Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

D'SAJI SASAR 20,000 PENGUNJUNG NIKMATI BUFET RAMADAN ASEAN



Cepatnya masa berlalu! Kita sudah pun berada di pertengahan bulan April dan tidak lama lagi akan tampilnya bulan penuh berkat - RAMADAN!

Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, rata-rata pengusaha restoren baik di hotel mahu pun di lokasi makanan popular akan mewar-warkan lebih awal menu Ramadan kepada pihak media dan bloggers untuk dinikmati  terlebih dahulu sebelum disiarkan dalam akhbar, majalah mahu pun blog masing-masing.

Kak Fas ada menerima beberapa undangan antaranya daripada Chakri Palace @Pavilion, TEMPTation @Renaissance namun tidak berkesempatan untuk menghadirinya waima berada di luar negara.

Malah terbaharu, pada Buffet Ramadan yang dianjurkan oleh pihak D’Saji Restoren CafĂ© pun Kak Fas tidak dapat memenuhi jemputannya.

Untuk itu, Kak Fas wakilkan teman, Zurin Holit untuk menikmati apakah hidangan istimewa yang akan dihidangkan untuk berbuka puasa kelak?

Dan maklum balas yang Kak Fas terima, Zurin memberitahu, dia paling suka dengan hidangan bertemakan ‘Taste of Asean’  yang diketengahkan untuk tahun ini.

Sejajar dengan temanya, sesiapa yang memilih untuk berbuka di D'Saji Restoran Cafe yang terletak di Taman Titiwangsa akan berpeluang menjamu selera dari 10 negara Asean meliputi Thailand, Filipino, indonesia, Laos, Cambodia, Viietnam, Myanmar, Brunei, Singapura dan Malaysia sendiri.

Mensasarkan seramai 20,000 pengunjung dengan sasaran jualan sebanyak RM1.2 juta, pihak pengurusan restoran merancang untuk menyediakan 120 menu sepanjang Ramadan yang disediakan oleh seorang Execufive Chef, dua orang Chef de Partie, sepuluh tukang masak dan 80 pelugas 

Dan lebih menariknya, D'Saji menyediakan ruang privasi untuk golongan yang mahu membuat tempahan daripada tiga jenis dewan yang disediakan berkapasiti antara 50 hingga 450 orang.

Kak Fas percaya dengan variasi menu tersedia  akan menarik minat ramai apatah lagi bagi golongan yang rindukan masakan daripada negara asal masing-masing mahu pun yang berani mencuba sesuatu yang baharu.

Bayangkan dengan harga  sebanyak RM85 seorang anda boleh makan sepuas hati mengelilingi 10 negara ASEAN! Kalau tak kenyang tak tahu lah hahaha!


Tetapi eloklah ikut pesan Nabi Muhammad SAW iaitu 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang' jadi nak buat amal ibadat pun tak lah mengantuk ya tak?

Di sini kemudahan surau berkapasiti 200 orang disediakan bahkan surau tambahan juga akan dibuka jika bllangan pengunjung mencecah 800 orang ke atas.

Khas untuk mereka yang mahu menempah awal sebelum 16 Jun berpeluang menikmati harga promosi sebanyak RM79 seorang berbanding harga asal RM85 seorang.

Restoran ini turut menawarkan harga promosi untuk kanak-kanak dan juga harga bagi warga emas. Diskaun sebanyak 50 % akan diberikan kepada 100 pelanggan pertama yang berbuka puasa pada hari pertama sehingga hari ketiga Ramadan.

Sementara itu, pihak pengurusan turut menawarkan Bufet Ramadan 2018 bertempat di Lake Cempaka Villa, Bangi.

Para pelanggan di lokasi lnl dihidangkan dengan  menu makanan bertemakan  'Masakan Melayu Asll don BBQ' dengan 80 menu utama.





Memang sesuailah untuk mereka yang masih mencari-cari masakan Melayu Asli malah dengan harga ditawarkan iaitu  RM58 seorang pihak pengurusan mensasarkan seramai 6,000 pengunjung dengan sasaran jualan RM250,000. 

























Tempahan boleh dibual menerusi lalian 03-40210098.




Tiada ulasan: