Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

800 PEMAIN GOLF AMATUR BERTANDING 18-25 NOV.


Memetik sebaris kata Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee... ' jarang-jarang...." dalam filem 'Nujum Pak Belalang"... Kak Fas pun sebenarnya 'jarang jarang' bercerita mengenai sukan Golf dalam blog Kak Fas yang 'kecil molek' ini hihi....(sape lagi kalau bukan Kak Fas mengangkat blog sendiri ya tak.. huhu).

Tetapi kali ini disebabkan menerima undangan rakan media dari Rentak Sejuta, Dragon dan Anas yang bertanggungjawab sebagai publisis untuk sidang akhbar majlis Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) baru-baru ini maka Kak Fas pun tidak keberatan memberi sokongan.

Seronok juga sekali sekala tulis perihal sukan yang sebenarnya sudah lama Kak Fas tinggalkan sejak menerajui majalah HAI sebagai editor beberapa tahun lampau. Majalah HAI ketika itu bertemakan hiburan dan sukan tetapi sayang sekali majalah berunsur dalam akhbar itu terpaksa 'berkubur' disebabkan saingan media sosial yang kini mendapat tempat di hati pembaca.

Sebab itulah sekarang Kak Fas aktif dalam berblogging hihi...nak ikut peredaran zamanlah katakan... memang tak reti nak berhenti menulis kata orang.. selagi masih bernafas sebab penulisan kewartawanan sudah menjadi 'passion' Kak Fas dahulu, kini dan selamanya 😊huhu...

Okey... kembali pada tajuk cerita....WAGC ...

Untuk tahun ini, selepas kita menyaksikan temasya SUKAN SEA  ke 29 yang akan berakhir pada 30 Ogos, peminat sukan boleh pula beralih kepada Kejohanan Golf Amatur Antarabangsa yang dijangka  berlangsung dari 18 hingga 25 November 2017.

Ya.. Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan berpestij ini melibatkan 800 pemain golf amatur dari 45 buah negara peserta.

Delta Trend Golf & Leisure Holidays Sdn Bhd (DTGLH) bertanggungjawab untuk mempromosikan dan mengurus beberapa pusingan kelayakan di seluruh negara sebelum mengenalpasti juara dari lima (5) kategori kecacatan masing-masing sehingga 2020.

DTGLH memperoleh hak untuk menjadi tuan rumah Kejohanan dari WGC Ltd, yang merupakan badan pentadbir untuk acara ini, melalui perjanjian untuk menjadi tuan rumah kejohanan dari 2012 hingga 2020.

Mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar baru -baru ini, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.berkata, "Pencapaian  menjadi tuan rumah World Championship World Amateur Championship Final 2017 juga telah mendapat sokongan Perdana Menteri, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan."

"Malah Pertandingan Akhir Dunia Amatur Golfers 2017 juga dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan dan mendapat kelulusan daripada Persatuan Golf Malaysia.

Menurut Tan Sri Asmat, bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam penganjurannya, DTGLH memerlukan penajaan bagi  membiayai kos kira-kira RM10 juta secara keseluruhan untuk perbelanjaan seperti logistik: - penginapan dan pengangkutan.

"Perodua berbangga untuk mengumumkan bahawa kami telah menjadi penaja tajuk sejak 2012 untuk bab tempatan dan penyertaan pasukan Malaysia di luar negara," tambah Asmat.

Pun begitu, beliau berharap sokongan korporat dan penaja lain untuk tampil meringankan tangungjawab dipikul pihak penganjur bagi menjayakan temasya sukan berprestij berkenaan.


Beliau berkata keputusan untuk menjadi sebahagian daripada acara ini adalah berdasarkan kepada pelanggan Perodua dari semua peringkat masyarakat dan percaya bahawa golf, seperti mana-mana sukan lain menyumbang positif kepada masyarakat kerana ia mempromosikan peningkatan diri.




"Malah, mereka yang berdedikasi sering merupakan orang yang mempunyai semangat untuk meningkat maju bukan sahaja dalam sukan pilihan mereka tetapi juga akan menerapkan semangat itu dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka."

"Dalam konteks itu, kami telah melihat 6,000 pemain amatur mengalami pengalaman kejohanan standard dunia pada pusingan kelayakan dengan 75 pemain ditaja untuk bertanding di beberapa negara seluruh dunia sejak 2012," kata Asmat.

Majlis turut disokong dan dihadiri tetamu kehormat lain antaranya Penaung WAGC Malaysia, Datuk A. Sani Karim (pix bawah, kiri) dan  Datin Seri Dato Geethanjali G (bawah, kanan), sebagai Penasihat WAGC, 

Jangan terperanjat jika Kak Fas katakan yang Kak Fas ada  sebuah  set golf untuk wanita tau....tetapi belum ada kesempatan dan masa nak ke padang gold u alls haha... simpan kat rumah sahaja lah... tetapi kalau setekat cuba 'putting' Kak Fas mampu masuk ke dalam lubang tau hihi...

Jikalau ada kesempatan mahu lah rasanya Kak Fas hadir menyaksikan kejohanan ini...
boleh lah sambung belajar atau dapat tips berguna daripada amatur 'golfers' yang ada ya tak...

Kut kut 'Tiger Woods' datang.. mana tahu kan.. boleh gak swafoto hihi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan