megamall dan Sunway Pyramid (kesemuanya terletak di Lembah Kelang).

Selamat bershopping!