Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

STARBUCKS JUAL 'JUMBO COOKIE' RAI ULANG TAHUN SETOR BAHASA ISYARAT


Kak Fas tabik usaha yang dilakukan oleh kafe minuman terkenal, #Starbucks ini. 

Selama ini Kak Fas tidak sedar pun Starbucks sudah memasuki tahun ke 2 wujudnya 'Starbucks Signing Store' pertamanya di mana sebahagian daripada petugasnya terdiri di kalangan orang kurang upaya khususnya orang pekak.

Majlis sambutan ulang tahun ke 2nya itu disambut di Starbucks yang terletak di Bangsar Village II di mana sempena itu juga Starbucks Malaysia mengumumkan pelancaran Starbucks Chocolate Chip Cookies Jumbo di seluruh 'outlet'nya  di seluruh Malaysia. 

Untuk setiap pembelian biskut itu di Starbucks, RM1 akan disalurkan ke Silent Teddies Bakery, sebuah syarikat sosial yang dimulakan oleh Pusat Perkhidmatan Komuniti untuk pekak (CSCD), bertujuan menyokong program dan sekolah mereka untuk kanak-kanak Orang Pekak.

"Ia suatu kebanggaan apabila  melihat bagaimana rakyat Malaysia bersatu menyokong kumpulan yang kurang upaya ini. Saya amat terinspirasi oleh bagaimana Starbucks Signing Store telah menyediakan platform untuk masyarakat pekak bekerja agar mereka dapat terus membangunkan kemahiran mereka. bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang memuaskan. Dengan bantuan korporat seperti Starbucks, saya percaya terdapat potensi untuk lebih banyak tempat kerja di Malaysia mencontohi usaha sedemikian," ujar YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika merasmikan perayaan ulang tahun ke 2  Starbucks Signing Store baru-baru ini,

Sebagai sebahagian daripada inisiatif pembelajaran dan pembangunan yang berterusan di Starbucks, Starbucks Signing Store di Malaysia kini menempatkan sembilan baristas pekak yang merupakan 100% master kopi yang disahkan. 


The Deaf Coffee Masters di Malaysia akan dibezakan oleh apron hitam yang mempunyai sulaman khusus dengan tulisan 'Starbucks' di dalam bahasa Isyarat Malaysia. 

Di samping itu, baristas pekak ini juga berkemampuan untuk menganjurkan  sesi sembang kopi dengan orang ramai menggunakan bahasa isyarat seperti baristas di kedai-kedai Starbucks Reserve ™ di Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Encik Sydney Quays berkata:

"Sebahagian besar daripada apa yang kita lakukan di Starbucks adalah untuk mewujudkan budaya kepelbagaian dan kemasukan. Melalui perkongsian ini dengan Silent Teddies Bakery, klami berharap dapat meningkatkan lagi kehidupan masyarakat Orang Pekak selain memberi peluang pekerjaan kepada mereka. 

"Menjadi negara pertama memperkenalkan konsep Starbucks Signing Store ke dalam dunia adalah batu loncatan untuk kami. Kejayaannya juga telah memberi inspirasi kepada rakan-rakan Starbucks Amerika Utara untuk mempelajari dan mengkaji model perniagaan kami, yang kini menjadi kenyataan kepada Starbucks pertama di Amerika Syarikat yang dijadualkan pembukaannya  Oktober ini."

Setiap Starbucks® Jumbo Cookie adalah unik kerana  ia dibuat dengan tangan tanpa pengawet tambahan. Biskut ini akan dijual pada harga RM6.90 dan secara beransur-ansur akan diperkenalkan ke semua kedai Starbucks di seluruh negara, termasuk Malaysia Timur, bermula dari 8 Ogos 2018 dan seterusnya. 

Starbucks Malaysia juga telah melancarkan produk cenderamata Ulang Tahun ke-2 Signing Store yang eksklusif dan boleh dibeli  hanya  di Starbucks Signing Store di Bangsar Village II.













Jika korang ke Starbucks yang menggunakan bahasa isyarat ini, jangan risau. Setiap baristanya mempunyai kepakaran dan mampu melayan korang dengan mudah. Caranya? Korang kena pergilah cuba dan tengok kepakaran mereka ya?

Starbucks Malaysia mempunyai sejarah yang menggembirakan menggunakan kumpulan istimewa sebagai kakitangannya termasuk  Program VIP Starbucks yang dilancarkan tiga tahun lalu untuk menarik pasangan matang yang berusia 55 tahun ke atas. 

Sebagai sebahagian daripada program ini, Starbucks menyediakan jam kerja yang fleksibel dan manfaat lain untuk warga emas berkenaan. Kini terdapat lebih daripada 10 rakan kongsi VIP yang bekerja di kedai-kedai Starbucks Malaysia, yang tertua berusia 73 tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan