Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PENYERTAAN 'SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR' DIBUKA

Datuk Bandar, (dua dari kiri) bersama para artis yang hadir pada sidang media baru-baru ini. Pix Budiey.

Tidak lama lagi kita akan menyambut ulang tahun Kemerdekaan atau dalam bahasa pasarnya Hari Merdeka.

Sudah 61 tahun kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 ini. Dan setiap kali tibanya bulan Ogos saban tahun, pelbagai acara diadakan sempena menyambut dan meraikan hari bersejarah itu.

Dan kemuncaknya sudah tentulah perarakan Hari Kebangsaan di mana tahun ini ia akan diadakan di Putrajaya bertemakan ‘Sayangi Malaysia Ku” dengan lagu “Kita Punya Malaysia” ciptaan dan nyanyian kuimpulan Bunkface sebagai lagu rasmi.

Selain itu, berbagai acara sampingan tidak kurang dianjurkan pelbagai pihak di mana salah satu daripadanya yang pasti menarik perhatian netizens yang suka bernyanyi adalah pertandingan Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor (SNPS).

Iya… buat tahun kedua berturut-turut SNPS bakal mewarnai dan menambahkan keriangan sambutan Hari Kemerdekaan anjuran kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor.


Jadi sesiapa yang berminat perlu terus membaca apa yang Kak Fas nak coretkan mengenai program SNPS ini….

Matlamat utama SNPS 2018  tentulah untuk menggalakkan  masyarakat khususnya golongan muda mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi selain usaha membanteras musuh nombor satu (1) negara iaitu najis dadah.

Tetapi bukan berkongsi dengan tangan kosong tau. Korang ditawarkan hadiah lumayan bernilai RM10,450 secara keseluruhannya.

Nak tahu lanjut? Ok baca baik-baik ya….

MBPJ akan menjadi tuan rumah sejajar dengan matlamat kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan untuk mengangkat Kota Seni Petaling Jaya dengan lebih gemilang.

SNPS 2018 terbahagi kepada 3 kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan 19 tahun ke atas (terbuka) sama ada secara solo, duet atau berkumpulan.


Menjelaskan lanjut, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain pada sidang media pelancaran program SNPS 2018 yang diadakan baru-baru ini berkata:

“Para peserta yang berminat perlu mendaftar sebelum 12 Ogos ini di mana  pendaftaran secara percuma boleh dibuat dengan mendapatkan borang di laman Facebook MBPJ  atau laman  Pemadam Negeri Selangor. Para peserta juga boleh menghubungi melalui WhatsApp  di talian 016 680 6489 dan link Borang Pendaftaran akan diberikan atau boleh juga  menghantar email di bob@atlasoneevents.com

“Selepas itu mereka yang mendaftar akan menerima emel pengesahan untuk ke ujian saringan yang akan berlangsung selama dua hari berturut-turut pada 18 dan 19 Ogos ini bermula dari pukul 8 pagi di Kompleks Arena Petaling Jaya.”

Tambah beliau, ujian saringan  akan diadili oleh tiga juri profesional iaitu penyanyi dan komposer Korie Aminuddin, pengurus artis lagenda, Jojie Aminuddin dan guru vokal Sarah Ismail.

“Empat peserta terbaik dari setiap kategori akan melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 22 September ini pada pukul 8.30 malam di Dewan Sivik MBPJ,” ujar Datuk Mohd Azizi sambil menambahkata, pada malam  sama, peserta akan berkongsi pentas dengan selebriti terkenal tanah air iaitu pemenang Gegar Vaganza 2016, Azharina yang bakal menyanyikan lagu untuk menyemarakkan lagi SNPN 2018.

Selain Azharina, komposer dan penyanyi Korie yang juga juri profesional akan mempersembahkan lagu beliau manakala bakat baru Dylea serta selebriti YouTube terkenal, Fauzi Yusoff atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Gee akan membuat persembahan lagu rakyat ketika pembukaan pertandingan akhir SNPS 2018.


Sementara itu,  bagi mereka yang mahu hadir memberikan sokongan bolehlah mendapatkan pas masuk  percuma melalui sistem bertiket dengan menghubungi  talian 016 680 6489 atau email di bob@atlasoneevents.com.

Bagi memudahkan korang membuat pemilihan lagu berikut senarai penuh lagu-lagu yang dipertandingkan:

01. Warna Warna Malaysiaku – Datuk Siti Nurhaliza
02. Standing In The Eyes of the World – Ella
03. Anak Merdeka – Ella & The Boys
04. Dirgahayu Tanah Airku – Lagu Rakyat
05. Dikir Puteri – Noraniza Idris
06. Anak Malaysia – Aris Ariwatan
07. Warisan – Datuk Sudirman
08. Hijau Bumi Tuhan – XPDC
09. Sejahtera Malaysia – Zurin Aziz / Roy
10. Hijau – Datuk Zainal Abidin
11. Lagenda – Datuk Sheila Majid
12. Sehati Sejiwa – Alif Satar
13. Gemuruh – Faizal Tahir
14. Arjuna Beta – Fynn Jamal
15. Bahtera Merdeka – Aishah
16. Assalamualaikum – Faizal Tahir
17. Ghazal Untuk Rabiah – Datuk Jamal Abdillah
18. Terbang Tunduk – Fynn Jamal
19. Malaysia – Faizal Tahir
20. Mentera Semerah Padi – Datuk M.Nasir

Dan ini pula senarai hadiah para pemenang berjumlah RM 10,450.00 (jumlah terkumpul) mengikut kategori usia :

Bawah 12 tahun
1. RM1000
2. RM700
3. RM400
4. RM150
Bawah 18 tahun
1. RM1500
2. RM1000
3. RM500
4. RM200
19 Tahun ke atas
1. RM2500
2. RM1500
3. RM700
4. RM300

Maklumat lanjut sila layari laman rasmi: www.mbpj.gov.my atau  Facebook: Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Instagram | Twitter | YouTube: pjcitycouncil

Talian telefon pula boleh berhubung melalui nombor ini : +603-79563544 | Faks: +603-79581494

Tiada ulasan: