Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JUARAI CERIA MINISTAR, APA BALASAN EIFFEL KEPADA KELUARGANYA DI SABAH?


Anak kelahiran Sabah, Eiffel Paul Pailus atau lebih dikenali sebagai ‘Eiffel’ berjaya memenangi gelaran juara di ‘Konsert Finale Ceria Megastar Ministar 2019’ pada Jumaat lalu. 

Vokalis berumur 13 tahun itu membawa pulang wang tunai sebanyak RM 25,000 serta sebuah trofi sebagai hadiah kemenangan.

Eiffel memilih untuk menyampaikan lagu medley ‘Bohemian Rhapsody’ nyanyian asal kumpulan Queen dan ‘Talking to the Moon’ oleh Bruno Mars bagi persembahan terakhirnya sebagai finalis program nyanyian itu. 

Lagaknya yang penuh bertenaga jelas menunjukkan karisma seseorang juara dan berjaya memukau bukan sahaja pengundi di rumah, namun juri tetap, Datuk Haji Aznil Nawawi dan Zizan Razak bersama juri jemputan, Mas Idayu.

Menamakan ayah dan datuknya sebagai idola dalam bidang nyanyian, Eiffel menyatakan dia ingin berkongsi duit kemenangannya bersama keluarga tercinta. 

Ayah banyak berkorban demi saya – malah, dia sanggup mengeluarkan kos sebanyak RM600 seminggu untuk tiket penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur. Jadi, kemenangan ini adalah satu kejayaan untuk saya kongsikan bersama ayah dan seluruh keluarga,” katanya di sidang media konsert finale itu.

Finalis di tempat kedua pula, Feli Stacy Paimin atau ‘Cici’ berjaya membawa pulang RM10,000 dan sebuah trofi. Juga anak kelahiran Sabah, Cici mendendangkan lagu medley ‘Hurt’ oleh Christina Aguilera dan ‘Ku Bersuara’ oleh Ernie Zakri. 
Tempat ketiga berjaya di menangi oleh Muhammad Aliff Idham, ‘Aliff’ yang juga membawa pulang RM10,000 dan sebuah trofi, dengan nyanyian medley ‘Biasan’ oleh Tok’i dan ‘Pelesit Kota’ oleh kumpulan rock lagenda Search. 

Tempat keempat yang membawa pulang sebuah trofi dimenangi oleh Qasrina Putri Adriana atau ‘Putri’ yang mempersembahkan juga lagu medley ‘Obses’ dan ‘Rampas’ oleh kumpulan Akim & The Majistret.

Sebagai kejutan, di sidang media konsert finale itu, Datuk Haji Aznil Nawawi mengumumkan bahawa beliau akan menyumbangkan wang pembelanjaan sebanyak RM5,000 kepada Putri, melalui Yayasan Pesona yang dinaunginya.

Pengumuman itu menerima tepukan gemuruh dari para hadirin, malah Zizan Razak juga merasakan sebak lalu mengalirkan air matanya.


Konsert Finale Ceria Megastar Ministar 2019 itu juga telah menampilkan vokalis-vokalis popular tanah air seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Andi Bernadee menerusi persembahan pembukaan dengan lagu‘Everybody (Backstreet’s Back)’ oleh Backstreet Boys.

Dihoskan oleh pengacara popular Nabil Ahmad, ‘Ceria Megastar Ministar’ adalah rancangan realiti nyanyian kanak-kanak dari Astro Ceria. 

‘Ceria Megastar Ministar’ adalah idea yang terhasil daripada program ‘signature’ Astro Ceria iaitu Ceria Megastar, di mana ‘Megastar’ Wafiy Aan, Chubb-E dan Vanessa Reynauld tampil sebagai mentor Megastar bersama dengan Guru Vokal, Mark Adam, dan Guru Persembahan, Alam Wakaka, melatih para ‘Ministar’ (peserta) dalam pencarian bakat nyanyian kanak-kanak terhebat generasi masa kini. 

iDatuk Haji Aznil Nawawi dan Zizan Razak juga tampil sebagai Juri Tetap untuk memberikan kata-kata semangat bagi meralisasikan impian kanak-kanak ini untuk bergelar seorang ‘Megastar’.



2 ulasan:

  1. Tahniah adik Eiffel kerana telah memenangi johan ceria megastar
    Ministar musim 1.Eiffel banyak berkorban Dan menghabiskan masa yg istimewa
    demi untuk memenangi hadiah ini.By the way,sya juga biggest fan Eiffel
    Dan Eiffel berjaya menunaikan janji says.Ok,jadi,itu saja dri sya
    Semoga Eiffel Dan keluarga juga sihat selalu.Bye!

    BalasPadam
  2. Semoga Eiffel Dan family sehat selalu.😘😘😘

    BalasPadam