Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BIENDA 'JAGA HATI' BERALIH GENRE MUZIK BERBEZA

Kredit: Instagram Bienda.

Oleh: Zurin Holit
Suntingan: Fariza

Penyanyi  muzik bernuansa timur tengah yang dikatakan sudah bernikah senyap-senyap malah telah  mempunyai dua orang anak,  Bienda, kini tampil mewarnai industri muzik Malaysia dengan  single terbaharunya, "Jaga Hati".

Ciptaan DJ Fuzz dan lirik hasil nukilan Alabbas, "Jaga Hati“ berkisar tentang kepercayaan dan pengorbanan yang diberikan kepada seseorang sepenuh hati namun dalam pada itu belajar untuk tidak melukainya. 

Berbeza dengan genre yang biasa dbawa Bienda sebelum ini, "Jaga Hati" merupakan kerjasama kali pertama Bienda dengan komposer DJ Fuzz  dengan muzik yang lebih rancak dan 'catchy'.



Malah lagu berentak irama moden beat yang diselitkan dengan melodi yang berbaur elemen tradisional merupakan 'comeback' Bienda ke persada nyanyian setelah 4 tahun tidak memasarkan dan menerbitkan lagu baharu, iaitu selepas muncul dalam program 'Gema Gegar Vaganza' yang pertama pada tahun lalu

Jika anda lihat klip muzik video ‘Jaga Hati" sudah pasti tertarik dengan pemandangan latar belakang  indah di mana Bienda membuat rakaman di Lombok, Indonesia dengan kerjasama Carrisa selaku penerbit eksekutif.

Kalau tak percaya sila tonton muzik video ini  di saluran Youtube rasmi Warner Music Malaysia  yang sudah pun di muat naik pada 13 April 2018 lalu atau klik video di bawah ini,

Malah lagu “Jaga Hati" juga sudah boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes. 

Seiring dengan pelancaran muzlk video 'Jaga Hati'. Bienda turut diperkenalkan sebagai “Muse” untuk Fesyen baju Carrisa yang dibuat khas untuk koleksi sesuai Hari Raya tahun ini.

Maklumat lanjut berhubung koleksi Raya Carissa sila KLIK INI.


Tiada ulasan: