Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPUL KERETA VS KUMPUL RUMAH? MANA SATU?


“Kumpul Kereta VS Kumpul Rumah?” 
Apa pandangan atau pilihan anda?
Sudah tentu apabila topik begini diperbincangkan, setiap daripada kita mempunyai pandangan dan idea berbeza untuk menentukan kereta atau rumah menjadi pilihan berdasarkan kehendak masing-masing.
Pada masa yang sama juga ada yang beranggapan kedua-duanya penting namun perlu melihat dan diukur kepada kemampuan seseorang itu, Apatah lagi kedua produk ini merupakan aset yang bukan sedikit modal untuk dikeluarkan atau dibelanjakan.
Justeru topik menarik yang seringkali diperdebatkan dalam kalangan generasi muda ini diutarakan dalam program bual bicara “INFINITEEN” –Ekspresi Remaja Era Digital terbitan Unit Majalah dan Dokumentari (UMD) RTM hujung minggu ini, 28 Jun 2019, pukul 4.00 petangdi TV Okey (Astro 109). 
Menampilkan hos Justin Ang, Jay Walia, Akhmal Nazri dan Echa, program satu jam ini bakal turut mengutarakan beberapa segmen dan perkongsian menarik dalam setiap episod siarannya yang bermanfaat kepada semua. 
Disiarkan secara langsung minggu ini kupasan tajuk sensasi ini mengundang tetamu Dato’ Seri Mahadi BZ berkongsi pandangan peribadi beliau untuk dikongsikan bersama-sama penonton. 
Setelah itu program ini turut mengundang Borneo EXT-T Fire Performer. 
Pastinya ada sesuatu kelainan dan keunikan yang bakal dikongsikan mereka dalam tajuk ini.
Menerusi episod minggu ini juga penonton bakal dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan Aina Abdul yang menyampaikan lagu popularnya.

Penonton boleh mengikuti siaran ulangan pada hari Ahad, pukul 8.30 pagi dan jug setiap Isnin, pukul 9.00 malam.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). 

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Kak Fas: Mestilah kumpul rumah... kereta cepat lusuh kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan