Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MINAZ KINI BERADA DI SOGO KL, TAMPILKAN REMY ISHAK


Adakah anda peminat produk jenama MINAZ?

Kak Fas mesti ramai yang tahu mengenai kewujudan jenama ini waima telah 9 tahun membina nama dalam pasaran tempatan.

Jujur kata, bagi Kak Fas, jenama MINAZ agak baharu dikenali waima Kak Fas bukan jenis suka 'window shopping' sangat namun melihat pada sambutan ramai yang hadir pada majlis pembukaan MINAZ yang berlangsung di pusat beli-belah SOGO Kuala Lumpur baru-baru ini, Kak Fas simpulkan jenama ini pasti ramai pelanggannya.

Sebaik hadir ke ruang MINAZ seluas 2,100 kaki persegi yang terletak di aras 1 Bahagian Wanita, SOGO KL, Kak Fas nampak ramai sungguh terutamanya kaum wanita yang beratur membeli-belah rangkaian jenama tersebut.




Masing-masing menjinjing bukan satu bag rona maroon yang tertera logo MINAZ tetapi ada yang hampir 3 hingga 4 buah bag digalas.

Hebat nampak gayanya jualan pada hari tersebut bahkan bertambah sesak apabila pada hari berkenaan juga MINAZ mengumumkan kehadiran pelakon yang baru-baru ini menerima gelaran Lelaki Paling Seksi, siapa lagi jika bukan Remy Ishak.


Kehadiran Remy mendapat sambutan gemuruh dari kalangan kaum wanita yang hadir waima sanggup menunggu berjam-jam sekali pun semata-mata mahu bertentang mata dengan pelakon 'Pulang' ini. Mereka sanggup tak pulang gitu...




Majlis bermula dengan pelancaran Minaz melalui letupan belon besar serta tandatangani poster oleh Remy dan tetamu kehormat yang hadir termasuk Pija MINAZ (tiga dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Fesyen MINAZ.



Dalam ucapan ringkasnya, Pija berkata:

"Umpama mimpi menjadi kenyataan apabila pihak pengurusan SOGO Malaysia menawarkan kami lot kedai di sebuah mall ternama iaitu SOGO Kuala Lumpur . ​Kami berharap dapat membina suatu pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan kepada semua pelanggan disini!”

Bersyukur apabila MINAZ diberi peluang untuk menjadi antara jenama tempatan yang pertama ditawarkan di SOGO, tambah Pija, MINAZ bertekad untuk meluaskan lagi rangkaian jenama setelah 9 tahun membina jenama tersebut. Pihaknya tidak mahu lagi dikenali sebagai jenama fesyen modest semata-mata kerana mahu menjadikan jenama tersebut sebagai produk gaya hidup masyarakat Malaysia dan mempunyai potensi untuk menjadi jenama bertaraf antarabangsa.

Kini, MINAZ telah mempelbagaikan tawaran produk kepada segmen kanak-kanak, lelaki dan kosmetik.


Selain melantik Remy Ishak sebagai wajah utama kempen MINAZ MEN, MINAZ juga baru sahaja melancarkan kolaborasi bersama jenama kosmetik halal tempatan iaitu HAUS Cosmetics di bawah satu label MINAZ X HAUS Cosmetics di samping memperkenalkan dua produk utama iaitu Luminous Lush Semi-Matte Lipcream dan Melty Glam Aqua Foundation. 

Rangkaian produk keluaran HAUS Kosmetik  berkonsepkan “Treatment Make Up” dengan menggunakan bahan-bahan berteknologi tinggi dan terkini serta dipastikan menjalani proses pembuatan yang bersih dan selamat.


Sehubungan itu, kata Pija, “Uniknya kolaborasi MINAZ X HAUS kali ini adalah pada produk yang ditawarkan bukan sahaja berperanan sebagai bedak asas mahupun gincu bibir, malah lebih dari itu kerana produk ini juga berfungsi sebagai rawatan kulit dan bibir.”

HAUS Cosmetics adalah suatu jenama yang menawarkan variasi produk kosmetik halal bertaraf antarabangsa dengan harga mampu milik. 




Ramai penggguna mengelak formula asas liputan penuh kerana cenderung membuatkan muka terasa tebal dan tidak selesa, namun dengan MINAZ X HAUS COSMETICS Melty Glam Aqua Foundation dapat menghasilkan kemasan sempurna dan berseri tanpa meninggalkan kulit terasa berat.

Produk MINAZ X HAUS Cosmetics dijual secara eksklusif di MINAZ SOGO Kuala Lumpur dan MINAZ IOI City Mall, Putrajaya dan juga secara atas talian.

Majlis pelancaran petang itu turut diserikan dengan tutorial tudung bawal terbaharu MINAZ serta solekan menggunakan produk MINAZ X Haus malah turut dimeriahkan dengan telatah pengacara, Farah Diana Anuar yang merupakan pelajar Akademi Fantasi musim ke-2.


Untuk maklumat lanjut tentang MINAZ X HAUS Cosmetics, orang ramai boleh melayari laman web: www.hauscosmetics.com​ dan www.minaz.com.my​ atau laman social, Instagram: @hauscosmetics dan @minaz.my

Kak Fas: Tertarik dengan packaging MINAZXHAUS yang nampak eksklusif dan ada aura antarabangsa. Terima kasih PR MINAZ, Hana atas jemputan.

Artikel berkaitan kllik SINI dan INI.

Tiada ulasan: