Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KAHWIN DI LANAI ANGGUN, MENANGI HADIAH BULAN MADU KE KOREA, JEPUN


Barangkali anda antara bakal pengantin yang akan mendirikan mahligai bahagia tahun ini.

Jika jawapannya adalah 'Iya' ... sudah tentu perancangan awal perlu dilaksanakan untuk merealisasikan sebuah perkahwinan yang selama ini diimpikan.

Sekiranya pada zaman dahulu... segala soal perkahwinan terletak pada bahu ibu bapa untuk merancangnya waima si pengantin boleh dikatakan ikut sahaja kemahuan keluarga.

Tetapi zaman sudah berubah.. pengantin hari ini sudah mahu mengelolakan majlis perkahwinan mereka sendiri tanpa perlu banyak meminta bantuan ibu bapa khususnya.

Kerja menguruskan perkahwinan sekarang ini menjadi lebih mudah apabila wujudnya ramai pakar perunding perkahwinan dengan pakej lengkap Raja Sehari. 


Pilih sahaja... nak yang bajet ke,  sederhana ke mahu pun yang eksklusif dan 'high class' seperti di hotel lima bintang atau setaraf dengannya.

Apa pun segalanya bergantung pada wang ringgit.... ada duit semua boleh jadi waima mahu berkahwin di bulan pun sudah tidak mustahil malah di dasar laut pun sekarang sudah ada pengantin yang mencubanya.

Namun yang penting terlebih dahulu adalah mencari lokasi perkahwinan sekiranya tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan di rumah. Maklumlah kalau jemput ramai sudah tentu kawasan rumah tidak mampu untuk menampung ramai tetamu.

Lagi pun sekarang ini, kenduri kendara di rumah sudah semacam ketinggalan apatah lagi 'rewang'. Barangkali di kampung-kampung masih berlaku tetapi tidaklah banyak seperti dahulu.

Bila ada sahaja kenduri kahwin satu kampung datang membantu.... tetapi suasana rewang sedemikian kian ditelan zaman.


Anak-anak muda sekarang tidak mahu lagi membebankan dan memerah tenaga ibu bapa dan keluarga hanya untuk melaksanakan kenduri pada satu hari.... lebih baik sahaja tempah sebuah dewan atau hotel,, lebih memudahkan.

Sekiranya itu menjadi trend sekarang, apabila tibanya musim perkahwinan khususnya pada musim cuti persekolahan... dewan-dewan yang sedia ada penuh malah tempahan perlu dilakukan lebih daripada enam bulan jika tidak mahu terlepas.

Begitu juga dewan-dewan utama di hotel tiga, empat atau lima



Bagi bakal pengantin yang tinggal berdekatan kawasan Selayang Heights yang sedang mencari-cari lokasi untuk perkahwinan... kenapa tidak cuba tinjau ke Dewan Lanai Anggun.

Jika masih kabur di mana kah lokasi ini... jangan gusar... waze jer... Kak Fas pun waze Lanai Anggun ini apabila diundang ke sana baru-baru ini.  Dengan waze Kak Fas terus sampai... tak sesat-sesat pun... Bijak kan siapa yang buat app 'waze' ni memang memudahkan. 

JIka dahulu nak cari tempat... jenuh beberapa kali turun naik kereta minta bantuan sesiapa sahaja yang ditemui untuk bertanya jalan.

Sekarang segalanya di hujung jari. Begitu juga jika anda mahu 'google' mengenai Dewan Lanai Anggun khususnya perkhdimatan pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh Bridalista Events & Services.



Kak Fas dah pun tengok dewan berkenaan apabila mendapat undangan ke majlis pelancaran pakej perkahwinan oleh Bridalista yang dirasmikan oleh Dato Dr. Hussamudiin Hj Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Perkahwinan 'olok-olok' yang dipersembahkan oleh Bridalista memperlihatkan kewibawaan syarikat perunding perkahwinan itu mengendalikan sepenuhnya perkhidmatan membuat persiapan daripada A hingga Z.



Sebaik melangkah masuk ke dewan Lanai Anggun seluas 9,000sf ini, Kak Fas sudah dapat merasakan aura majlis perkahwinan sebenarnya apatah lagi dekorasi dewan lengkap dengan pelamin dan susun atur meja yang mampu menampung sehingga 1,000 pax kelihatan kemas. Di satu sudut pun ada disediakan 'photo booth'.



Selain menyediakan dua stesen bufet, kira-kira enam buah meja 'VIP' disediakan hidangan dalam 'dome' berserta bunga telor pindang dalam gelas kristal.



















Malah lapan jenis menu yang disediakan lazat semuanya. Lebih menarik ada air assam cicah ayam yang jarang sekali dihidangkan untuk majlis perkahwinan. Memang bangkit selera bila ada air assam u alls.. 

Melihat pada kelengkapan dan menu yang disediakan tentu mahal kut..fikir hati.

Tetapi apabila ditanya kepada Encik Hafiz Azizi daripada Bridalista, pakej perkahwinan yang ditawarkan hanya RM28,000 untuk 1,000 pax, iaitu diskaun daripada harga asal RM35,0000.

Wah...banyak diskaun tu.. tetapi yang lebih menarik didengar apabila setiap tempahan yang dibuat sehingga bulan Ogos berpeluang memenangi hadiah percutian berbulan madu di mana pihak Bridalista menawarkan pakej ke Osaka, Jepun mahu pun Seoul, Korea bagi dua pasangan pengantin.

Jadi apa tunggu lagi ... cepat-cepat buat tempahan kerana selepas Ogos harga pakej akan kembali pada harga asal iaitu RM35k malah tiada pula cabutan bertuah...

Rugi nanti kalau tak ;booking; cepat tau.


























Apabila mengambil pakej Bridalista, segalanya boleh dirancang di bawah satu bumbung kerana selain dekorasi pelamin eksklusif dalam dewan berhanwa dingin... kelengkapan lain yang ditawarkan meliputi  catering, fotografi, videografi, pegawai trafik, kompang, silat, busana dan aksesori termasuk meja pengantin, hiasan laluan pintu masuk, karpet merah dan bunga meja. 



Jadi pihak pengantin sudah tidak perlu risau dan mencari hal-hal yang berkaitan perkahwinan,,, segalanya diurusan oleh pihak Bridalista.  Kira datang goyang kaki je lah.. tak perlu pening dan selesai majlis boleh terus rihat di rumah tanpa perlu mengemas bagai.

Pun begitu, peruntukan yang disediakan mengikut jumlah tetamu yang diundang dan makanan yang dihidangkan samada secara bufet atau hidangan menggunakan khidmat katering.  

Selain itu,konsep kiosk juga disediakan sekiranya ada permintaan.




Bagi pengantin pula,  khidmat andaman juga disediakan  malah Lanai Anggun turut menyediakan sesi fotografi 'outdoor' agar bakal pengantin boleh merakamkan kenangan manis mereka pada hari bersejarah berkenaan.

Lebih menarik,  LANAI ANGGUN  turut  menyediakan PA system, deejay, event koordinator, pelayan tetamu beruniform serta kek 3 tingkat termasuk  kuih muih tradisional serta minuman panas secara percuma.

Bagi keselesaan tetamu pula  LANAI ANGGUN menyediakan  tempat letak kereta, surau lelaki dan wanita,  Wifi percuma, mesra OKU, lif, koridor (BBQ), tandas dan pentas, sistem pembesar suara serta bilik menunggu VIP.

Kak Fas rasa dah cukup lengkap semua tu... jadi mereka yang tinggal berdekatan Lanai Anggun di Selayang Heights apa lagi... jika ada anak-anak anda yang nak berkahwin tahun ini sila buat tempahan cepat. Mana tahu menang hadiah percutian berbulan madu pula jika tempahan dibuat sebelum Ogos kan?

Yang penting bagaimana konsep yang anda inginkan baik moden atau pun tradisional sekali pun, Lanai Anggun mampu menjadikan bayangan impian majlis perkahwinan anda satu realiti... bukan mimpi semata-mata ya!

LANAI ANGGUN turut menawarkan perkhidmatan majlis-majlis lain seperti seminar korporat, majlis hari jadi, alumni,sidang akhbar, pelancaran, hi-tea/majlis makan malam, rumah terbuka, berbuka puasa dan sebagainya.



Mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan LANAI ANGGUN yang beralamat di R-C-03, Commercial Lot Radius, Jalan SH 1/3 Selayang Height, 68100 Selayang Height Selayang, Selangor boleh menghubungi  Encik Hafiz (013- 3903888) atau tiga lagi rakan niaganya iaitu Akmaliza : 019-2198484, Edelina : 019-2883757 atau  Mariah : 012-7158537.