Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MENANGI HADIAH HEBAT TONTON 'BALIK KAMPUNG BERSAMA PENSONIC'


Pejam celik, pejam celik dah nak masuk Ramadan dan pastu dah nak Raya. Sekejap je kan masa berlalu. Kadang kala tak terkejar kita dengan masa. Terasa macam banyak lagi yang perlu dilakukan namun masa tidak menunggu kita... jadi kita pun harus mempercepatkan apa yang perlu dipercepatkan gitu!

Dan apabila tiba bulan yang penuh mulia itu, sudah tentu banyak juga pihak tertentu mengadakan pelbagai promosi jualan samada untuk berbuka puasa atau pun produk berkaitan menyambut Raya.

Salah satu daripada promosi terawal Raya dianjurkan Pensonic Malaysia melalui kempen yang dinamakan 'Balik Kampung Bersama Pensonic'.

Kali ini Pensonic menyediakan lebih banyak ganjaran hebat sebagai tanda terima kasih kepada pengguna produk-produk berjenama Pensonic.



Contohnya, Kempen Chef’s Like Pensonic pada tahun-tahun sebelum ini amat popular kerana ia seperti pesta bagi pengguna-pengguna produk Pensonic.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti kelas memasak bersama Chef Selebriti Dato Chef Haji (DCH) Ismail, peraduan ‘Raya Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’. 

Malah,musim ketiga rancangan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta walaupun ia disiarkan hanya di TV3.

Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018. 

Dan bila menonton jangan lupa pula menyertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah bernilai RM200,000.00 termasuk kereta Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018. 

Nak sertai pun mudah sahaja di mana pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:

  1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
  2. 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
  3. 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
  4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
  5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.
Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.

Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
  1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
  2. TV LED 43" Pensonic
  3. Pendingin Udara Pensonic4.       
  4. Ketuhar 45L Pensonic  
  5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic  
  6. Penyaman Udara
Jangan kemana-mana jika anda ingin mengetahui senarai Hadiah-hadiah istimewa yang akan dipaparkan di Facebook Pensonic tidak lama lagi.

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.



Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. 

Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00! 

Wow! Hebat-hebat belaka hadiahnya kan?

Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan juga  akan ditunjukkan dalam rancangan ini.

Antara barisan artis tempatan undangan Chef  Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang. 


Mereka terdiri daripada artis-artis tempatan ‘hot’ seperti  Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. 

DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.  

"Tujuan produk-produk Pensonic wujud adalah untuk para pengguna menikmati hidup dengan sepenuhnya dan membantu anda meluangkan masa dengan mereka yang tersayang, terutamanya keluarga anda. Tiada perkara yang lebih memuaskan hati daripada memasak hidangan-hidangan anda sendiri dan berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan.

"Oleh itu, kami berharap supaya anda mempunyai pengalaman yang menyeronokkan apabila anda memasak untuk mereka yang tersayang. Resipi-resipi DCH Ismail dalam rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic' dan Kelas-kelas Memasak 'Balik Kampung Bersama Pensonic', termasuk produk-produk Pensonic, tentu akan membuat pengalaman memasak satu perkara yang menyeronokkan", kata Pengarah Executive Kumpulan Pensonic, En.Nelson Chew.

Beliau menambah, "Tahun ini juga, kami bekerjasama dengan peniaga-peniaga untuk mengadakan ‘Kelas-kelas Memasak Secara Langsung’ (Live Cooking Classes) di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

Lokasi kelas-kelas memasak ini akan dipaparkan di Facebook Pensonic, oleh itu anda dipersilakan supaya mengikuti (follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini.

Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam kelas memasak ini dapat membawa pulang hidangan lazat yang telah mereka sediakan dalam kelas memasak, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM450.00, termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!

Satu lagi berita menarik ialah peserta-peserta Kelas Memasak juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000.00 apabila mereka menonton rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic', dan menyertai peraduan Beli, Tonton & Menang. Jadi, segera ke laman Facebook Pensonic untuk mengetahui lebih lanjut!"

Pensonic, bersama-sama dengan DCH Ismail, inginkan rakyat Malaysia menikmati hidangan-hidangan berkhasiat yang dimasak di rumah, meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan mengamalkan kehidupan yang sihat. 

Resipi-resipi yang dipertontonkan didapati dalam kebanyakan rumah tangga di Malaysia. dan lebih memudahkan apabila memasak menggunakan produk-produk Pensonic, 

Yang pasti, anda akan belajar bagaimana untuk memasak seperti seorang ‘Chef gitu!



Tiada ulasan: