Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MILO SEMARAKKAN SEMANGAT SUKAN SEA KE 29


Jenama minuman malt coklat yang terkenal dengan taglinenya 'tenaga untuk melangkah jauh' - MILO hari ini menghangatkan suasana untuk Sukan SEA ke 29  dengan melancarkan upacara Larian Obor Kuala Lumpur (KL) 2017 di Nestle (Malaysia) Berhad, Mutiara Damansara.

Buat pertama kalinya juga Kak Fas dapat bersama meraikan kehangatan Sukan Sea 2017 yang bakal diadakan bermula 19 hingga 30 Ogos ini malah berpeluang berkongsi kemeriahannya bersama para atlet serta wajah-wajah terkenal dalam industri sukan tanah air seperti Ratu Pecut dan lari berpagar, Datuk Marina Chin mahu pun bekas pemain hoki, Dato Mirnawan Nawawi,

Larian Obor dilancarkan sempena kempen MILO #BersatuKitaTeguh yang telah bermula di seluruh Malaysia sejak bulan Mei 2017 sebelum upacaranya di Nestle Malaysia petang tadi.

Ini merupakan salah satu hentian terakhir sebelum destinasi terakhir di upacara pembukaan KL2017 pada 19 Ogos 2017 nanti.

Larian disempurnakan dengan semangat perpaduan di mana pembawa-pembawa obor dilakukan oleh individu-individu yang memainkan peranan penting dalam perkembangan MILO dan sukan di Malaysia, daripada pekerja yang telah lama berkhidmat, hinggalah kepada wira-wira sukan Malaysia dari pelbagai lapisan.

“Api obor yang membara adalah simbol semangat kami terhadap sukan, dan larian ini juga disertai oleh individu individu yang telah membantu menjayakan MILO sebagai suatu jenama minuman yang bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia tetapi juga telah melahirkan generasi juara sejak dari dulu lagi.,” kata Cik Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia dalam ucapan ringkasnya.

Berlari sejauh 500m, pembawa obor yang terlibat bermula di tangan Encik Mohd Nasir Abd Kadir (pix bawah, dua dari kiri). seorang Operator Promosi Luar, mewakili Abang MILO Malaysia. Beliau telah menggembirakan murid-murid sekolah dengan menyediakan minuman MILO yang lazat dan berkhasiat daripada MILO trak pada hari hari sukan sekolah di seluruh negara selama 35 tahun.


Wah! lama sungguh Abang Milo kita itu berkhidmat ya... memang patutlah beliau diberi penghargaan sebagai pembawa obor pertama.

Mohd Nasir seterusnya menyerahkan obor kepada Ismail Mod Dali dan Norhisham Mat Salleh daripada Bahagian  Pengeluaran Produk, Kilang MILO Nestlé Malaysia di mana mereka memainkan peranan penting dalam menyelia pengeluaran produk MILO, masing-masing selama 40 tahun dan 24 tahun. Malah mereka sentiasa memastikan warga Malaysia menikmati MILO yang paling bermutu, lazat dan berkhasiat. Komitmen dan dedikasi mereka sepanjang tempoh itu telah menjadikan MILO sebagai jenama yang dikenali hingga ke hari ini.

Pelari obor ketiga menyaksikan Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Sukan yang  telah bersama pasukan MILO selama 33 tahun. Beliau adalah antara individu penting yang telah membantu MILO menyemai atlet-atlet muda dan berbakat melalui Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) dan juga telah menyaksikan ramai wira-wira Malaysia cemerlang sepanjang karier sukan mereka.



Ratu Pecut dan lompat berpagar, Datuk Marina Chin, Ketua Kontinjen KL 2017 diberi penghormatan sebagai pembawa larian obor seterusnya, diiringi bersama bekas pelumba basikal Malaysia, M.Kumarasen, Dato Mirnawan Nawawi, Robin Ho (bekas atlet Wushu Malaysia).

Seterusnya obor bertukar tangan lagi kepada Joel Van Huizen, pemain Hoki Malaysia diiringi oleh atlet Wushu Kebangsaan, Diana Bong yang kemudian menyerahkannya kepada Yasshmita Jadish Kumar serta Joachim Chuah Han mewakili Tunas Harapan Puteri dan Putera MSSM.

Kedua-dua bintang harapan Malaysia di arena skuasy ini merupakan sebahagian  daripada atlet MSSM sepanjang 5 tahun yang lalu. Mereka disertai oleh kumpulan atlet-atlet muda Malaysia, yang akan bertanding dalam Sukan SEA 2017 buat pertama kalinya.

Akhirnya, obor bertukar tangan kepaa  Cik Philomena Tan (pix bawah, tengah kiri), Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia yang membawanya memasuki pekarangan pentas di mana majlis berlangsung bersama pihak media.


Upacara Larian Obor ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan MILO
dalam memperjuangkan perkembangan sukan selama lebih 60 tahun melalui kerjasama
dan usaha-usaha seperti MSSM. 

Ia menyediakan pentas untuk golongan muda mencari potensi sukan mereka, mengasah bakat dan keupayaan, sambil mempelajari tentang nilainilai sukan seperti kerjasama, ketabahan dan perpaduan.

Dengan semangat itu, MILO memberi inspirasi untuk seluruh negara supaya bersama-sama
menyokong olahragawan dan olahragawati kita di KL 2017 dengan mesej-mesej positif dan
kata-kata semangat untuk membantu mereka memberikan persembahan terbaik.

Para peminat dan penyokong ahli sukan negara boleh memberikan sokongan mereka melalui media sosial Instagram dan Twitter dengan #BersatuKitaTeguh atau
#StrongerTogether.

Meriah sungguh petang tadi dan Kak Fas pun turut merasai semangat Sukan SEA yang akan berlangsung tak lama lagi semoga dapatlah pas media untuk hadir bagi menyaksikan serta membuat liputan Sukan SEA ke 29 iaitu 16 tahun sejak  kali terakhir dianjurkan dibumi tercinta Malaysia ini pada 2001.

Pix Kredit: Official website Sukan SEA 2017.
Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia Tenggara ini sebanyak lima kali iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Semoga pada temasya sukan kali keenam ini Malaysia dapat menambahkan kutipan pingat keseluruhannya daripada terdahulu iaitu 271 pingat (111 emas, 75 perak dan 85 gangsa). Dan sudah tentulah kita menduduki tempat pertama daripada 10 negara peserta, melibatkan 391 acara sukan.

Lagi 17 hari u alls... apa lagi dah beli tiket? Jom  kita sama-sama raikan temasya sukan berprestij ini....

Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.milo.com.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan