Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

IZREEN, AMAR TIDAK SEGAN PROMOSI PENCUCI KELAMIN 'POORA', 'DURRO'


Produk pencuci alat sulit lelaki dan wanita 'Durro' dan 'Poora' telah pun dilancarkan pada pertengahan bulan Julai lalu sempena majlis pelancaran filem "Blok 404" terbitan DBI Entertainment.

Jika nak imbas kembali majlis itu boleh klik LINK ini.

Tetapi ketika itu tumpuan lebih kepada acara utamanya iaitu pelancaran filem 'Blok 404".

Kak Fas pernah cuba layari dan cari info lanjut berkaitan kedua-dua produk keluaran DBI Health & Beauty Sdn Bhd. ini namun tidak banyak yang dapat diperoleh.




Aahhh...no no no....jangan sangka info yang Kak Fas nak cari itu  untuk diri sendiri tetapi lebih kepada maklumat yang ingin Kak Fas kongsikan untuk mereka yang sedang mencari produk pencuci kelamin yang bersesaian dengan kehendak Islam.


Dan baru-baru ini Kak Fas mendapat undangan untuk menyertai temuramah esklusif dn santai bersama segelintir media lain berhubung 'Durro & Poora" bersama dengan kedua dutanya - Amar Asyraf dan Izreen Azminda di studio pejabat DBI Health & Beauty Sdn Bhd. Turut hadir tentulah Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DBI, Dato' Dr Norul Iman atau  lebih dikenali sebagai Boy Iman dalam dunia seni.

Jadi meh Kak Fas story secara ringkas apa sebenarnya kandungan dan manfaat produk berkenaan ya...

Memandangkan Kak Fas wanita jadi kita dengar dulu apa kata duta wanitanya, Izreen Azminda mengenai Poora dan kenapa beliau tidak merasa malu untuk menjadi duta sebuah produk yang 'intim' begini.

"Kami tidak rasa malu sbb memang produk ini satu keperluan hygenic dan wajib untuk kita menjaga  kebersihan  jadi kenapa nak segan." ujar Izreen yang membahasakan dirinya 'kami' setiap kali berbicara.

Menurutnya penggunaan 'Poora" bukanlah sekadar pencuci tetapi turut memberikan khasiat kepada bahagian intim waima antara kandungannya ekstrak sireh, kacip fatimah, manjakini dan sari bunga yang mengharumkan serta baik untuk menguatkan  otot  vagina wanita.


"Kami dah cuba lebih sebulan dan apabila mendapati kesannya bagus baharulah kami setuju untuk menjadi dutanya," jelas ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia 4 tahun, Muhammad Adrian Umar ini.

Secara ringkasnya, kelebihan Poora yang diformulasikan secara tradisional mampu membantu mengurangkan keputihan, menghapuskan bau serta pembiakan fungus disamping bertindak menguatkan otot serta melancarkan perjalanan darah.

Sebagai sebuah produk antiseptik, Izreen memberitahu, "Poora perlu digunakan setiap kali mencuci... dan anda harus cuba dahulu baharu tahu khasiatnya walau pun kami tidak ada testimoni nak dishare.berhubung khasiat keintimannya....." diikuti gelak ketawa ramai mendengar selorohnya.

Sesunggunnya.. walau pun baharu pertama kali Kak Fas menemuramah Izreen  secara dekat... pelakon ini seorang yang ceria, mesra dan sering melontarkan kata-kata gurauan yang membuatkan perbualan lebih rancak lagi 'happening' gitu...

Mudah sebenarnya mendapat jawapan dari Izreen... apa yang ditanya itu yang dijawab dan ini memperlihatkan kejujuran serta ikhlasan hatinya.

Malah ketika ditanya "Sekiranya ditakdirkan menemui jodoh dengan suami orang dan bermadu bagaimana?

"Kami tak mahu cakap lebih takut patah balik pada kami. Jadi siapa pun jodoh kami waima suami orang sekali pun kami akan terima tetapi dia harus mampu. Ingat ya lelaki boleh kahwin empat  tetapi kena mampu dan berlaku adil," ujar pelakon berusia 32 tahun ini.

Bagaimana pun, katanya buat masa ini beliau belum berjumpa dengan mana-mana lelaki yang boleh menerimanya dan anaknya, Muhammad Adrian.



"Kami lebih selesa begini kerana banyak masa kami dapat meluangkan momen-momen membesarkan anak yang kami rindui dan tidak dapat melakukannya sewaktu dia kecil kerana sebuk dengan shooting waktu dahulu," tambahnya.

In shaa Allah....ya Izreen jika jodoh dah tiba ... sesaat pun tidak akan lari... dan lepas tu bolehlah Izreen memberikan testimoni kesannya 'Poora' lebih mendalam ya tak? hihi...

Bagi Amar Asyraf Zailuddin pula, penggunaan 'Durro" seperti pucuk dicita ulam mendatang...

Ya lah ... Amar sebelum ini rupanya pernah menjual 'ubat kuat' untuk memberikan tenaga kepadanya malah kerana itu jugalah antara kriteria kenapa beliau ditawarkan oleh Boy menjadi duta bagi produk pencuci lelaki "Durro".

Barangkali Amar ada masalah ke?

Itulah pertanyaan yang menjadi tanda tanya apabila mendengar Amar mengakui mempunyai masalah mencari produk pencuci lelaki yang mampu memberikan khasiat sekali gus.

Seperti Izreen,  Amar juga kelihatan jujur dalam memberikan maklum balas.






















"Saya tiada masalah cuma apabila balik shooting lewat saya rasa penat dan ini tentulah tidak baik bagi isteri saya .... kesian dia....tetapi dengan Poora saya sudah dapat kembali tenaga itu," ujar Amar dalam ketawa kecil.

Cara penggunaannya pun mudah kata Amar.

"Letakkan Durro ke tapak tangan kemudian cuci bahagian sulit dan bilas seperti biasa. Anda akan rasa sejuk dan segar diseabkan kandungan mentholnya," jelas Amar.

Belum pernah menggunakan pencuci maskulin sebelum ini Amar memberitahu, percubaan pertamanya ini ternyata lebih baik daripada pil kuat atau yang sewaktu dengannya....

Selain bertindak sebagai pencuci ia melawaskan kencing, menguatkan dan memanjangkan tempoh  keintiman bersama isteri.

"Sebagai selebriti saya tak malu... sebab ini produk bagus untuk kesihatan selain membersihkan," kata Amar apabila diajukan soalan sama seperti Izreen sebelum ini.

Berapa pula harganya?

"Buat masa ini harganya RM50 untuk kandungan 115ml tetapi sekarang kita memberi harga promosi sebanyak RM35 sahaja," jelas Boy Iman yang mensasarkan jualan mampu mencapai 10,000 unit dalam tempoh 3 bulan.

"Saya sebenarnya tiada sasaran tetapi jika dapat jual 10,000 pun dah alhamdulillah dan produk ini juga akan dipasarkan di China kerana orang CIna memang suka produk yang mengandungi tongkat ali," tambah Boy.



Menurut Boy, kaum lelaki perlu menjaga bahagian alat sulit mereka dari remaja agar dapat mengekalkan kekuatan pada otot.

Penggunaan sabun untuk membasuh alat sulit katanya tidak bagus kerana kandungannya tidak bersesuaian apatah lagi jika ada kimia.

Jadi u alls.. perempuam baik lelaki ... gunalah produk pencuci yang bersesuai dengan kulit lembut bahagian sulit anda tu seperti 'Durro" dan "Poora" buatan tempatan dan sudah tentu dijamin halal.

Islam satu agama yang suci dan menitikberatkan kesucian dalam kehidupan setiap makhluknya jadi Kak Fas rasa trend pencucian masa kini perlu sebuah produk yang khusus untuk setiap anggota badan kita.

Durro dan Poora barangkali antara jawapan dan produk yang boleh anda cuba. Selain mencuci bersih khasiat kandungannya memberi kesan positif lahir dan batin...

Untuk mendapatkan kedua-dua produk ini bolehlah membelinya online atau bila jumpa Amar ke Izreen ke ... pergi bisikkan kepada telinga mereka... dan beli dengan mereka ya... mana tahu kut-kut mereka bermurah hati bagi diskaun kerana harga promosi RM35 akan tamat selepas sebulan ini ya...

Info lanjut hubungi DBI Health & Beauty Sdn Bhd di talian  03-42654665  atau wats app ke 016 9191877.

Jika mahu pendapatan lebih dan nak jadi pengedarnya boleh juga wats app ke talian hotlne 019- 2406334. 

Moh! Kita sucikan diri dengan "Poora" atau "Durro" dua nama yang dicipta oleh Amar melalui  google yang dijumpai daripada bahasa Hespanic kuno yang membawa maksud 'sangat ketat' dan 'sangat kuat'...huhu....

Bunyinya pun sopan dan mudah diingati ya tak...tidaklah segan nak menyebutnya jika dinamakan ;Qetat; dan 'Quat.'... nama asal yang pernah difikirkan pada awalnya oleh Boy.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan