Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'BIG STAGE' LAKAR SEJARAH LUAR BIASA, MELANGKAUI EMPAT 'BENUA' 18 OGOS


Kali ini kesemua 12 peserta ‘Big Stage” dilihat mempunyai vokal mantap dan lagu yamg sedap didengar lantas Kak Fas percaya akan menimbulkan satu keputusan yang bukan mudah dilaksanakan oleh juri tetap Datuk Siti Nurhaliza dan Cakra Khan yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Malah pemilihan untuk menyingkirkan peserta menjadi lebih mencabar apabila musim kedua ‘Big Stage’ kali ini bukan sahaja terdiri daripada barisan ‘bintang-bintang baru nak up (BBNU) di Malaysia malah turut disertai penyanyi dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan.

Senarai peserta wanita  terdiri daripada empat gadis tempatan, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah dan Fieya Julia manakala Thailand diwakili oleh Chaleeda dan Dinda Permata dari Indonesia.

Manakala barisan penyertaan lelaki tempatan adalah Santesh, Irfan Haris, Adzrin dan Kucaimars waima Aziz Harun mewakili Brunei dan Han-Byul pula dari Korea Selatan.

Korang mesti terfikir kan kenapa musim terbaharu ‘Big Stage’ ini membuka pentas kepada penyanyi luar negara?

Ini jawapan dari Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal pada majlis sidang media Big Stage yang diadakan di Nicsmann 1940s By Lewre, The Starling Mall, baru-baru ini:

“Fenomena yang berlaku pada musim pertama membuatkan pihak pengurusan Astro bersedia mengembangkan jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

"Sudah lama sebenarnya kami inginkan program seperti Akademi Fantasia (AF) atau Gegar Vaganza (GV)  melangkah lebih jauh luar dari Malaysia.

"Tetapi dengan Big Stage, apa yang sudah jadi tahun lepas seperti persembahan Sarah Suhairi yang mendapat perhatian masyarakat Korea dan Blackpink, berserta reaksi video yang mereka lakukan, kami merasakan kita sudah bersedia untuk bergerak ke peringkat yang lebih jauh.

"Jadi mengapa tidak kita tembusi pasaran luar negara dan dalam masa sama kita hendak pamerkan bakat-bakat Malaysia ke luar negara,”

Jadi layaklah juga jika Cakra Khan dipilih sebagai juri tetap di samping Datuk Seri Siti Nurhaliza ya tak?

Selain dua nama besar berkenaan, seorang lagi penyanyi Indonesia iaitu Judika turut diundang sebagai juri namun beliau hanya akan tampil menggantikan tempat Cakra Khan apabila penyanyi bersuara garau ini tidak hadir.

Apabila disoal bagaimana  pemilihan akan dilakukan antara Cakra dan Judika jika pendapat mereka berbeza?

“Saya akui akan timbul persoalan itu tetapi kami akan berbincang dan mengambil kata sepakat,” jawab Cakra sewaktu ditemui. 

Di samping dua juri tetap setiap minggu, seorang juri undangan juga akan dijemput daripada kalangan selebriti atau karyawan.

Masih mengekalkan pasangan hos Alif Satar dan Sherry Al-Hadad bagi menggemudi program hiburan popular itu, ‘Big Stage’ turut menampilkan 
Personaliti radio ERA, Radin bersama Sissy Iman sebagai hos Big Stage Live Plus yang akan disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital. 

Di samping itu, seorang lagi personaliti radio ERA, Hani Fadzil bakal menjadi hos untuk Studio Big Stage dan Kompilasi Studio Big Stage.

Juara Big Stage 2019 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua dan ketiga pula akan membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Pemenang tempat keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong di mana mereka akan diberi RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Pada musim terdahulu ‘Big Stage’ telah menobatkan Sarah Suhairi sebagai juara, Syafiq Farhain naib juara dan tempat ketiga dimenangi Afieq Shazwan.

Dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama musim terbaharu ‘Big Stage 2019’ ini akan memulakan siarannya pada18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

HAN-BYUL (Kora Selatan).
SANTESH (Malaysia).
Artikel berkaitan sila KLIK INI.

#Bigstage2019 #astroria #riahd 


Tiada ulasan: