PELBAGAI AKTIVITI DISEDIAKAN RADIO ERA
Korang pendengar setia radio nombor satu Malaysia, ERA tak?
Bukan nak angkat ke apa tetapi Kak Fas antara pendengar setia ERA haha. Setiap kali masuk dalam kereta je mesti nak pasang radio ERA.
Dengan lebih daripada enam juta pendengar setiap minggu, pemacu utama di sebalik kejayaan ERA turut disumbangkan oleh kempen-kempen yang menjadi kegemaran peminat ERA seperti Budak-budak Baru Nak Up ERA, Karok Selebriti ERA, JoHaRa Wresting dan Cover Star ERA.
Atas sambutan ramai, sempena ulangtahunnya baru-baru ini ERA telah merancang pelbagai aktiviti menarik untuk diraikan bersama peminat.
Sebelum Kak Fas sambung lanjut dan coretkan aktiviti-aktivit berkenaan... apa kata kita dengar dahulu apa kata Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas:
"ERA tidak akan berada di sini hari ini jika bukan kerana sokongan yang diberikan peminat dan komuniti kami, yang selama ini sentiasa setia berada di belakang ERA, menyokong serta membantu membentuk sebuah prinsip yang ingin kami perjuangkan. Kami di ERA begitu bersyukur dengan sokongan yang diberikan ini dan kejayaan hari ini wajar ditujukan khas kepada setiap peminat yang ada di luar sana.
“Kami sentiasa memastikan para peminat ERA menjadi keutamaan apabila kami bekerja. Kehendak mereka akan dijadikan asas kepada sesebuah kandungan yang kami zahirkan. Justeru itu, kami lihat kebanyakan kempen kami yang berjaya mendapat tempat di hati peminat adalah kempen-kempen yang mengetengahkan aspek komuniti setempat dan dekat dengan hati masyarakat umum. Kami akan terus meraikan setiap peminat ERA dengan melibatkan mereka dalam kempen-kempen utama anjuran kami di masa-masa yang akan datang.”
Hakikatnya, untuk setiap pencapaian dan kejayaan yang dicatatkan sepanjang berada dalam industri, ERA melakar sekalung penghargaan kepada setiap pendengar setianya.
Untuk itu, di antara aktiviti lapangan, program-program radio dan di atas talian yang akan menemui peminat termasuklah:
1. Kempen JoHaRa Tour’
Memandangkan ulangtahun ERA diraikan
di sepanjang bulan kebangsaan, ERA mengumumkan kempen perdananya, ‘JoHaRa Tour’, yang akan bermula pada
bulan Ogos ini. Kempen ini akan menyaksikan ketiga-tiga penyampai utama ERA;
Johan, Hanif dan Ray, bersama rakan-rakan selebriti ERA, menjelajah ke negeri
Pulau Pinang dan Johor untuk mencari juara ‘U Gelak U Out’. Dalam usaha untuk
merebut gelaran juara, peserta akan berganding dengan barisan penyampai radio
JoHaRa dan bersaing di antara satu sama lain dalam satu siri perdebatan punchline. Pasukan yang masih berdiri
teguh di pusingan akhir akan berpeluang untuk memenangi wang tunai.
Jadi tandakan kalendar anda dan sertai ‘JoHaRa Tour’ di Pulau Pinang
pada 1 September 2018 dan Johor pada 15 September. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai
aktiviti-aktiviti menarik, turut sama menyaksikan persembahan-persembahan mengujakan
dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat di sesi ‘JoHaRa Tour’ bersama Johan, Hanif dan Ray.
2. Digital Star ERA:
Jika anda fasih berbahasa Melayu, selesa
bekerja di hadapan kamera dan memiliki personaliti yang menarik, anda mungkin
merupakan individu yang dicari ERA untuk dijadikan wajah baharu bagi jenama
radio nombor satu Malaysia ini! Istimewanya lagi untuk peminat-peminat ERA,
kami akan turut melancarkan kempen ‘Digital
Star ERA’ pada bulan Ogos ini.
Sama seperti Jaa Suzuran, yang
terkenal dengan wawancaranya bersama selebriti-selebriti bertaraf dunia seperti
Shah Rukh Khan dan Ed Sheeran, ERA sedang mencari bintang digital untuk menjadi
pengacara TV dan wajah ERA yang baharu. Lanjutan daripada kempen popular Penyampai Top ERA, ‘Digital Star ERA’ akan
memperlihatkan para peserta mengharungi pelbagai cabaran bagi memastikan bahawa
mereka ini mempunyai daya tarikan unik untuk menjadi personaliti digital
terkemuka dalam industri hiburan. Kempen ini dijadualkan bermula pada 20 Ogos 2018. Matlumat selanjutnya
mengenai kempen ini akan diumumkan kelak.
Selain daripada itu, para peminat
juga boleh nantikan pelbagai aktiviti menarik yang akan berjalan secara on-air dan dalam talian seperti:
1. 3. Budak LIT ERA:
Bersempena dengan program terbaharu yang ditayangkan di Astro Ria
berjudul Big Stage, ERA akan laksanakan sebuah peraduan ‘Budak LIT ERA’
menggunakan suara artis-artis Big Stage untuk merakamkan sebuah lagu, dan
memerlukan pendengar meneka lagu tersebut untuk peluang memenangi hadia wang
tunai. Peraduan bermula dari 20 Ogos
2018 hingga 31 Ogos 2018.
2. 4. Parodi Lit ERA:
Bermula dari 3 September hingga
14 September, dengarkan ERA dan
saksikan Danial dan Johan memparodikan beberapa lagu sambil menyamar
menggunakan suara selebriti melalui kempen ‘Parodi Lit ERA’. Teka nama-nama
selebriti yang digunakan dalam parodi oleh Danial dan Johan dengan betul, dan rebutlah
peluang untuk memenangi hadiah wang tunai. Jangan lupa untuk mengikuti ERA di
Instagram untuk mendapatkan petunjuk.
3. 5. Baris Lagu Hit ERA:
Adakah anda seorang juara muzik? Uji kemahiran anda dengan ‘6
Baris Lagu Hit ERA’. Dari 17
September hingga 28 September,
rakan-rakan rapper ERA seperti Zizi Kirana, WARIS dan banyak lagi akan rap
lagu-lagu hit semasa dan peminat perlu meneka tajuk lagu dan penyanyi dengan
betul untuk memenangi hadiah wang tunai.
4. 6. Lirik JoHaRa :
Mulai 1 Oktober hingga 12 Oktober, pastikan anda terus mengikuti
ERA untuk satu lagi pertandingan muzik dan lirik. Johan, Hanif dan Ray akan
menyanyikan sebuah lagu, dan para pendengar harus meneka tajuk lagu dan nama
penyanyi untuk memenangi hadiah wang tunai.
ERA amat teruja untuk mengaktifkan
kempen-kempen dan sesi jelajah bersempena dengan sambutan ulangtahun ERA bagi
merapatkan lagi jurang di antara jenama radio tersebut dengan
peminat-peminatnya di luar sana.
Sebagai permulaan, pada minggu lalu
ERA telah meraikan sambutan ulangtahunnya bersama anak-anak istimewa dari ‘Rumah Titian Kaseh’ dalam sebuah
majlis kesyukuran. Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah peminat-peminat
bertuah, barisan penyampai radio ERA dan rakan-rakan selebriti.
Untuk maklumat lanjut mengenai ERA dan kempen-kempen yang akan
dianjurkannya, sila layari www.era.je atau
ikuti ERA di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ERA, serta frekuensi:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan