Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ARTIS POPULAR BOLLYWOOD TARIK TUMPUAN TETAMU ZIRYAB MUSIQA 2017


Melangkah masuk ke Dewan Utama ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) seolah berada di Mumbai atau India gayanya.

Mana tidaknya... sebahagian besar netizens yang hadir meraikan Malam Gala Ziryab Musiqa 2017 rata-ratanya berpakaian ala Bollywood seperti mana yang dikehendakli penganjur.

Ini termasuk barisan artis dari Malaysia jua seperti yang Kak Fas nampak, Razis Ismail, Nas Kilauan Emas, Dior, Rozita Rohaizad dan ramai lagi.... kesemuanya bertemakan pakaian Bollywood.

Pun begitu, tumpuan semua yang hadir pada malam tersebut tentunya mahu melihat wajah-wajah popular artis Bollywood seperti Priety Zinta, Ameesha Patel dan Jackie Shroff yang merupakan artis jemputan malam berkenaan.

Walau pun mereka hadir bukan untuk menari mahu pun menyanyi tetapi melihat kelibat mereka sahaja barangkali sudah cukup memuaskan peminat yang hadir.

Ini terbukti... sebaik sahaja nama mereka diumumkan oleh pengacara Afdlin Shauki, yang sering melontarkan kata-kata melucukan.... semua mata tertumpu ke pentas dan sudah tentu masing-masing dengan kamera telefon bimbit untuk merakamkan wajah artis kesayangan masing-masing.



Ketiga-tiga mereka baik Priety Zinta, Jackie Shroff (yang muncul bersama Ratu Cantik Malaysia/Dunia, Shweta Sekhon) mahu pun Ameesha Patel yang muncul pada penghujung majlis mendapat tepukan gamat dari hadirin malah apabila Priety dan Jackie Shroff turun dari pentas untuk bersalaman dengan tetamu kehormat terdiri daripada Sultan Pahang dan Sultanah, ramai yang menghampiri untuk berselfie dengan keduanya.
FOTO: CT Dimiatri.

Namun biasalah apabila ada terlalu ramai pengawal keselamatan atau 'bodyguard' mengawal meja VVIP, agar sukar untuk bergambar. 

Apabila terlalu ramai pengawal yang berbaris di belakang vvip..... ia menghalang mereka yang membeli meja terutama yang  duduk di belakang.

Sepatutnya mereka diberikan sebuah meja berdekatan atau hanya seorang dua sahaja yang berdiri ... jadi tidaklah menghalang pemandangan orang belakang....malah agak kurang selesa apabila petugas media yang mahu mengambil gambar ditolak dan tidak dibenarkan menghampiri kawasan meja vvip.

Kak Fas nampak Jackie Shroff yang 'sporting' berjalan ke belakang dan pada masa inilah dia diserbu beberapa tetamu wanita untuk bergambar seketika. Jackie kelihatan lebih mudah dihampiri melayan peminatnya.



Namun Priety Zinta dikawal ketat... yang sempat bergambar sempatlah tetapi dek kerana terlala ramai pengawal yang ada...mereka menghalang niat tetamu yang hanya mahu bergambar seketika... mereka belanja banyak kut beli meja....emmmm..

Berlainan dengan Ameesha Patel disebabkan kemunculannya hampir pada penghujung majlis ... Ameesha hanya berada di atas pentas dan tidak turun ke bawah untuk bertemu peminatnya. Jadi tiada perebutan bergambar berlaku...




Pun begitu... malam yang dipenuhi dengan lagu-lagu Bollywood nyanyian daripada artis dari India dan Pakistan seperti Komal Rizvi, Aktar Chanal mahu pun artis kita sendiri iaitu Dayang Nurfaizah serta Natasha Saas tidak kurang menghiburkan.

Ziryab Musiqa 2017 anjuran The Wee Folk Entertainment Sdn Bhd di bawah pimpinan Pengerusinya,  Dato Seri Navneet Goenka yang berlangsung dua hari turut mendapat sokongan  Malaysia Major Event  dan  CERES.



Selain menyaksikan tarian menarik daripada kumpulan 'Lollypop' yang turut diterbangkan khas dari India, para tamu turut dipersembahkan dengan tiga pertunjukan fesyen meliputi pelancaran himpunan pereka Navneet Geonkla 'Dara Shikoh' dan 'Bombay Dreams' yang turut memperagakan koleksi barang kemas eksklusif daripada CERES.



Turut dipersembahkan fesyen bertemakan 'Ramayana' daripada  himpunan Dato Seri Raja Rezza Shah sebanyak 32 rekaan eksklusif bersesuaian dengan malam Bollywood.





Pada malam kedua, penonton dapat menyaksikan konsert selama 4 jam yang berlangsung tanpa henti bersama penyanyi terkemuka Sunidhi Chauhan dan Mika Singh berserta Komal Rizvi dan Aktar Chanal dari Pakistan, termasuk persembahan tarian daripada kumpulan Lollypop.

Ada juga yang tertanya-tanya mana kelibat Bobby Doel yang gambarnya terpapar pada papan iklan Ziryab Musiqa? Barangkali 'last minute' tak dapat hadir kut....dan sebab itu agaknya juga ada Ameesha Patel kerana sebelum itu namanya tidak ada dalam papan iklan.