Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALIFF SYUKRI TIDAK MAHU KAYA SEORANG, MAHU KONGSI MELALUI E-BOOK


Anda telah mencuba pelbagai cara untuk maju dalam dunia perniagaan tetapi tetap gagal?

Apa penyebabnya anda sendiri mungkin bingung dan perlu bantuan.

Jika itulah permasalahannya barangkali elok mengikuti cara mereka yang telah berjaya dari ‘zero to hero’ seperti yang pernah dialami oleh uisahawan popular dan terlajak laris, Dato Sr Aliff Syukri Kamarzaman yang kini telah berjaya membina empayar perniagaannya sendiri atas usaha dan kegigihan beliau.

Jika Dato Sri Aliff Syukri dan beberapa lagi individu lain setandingnya berjaya kenapa anda tidak boleh kan?

Segalanya bergantung kepada cara dan teknik perniagaan yang anda perlu fahami serta praktikkan dalam urusan harian.

Tidak mahu kaya berseorangan tetapi mahu berkongsinya dengan khalayak yang tidak putus asa dalam perjuangan mendapatkan pendapatan bersamanya, Aliff Syukur mencipta teknik niaga mengikut sistem ‘rakan affiliate’ yang kini semakin mendapat tempat dalam arena perniagaan digital.

Caranya dengan penjualan E-Book mengenai ‘Rahsia Kejayaan dan Teknik Perniagaan’ bertajuk ‘From Zero To Hero’.

PIX Mohd.Redzuan Maestro.
Mungkin anda akan tertanya-tanya apa istimewa dan perlunya anda memiliki buku hasil karya Dato  Sri Aliff Syukri ini?

“Buku ini memperlihatkan rahsia dan selok belok dalam perniagaan untuk berjaya serta menceritakan teknik-teknik dalam perniagaan,” jelas Aliff Syukri ketika ditemui pada majlis pelancaran E-Book berkenaan sekali gus merasmikan Kelab Prestige Aliff. Turut hadir Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid serta team E-Booknya.


Melalui kira-kira 71 halaman muka surat, kandungannya berdasarkan pengalaman Aliff Syukri selama 12 tahun bergelumang dalam dunia perniagaan.

Walaupun tidak berkelulusan tinggi, Aliff membuktikan bahawa dengan semangat cekal tanpa mengenal erti putus asa beliau mampu mendaki tangga kejayaan menuju puncak kegemilangan apatah lagi mula berjinak-jinak dberniaga sejak berusia 7 tahun dengan menjual jeruk mempelam dan jambu.

Bayangkan dalam tempoh itu sehingga berusia 32 tahun kini, sudah tentu Aliff Syukri melalui pelbagai cabaran dan pahit manis berniaga,

Jadi itulah yang mahu dikongsikan beliau melalui E-Book ‘Zero to Hero’ ini malah sambil anda membacanya anda berpeluang juga menambah pendapatan jika tidak, sumber kewangan sampingan sekali pun.

Menurut Aliff, terdapat 8 teknik serta cara yang dikongsi bersama dalam e-book tersebut termasuk 3 lagi teknik tambahan sebagai bonus.

“Kepada setiap individu yang membeli e-book ini , anda sangat potensi untuk mendapat DOUBLE INCOME,” yakini Aliff.

Untuk kemudahan anda Kak Fas catatkan di bawah ini secara ringkas apa keistimewaannya memiliki E-book Aliff Syukri ini:
  • Yang pertama, sekiranya anda mempraktikan ilmu yang Dato Aliff Syukri kongsi di dalam ebook, anda telah pun mendapat PENDAPATAN. 
  • Yang Kedua, sekiranya anda turut serta menjadi ejen affiliate dan mempromosikan e-book ini maka anda akan mendapat PENDAPATAN TAMBAHAN. 
“Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada sistem strategi dan marketing perniagaan yang kini saya kongsikan kepada  orang ramai yang ingin berjaya melalui E-Book ini,” sambung Aliff.

Sebagai menghargai peminatnya serta  sempena pelancaran, Aliff Syukri memberikan harga potongan istimewa di mana pembelian awal sehingga tarikh yang akan ditetapkan cuma berharga RM70 sebelum ia dinaikkan secara berperingkat sehingga mencapai RM150 se nashkah.

Penjualan e-book ini hanya dibuka untuk tempoh SEBULAN sahaja sehingga 31 Ogos ini melalui pembelian online dan selepas pembayaran dilaksanakan, anda akan mendapat email link Download secara automatik di mana E- Book berkenaan sedia dibaca dalam format  PDF file.

Menarik tak?

Jika berminat dan mahu membelinya anda boleh melakukannya melalui laman web www.zerotohero.my atau mana2 link affiliate atau klik LINK INI.

Jika anda belum faham mengenai ejen  jualan affiliate meh Kak Fas cerita sikit….

Affiliate merujuk kepada Ejen Jualan E-book di mana melalui jualan link yang anda daftar, anda layak menerima 50% komisyen bagi setiap jualan e-book. 

Komisyen affliate berkenaan akan dibayar dalam masa 7 hari selepas cabaran affiliate tamat malah 10 Affiliate yang mampu mencapai jualan tertinggi bakal menerima hadiah istimewa dari Dato Sri Aliff Syukri.

Syaratnya, anda perlu beli ebook 'Zero to Hero' terlebih dahulu untuk melayakkan anda menjadi ahli jualan affiliate dan link pendaftaran affiliate akan diberikan melalui email selepas pembelian e-book berjaya.

Mudahkan?

Mensasarkan jualan sebanyak 15,000 unit dalam tempoh sebulan dengan perolehan pendapatan mampu mencecah RM3 juta, Dato Sri Aliff Syukri dijangka menerbitkan buku susulan dengan subjek yang lebih mendalam.

Ditanya berhubung cetak rompak ini jawapan Aliff:

“Saya tidak halalkan mana-mana individu yang mencetak rompak e-book ini dengan membuat salinan, tanggunglah sendiri,” jawabnya tegas.

Berbaloi kan? Mana tahu dengan berbelanja RM70 anda mampu memperoleh ilmu yang banyak melalui pengalaman dan tip yang diberikan dalam buku “Zero to Hero” ini.

Siapa tahu satu hari nanti anda boleh duduk sama tinggi dan sama rendah dengan Dato Sri Alif Syukri kan.... malah boleh duduk berbincang sebahu lagi dan dengan bangganya menjadikan ‘Abang Terlajak Laris’ ini Mentor anda!.


Kak Fas: Tahniah Dato dan Datin  yang tidak jemu membantu khalayak menjana pendapatan sampingan. 

Teruja juga rasanya! 

Khabarnya, Dato nak terbit lagu single terbaharu tak lama lagi dan sambung program realiti "Oh Abang Kosmetik" musim ke-3 untuk stesen televisyen berbayar, ASTRO.



1 ulasan:

  1. Dapatkan kat sini

    http://bit.ly/FormulaKejayaanDatoAliff

    BalasPadam