Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NORISH KAREEM PELAWA PEREKA TEMPATAN SERTAI MINGGU FESYEN DI LONDON


Adakah anda seorang pereka fesyen yang prolifik dan sedang mencari haluan baharu dalam mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa?

Keinginan itu ada tetapi bagaimana caranya anda tidak pasti.

Jika itu yang menjadi masalah utama barangkali impian anda untuk melebarkan sayap ke luar negara boleh menjadi realiti apabila pengasas jenama fesyen, Norish Kareem yang terkenal dengan label 'NK' membuka peluang mana-mana pereka fesyen tempatan untuk bersamanya menjayakan Minggu Fesyen NK di kota London.

Dijangka berlangsung pada bulan September depan, Minggu Fesyen Norish Kareem (NKFW) bakal mengumpulkan kira-kira 20 pereka fesyen tanah air memperkenalkan rekaan masing-masing sempena Minggu Fesyen London yang turut dijadual pada bulan sama.

“Setekat ini sudah ada sejumlah 10 pereka fesyen tempatan yang telah bersetuju untuk bersama meraikan NKFW manakala kami bersedia menawarkan 10 lagi tempat kepada mana-mana pereka yang berhajat,” ujar Norish Kareem ketika ditemui pada majis sidang media NKFW bertempat di MATRADE baru-baru ini.

Menurut. pengasas kepada Norish Kareem Couture, Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London ini, objektif menganjurkan NKFW bertujuan membantu dan memberi peluang pereka tempatan mengetengahkan rekaan mereka ke peringkat antarabangsa.

Selain mendedahkan mereka kepada industri fesyen antarabangsa, Norish Kareem turut memberi peluang kepada mana-mana pereka fesyen yang mahu mempamerkan jenama mereka di butiknya di London termasuk aksesori dan produk kosmetik.

“Saya bersedia menyediakan ruang kepada mereka untuk memasarkan koleksi masing-masing sekali gus menembusi pasaran UK dan Eropah,” ujar Norish yang julung kalinya menganjurkan NKFW ini.

Selain itu, Norish dijangka menganjurkan minggu fesyen kali keduanya di Doha, Qatar dengan kerjasama agensi Kerayaan Qatar pada bulan November depan.

“Harapan saya mahu menjadi penganjur fesyen antarabangsa dengan mengadakan minggu fesyen di pusat fashion dunia seperti di London, Doha, New York, Paris dan Dubai,” tambah Norish yakin.

Turut hadir Encik Abu Bakar Yusof selaku Pengarah Kanan Bahagian Promosi Ekspot dan Akses Pasaran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia  atau MATRADE yang merupakan rakan strategik bagi menjayakan NKFW di London.

Dalam ucapan ringkasnya, Abu Bakar mempelawa mana-mana peniaga atau pereka fesyen tempatan yang inginkan bantuan MATRADE supaya tampil dengan idea masing-masing.

“Kami bersedia mendengar dan membantu sesiapa sahaja yang mahu berkembang khususnya yang ingin menembusi pasaran global,” tambah Abu Bakar sambil memberitahu wujudnya peruntukan bantuan untuk mereka.

Majlis turut memperkenalkan beberapa pereka fesyen yang bakal bersama NKFW antaranya seperti MW by Mimi Wahedah, Fana Couture, Lila Majnun, Angie Jewels & Co dan Ummiriaz International.

Mimi Wahedah yang terkenal sebagai seorang fesyen stylis dijangka membawa enam koleksi berkonsepkan fesyen 'cape’  yang boleh digayakan sebagai pakaian kasual atau pun muslimah.


“Koleksi saya bertemakan fabrik hitam putih dengan corak fesyen 'cape' yang boleh dipadankan bersama ‘turban’ malah boleh diubahsuai mengikut styling masing-masing,” ujar Che Puan Mimi Wahedah (kanan) sewaktu ditemui.

Bertemu dengan Mimi mengimbaukan kembali kenangan ketika beliau menjadi model untuk ruangan fesyen yang Kak Fas kendalikan bagi majalah WANITA beberapa tahun lampau.

Kini nampak gayanya, anak gadisnya, Tunku Affie Rania (kiri) mengikuti jejak  langkahnya apabila menggayakan sendiri fesyen ciptaan ibunya walau pun khabarnya beliau tidaklah begitu meminati bidang peragawati, tapi dek kerana ibu haruslah kan?

Sesungguhnya, inisiatif yang dilaksanakan oleh Norish Kareem sesuatu yang patut disambut semua pereka tempatan kerana seperti katanya, “bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa kerana saya pernah merasainya.”
GAYA Sofistikated dari rekaan Lila Majnun.
Atas hakikat itulah juga, Norish bersedia menyumbangkan tenaganya bagi memberi peluang dan jalan kepada designer-designer tempatan yang mahu mengembangkan jenama mereka ke luar negara tetapi tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.

Jadi jika ada mana-mana pereka fesyen tempatan yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur melalui emel ke sales@norishkareem.com. atau melayari laman sosial medianya seperti di bawah ini:

Website : www.norishkareem.com
Ig : norishkareemlondon_official

Ig : norishkareemfashionweek



Tiada ulasan:

Catat Ulasan