Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TUAH UJANG EXISTS TERLETAK PADA KAYU DRAM?


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu tetapi yang pasti tuah Ujang Exist terletak pada kayu dram jenama Promark yang terkenal seluruh dunia.

Ya… siapa sangka dalam begitu ramai pemain dram popular di Malaysia, Ujang dari Kumpulan Exist berjaya terpilih sebagai satu-satunya pemain dram Malaysia yang namanya terukir pada kayu pemukul dram signatur Promark.

Ditanya kenapa memilih Ujang? Ini jawapan Pengurus Besar JS Music Distribution, Encik Tung Kean Jin:

“Saya sudah lama mengenali dan bekerjasama dengan Ujang dan mendapati dia benar-benar serius dalam usahanya mengkaji dan mencipta kayu dramnya sendiri dan peluang itu sudah tentu saya berikan kepadanya,” ujar Jin pada majlis pelancaran kayu pemukul dram signature ‘Ujang” Promark baru-baru ini.


Menurut Jin, pihaknya yang merupakan pengedar utama kayu pemukul dram Promark mensasarkan jualan mampu mencapai 500 unit apabila pengeluaran kedua mula dipasarkan pada bulan Ogos ini

Buat permulaan ini, JS Music mengeluarkan 144 pasang sahaja sebagai prototype untuk diuji oleh Ujang  di mana ia juga terbuka untuk jualan dengan harga RM79 sahaja.

Berhubung spesifikasi kayu pemukul dram itu, Ujang memberitahu buat permulaan dia memilih untuk menghasilkan ‘drumstick’ dari jenis 5A sebelum merancang untuk mengeluarkan jenis 7A.

“5A adalah kayu pemukul saiz standard yang digunakan pemuzik Asia dan saya sendiri selama ini,” ujar Ujang.

Menurut Ujang yang sudah 28 tahun berada di dalam industri seni hiburan, proses komunikasi dan pengurusan bersama JS Music telah dilakukan selama setahun, mengambil kira proses pemilihan rekabentuk, model, saiz serta pengesahan sehiggalah alatan itu siap sepenuhnya dan sedia untuk diedarkan di Malaysia.

“Pembuatan alatan ini melalui beberapa segmen pembikinan termasuk proses pemanggangan bagi mendapatkan ketumpatan yang padat malah dihasilkan di sebuah kilang di Houston, Amerika Syarikat,” tambah Ujang yang berasa sangat terharu mempunyai ‘signature’ seriesnya yang tersendiri.

“Ini merupakan satu pengiktirafan dari Promark untuk pemuzik tempatan. Saya berharap selepas ini, ramai lagi pemuzik tempatan kita yang mendapat perhatian dan pengiktirafan dari jenama-jenama yang dipercayai baik di Malaysia mahu pun di luar negara," tambah Ujang yang berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada JS Music khususnya kepada Jin yang percaya pada keupayaannya.

'Drumsticks' jenama Promark turut digunakan oleh pemain dram terkenal seperti Mike Portnoy (Dream Theatre), Simon Philips (Toto) dan lan Paice (Deep Purple).

'Drumticks' ini sudah bolehdidapati di JS Music, 133, Jalan Imbi, Imbi Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian 0321444555 atau di laman Facebook dan Instagram JS Music.

Sementara itu, untuk peminat-peminat Ujang juga boleh mengikuti akaun media sosial Instagram (@ujangexist) untuk sebarang infomasi terkini.

Artikel berkaitan sila KLIK INI.


Kak Fas: Baharu tau kayu pemukul dram pun berbunyi lain mengikut saiz dan grednya. Tahniah Ujang!

#promark #JSMusic #ujangexist

Tiada ulasan:

Catat Ulasan