ANAK-ANAK MUDA DIJEMPUT SERTAI EKSPO SUB-BUDAYA TERBESAR SELAMA 3 HARI
Buat julung kalinya Malaysia bakal menyaksikan ekspo sub-budaya dan gaya hidup terbesar melalui acara tiga hari tiga malam yang dinamakan ‘The Culture 2019’.
Anjuran Modern Living Event Sdn Bhd (MLE), ia bakal berlangsung pada 5, 6 dan 7 Julai 2019 bertempat di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam.
Uniknya ekspo ini berbanding yang lain ialah buat pertama kalinya ia menggabungkan krew-krew B-boy, pelukis graffiti, penggemar barangan antik & terpakai, pemain papan selaju dan fesyenista termasuk karnival makanan di bawah satu bumbung.
“Tujuan utama kami adalah menghimpunkan kesemua sub-budaya yang terdapat di Malaysia sekali gus mengetengahkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang masing-masing,” ujar Mohd Faizul Isa (pix bawah, tengah) selaku kurator The Culture ketika ditemui pada majlis sidang media ekspo tersebut baru-baru ini.
Turut hadir Pengarah Urusan MLE, Joshua Wong (kanan) dan Caleb Wong (kiri) selaku penganjur acara.
“Ia juga untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda bagi mengkomersialkan bakat masing-masing supaya mampu menjana pendapatan,” tambah Mohd Faizul.
Mensasarkan kira-kira 60,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, 'The Culture 2019' meliputi kawasan seluas 145m x 40m yang terbahagi kepada dua sektor meliputi bahagian dalam dewan dan luar dewan.
Bahagian dalam akan menempat pelbagai pilihan fesyen jenama tempatan, gajet terkini dan pertandingan krew B-boy yang akan diadili oleh juri yang sudah menempah nama di persada antarabangsa seperti Wingzero.
Menurut Joshua Wong, kos pengendalian mencecah kira-kira RM2 juta namun tidak mengharapkan keuntungan waima tujuan utama penganjuran lebih kepada menyediakan platform bagi anak-anak muda berbakat dalam setiap sub-budaya yang diceburi di bawah satu bumbung kepada umum.
“Kami merancang menganjurkan ekspo ini sebagai acara tahunan,” tambah Joshua.
Menempatkan lebih daripada 200 vendor keseluruhannya seperti fesyen, makanan tempatan dan gaya hidup serta beberapa aktiviti riadah terkini yang digemari oleh orang muda dan berpotensi menjadi satu kerjaya seperti ‘beatbox’, krew B-boy, pertandingan papan luncur dan 3 lawan 3 bola keranjang.
BUNKFACE |
Selain itu, antara yang bakal menjadi tarikan berupa penganjuran ‘Vintage Town’ yang akan mempamerkan 60 vendor dari kalangan komuniti pasar karat Jalan Raja Bot, Ipoh dan Johor Bahru sekali gus memberi peluang peniaga-peniaga atas talian merasai pengalaman serta menambah kenalan dan pengetahuan bersama komuniti sub-budaya ini.
Bahagian aktiviti luar pula merangkumi pertandingan bola keranjang, pelbagai pilihan makanan tempatan yang berkonsepkan pasar malam dan kawasan papan selaju sementara yang dibuka untuk orang ramai.
“Di sini, peminat sukan papan selaju boleh menghadiri kelas bersama tenaga pengajar mahir,” sambung Caleb Wong.
Bagi persembahan konsert pada sebelah malam bermula jam 8 malam, lebih kurang 15 barisan artis baharu dan lama telah dikenal pasti mengambil pentas terdiri daripada Bunkface, Gerhana Skacinta, Pele L. Iamneeta, K-Clique, Hullera, LOKO dan ramai lagi.
Malah pengunjung yang hadir pada hari Sabtu berpeluang menyaksikan persembahan daripada artis-artis wanita sahaja antaranya seperti Hullera, Zameera, Lunadera dan ramai lagi.
Sementara itu, peluang vendor untuk menyertai ekspo ini masih terbuka dan Kak Fas percaya tentu ramai lagi yang berminat apatah lagi yuran penyertaan amat rendah iaitu RM300 untuk ruang di Vintage Town dan RM1,000 bagi sewa lot untuk 3 hari.
Jadi jika korang yang membaca ini berminat menyertai ekspo sub-budaya yang pertama kalinya diadakan ini atau sekadar mahu melepak bolehlah menempah tiket segera apatah lagi dengan berbelanja serendah RM35, korang berpeluang hadir untuk tiga malam berturut-turut.
Kan berbaloi tu ya tak? Info lanjut dan pembelian tiket boleh layari www.theculture.my atau lebih senang KLIK SINI.
Sila layari berita berkaitan - Temuramah bersama penyanyi hip hop Pele... KLIK INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan