Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

IKEA PERKENAL BELIAN DALAM TALIAN


Agak unik dan mempesonakan jemputan ke majlis pelancaran terbaharu daripada peruncit kelengkapan rumah dari Sweden, IKEA kali ini.

Selalunya majlis pelancaran sesuatu produk terbaharu yang mahu diperkenalkan akan berlangsung di gedung IKEA tetapi sebaliknya.

Jemputan yang diterima tertera ditulis pihak media akan dibawa menaiki bas ke suatu destinasi yang tidak pula di sebut lokasinya.

Malah apabila ditanya... pihak PR yang mengendalikan urusan jemputan sekadar berkata, 'rahsia tetapi kami pasti anda menggemarinya kerana tempat ini sejuk dan pemandangannya indah'.

Daripada kata-kata itu ramai yang membuat tekaan barangkali Genting lah, Janda Baik lah dan pelbagai lagi waima bas menuju arah lebuh raya Timur-Barat.

Tetapi ternyata tekaan kami semua salah huhu.....

Sebaik sahaja bas membelok ke arah Bentong, ramai masih blur malah hati tertanya-tanya 'ke mana agaknya yang nak dibawa ya."


















Akhirnya kira-kira sejam perjalanan bas berhenti di sebuah kawasan pinggir dan di situ pula hadirnya beberapa buah mini van yang menanti.

Kami dipindahkan dari bas ke van... dan perjanalan seterusnya menuju ke bukit bukau dikelilingan kehijauan alam semula jadi.

Sebuah papan tanda arah di jalan memaparkan perkataan "Puncak Rimba". Macam pernah dengar nama ini fikir hati,


Baharulah teringat dengan pertanyaan 'bukan kah di sini dahulu penyanyi Yuna melangsungkan pernikahan beliau?"

Dan setibanya kami di tapak kaki bukit, beberapa buggy pula sedia menanti dan sekali lagi kami dipindahkan menaiki buggu melalui beberapa selekoh sehinggalah tiba ke sebuah kawasan yang terletaknya sebuah banglo ala resort.

Maka sahlah tekaan yang di sinilah Yuna bernikah dahulu. Rupanya tak jauh walau pun terletak di kawasan Bentong.


Memang cantik pemandangannya malah hiasan yang direka oleh IKEA juga menjadikan sekeliing kelihatan indah tersusun dengna produk-produk IKEA.

Ada empat stesen yang digunakan oleh Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara ketika memulakan ucapan alu-aluannya di mana setiap stesen mempunyai cerita sejarah di sebalik pembukaan IKEA di Malaysia.

Memang stylo dan kreatif majlis pelancaran IKEA online store oleh IKEA kali ini.

Belum sempat majlis bermula, ramai yang meninjau dan mengambil gambar serta selfie sekeliling bagaikan kami sedang berpiknik pula gayanya.. haha...

Tetapi tertanya-tanya juga kenapa buat begitu jauh... online sahaja kut, boleh sahaja dilancarkan di mana-mana gedung IKEA di Kuala Lumpur?


Dan Kak Fas dapat jawapannya pada akhir majlis pelancaran oleh Gerard di mana melalui skin gergasi yang dipasangkan beliau menunjukkan cara penggunaan IKEA online store dan gimiknya apabila beliau membuat pesanan sebuah alas laptop berharga RM47.

"Begitu mudah dan boleh di tempah walau berada di mana-mana sahaja," kata Gerard dan sejurus kemudian hadirnya kira-kira 40 kakitangan membawa bungkusan produk yang ditempah dan serahkan kepada semua pihak media/bloggers yang hadir.

Mesejnya tentulah dengan menggunakan IKEA online store, mereka yang tinggal jauh di pedalaman pun diberi peluang membeli produk IKEA tanpa perlu bersusah payah hadir ke gedung yang terletak jauh.

Ya... IKEA online store sudah membuka laman webnya bagi meluaskan penghantarannya ke seluruh negara. Pengguna boleh meninjau dan menempah produk IKEA tanpa mengira masa dan tempat.

Ketika mengupas tentang pelancaran perkhidmatan ini, Gerard Jansen  berkata:

“Menerusi pelancaran IKEA online store pada skala yang sebesar ini, kami mampu mencapai lebih ramai rakyat Malaysia. Seiring dengan perkembangan masa, ia akan membolehkan kami memenuhi kehendak mereka untuk membeli-belah secara dalam talian, sambil merealisasikan visi kami untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik bagi orang ramai di Malaysia."

Ia sekaligus mencerminkan komitmen penuh IKEA untuk menceburi e-dagang di Malaysia. Perkhidmatan baharu ini bakal membawa satu platform beli-belah e-dagang kelengkapan rumah yang terbesar kepada semua rakyat Malaysia.

IKEA online store merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan pengalaman unik IKEA kepada lebih ramai pengguna. Ia merupakan penambahan sempurna kepada gedung-gedung fizikal kami, khasnya untuk pelanggan yang tinggal jauh dari gedung kami. Kini, mereka mampu meninjau perabot inspirasi mereka, memasukkan produk kegemaran ke dalam kart beli-belah, serta memilih pelbagai perkhidmatan tambahan seperti pemasangan produk,” tambah Gerard.


Sebelum pelancaran rasmi perkhidmatan tersebut, IKEA Malaysia telah membuat pelancaran fasa awal untuk menjalani ujian hujung ke hujung (end-to-end testing) ke atas sistem e-dagang ini. Demi memastikan usaha ini berpaksikan penggunaan, proses sistem ini telah membolehkan IKEA untuk mengumpul pelbagai pengajaran, maklum balas serta amalan terbaik yang bertujuan mempertingkatkan serta memberikan pengalaman beli-belah yang paling sempurna bagi semua saluran.

IKEA online store memberikan akses kepada lebih 9,000 produk perabot Sweden dengan harga rendah, direka dengan baik, berkualiti, dan berfungsi. Tambahan pula, laman in mempunyai kategori berdasarkan produk dan bilik bagi menjamin pencarian yang mudah. Lebih-lebih lagi, pelbagai foto turut disajikan bagi mencetus inspirasi dalam rekaan dalaman serta hiasan di rumah.

Pelanggan boleh memilih penghantaran produk melalui penghantaran parcel atau trak yang amat sesuai untuk produk-produk bersaiz besar. Yuran penghantaran adalah berbeza-beza mengikut lokasi dan pilihan penghantaran. IKEA online store menerima semua kad debit dan kredit utama, Visa mahupun MasterCard.

Layari IKEA.my untuk meneroka dan membeli-belah di IKEA online store.

Apa pun sila lihat pemandangan indah sekitar melalui pix-pix yang Kak Fas dan rakan-rakan sempat rakamkan:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan