Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI KHADIJAH PERKENAL DUA BUTIK BAHARU SERENTAK BERKONSEP MODEN


Dua butik Siti Khadijah dibuka serentak di dua lokasi berlainan!

Kak Fas menerima undangan untuk hadir pada kedua-dua majlis pelancarannya yang dibuka di Central I-City dan Subang Parade.

Pada awalnya Kak Fas memilih untuk ke I-City memandangkan ada acara lain di lokasi sama namun pada saat terakhir terpaksa menukar haluan ke Subang Parade memandangkan ada tugasan lain pada tengah harinya di Kuala Lumpur.

Sebaik tiba di Subang Parade, Kak Fas rasa lega pula memilih untuk hadir ke sini kerana tetamu jemputan khas bagi perasmiannya ialah bekas personaliti tv, Puan Sri Datin Normala Samsudin yang sudah lama Kak Fas tidak temui.

Malah ketika Normala melihat Kak Fas pun, beliau sebut ‘macam kenal’… ya lah Kak Fas dah lama sungguh tidak bertemu dengan Puan Sri selepas mengakhiri tugasan kewartawanan di Kumpulan Utusan Melayu.

Dalam ucapan ringkasnya, Normala memberitahu undangan untuk merasmikan butik Siti Khadijah di Subang Parade diterima memandangkan beliau sendiri adalah pelanggan tetap telekung Siti Khadijah.

“Saya tertarik dengan kualiti yang terletak pada produk SK malah telekungnya amat selesa dan bila dipakai tidak meninggalkan kesan pada dahi,” ujar Normala pada Kak Fas ketika ditemui pada majlis ‘grand opening’ Butik SK di Subang Parade baru-baru ini.
Turut hadir Pengasas Telekung Siti Khadijah, Puan Hajah Fadzilah Enda Sulaiman dan  Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel, Encik Ammar Mohd Hishamudin.

Manakala untuk Grand Opening di Central l-City pula dihadiri oleh Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin.

Butik Siti Khadijah Central I-City dan Subang Parade ini masing-masing merupakan cawangan yang ke-32 dan ke-33 di seluruh Malaysia dengan nilai pelaburan mencecah RM400,000.

Berhubung pelancaran butik, Hajah Fadzilah Enda Sulaiman berkata:

“Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka dua lagi butik di dalam Malaysia… Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil saya, iaitu anak-anak dan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan SK sekarang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada famili besar saya, iaitu Team SK yang sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk SK bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. InsyaAllah, pembukaan dua butik baru SK di Subang parade dan Central l-City ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium produk SK, dan dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa”. 


Meneliti produk-produk Siti Khadijah terutama telekung yang berharga lebih dari RM100 ke atas, Kak Fas akui kualitinya sebaik harganya dan sudah tentu ia tahan lama.

Istimewa sempena pembukaan butik Siti Khadijah secara serentak berkenaan, SK turut memperkenalkan koleksi  telekung baharu iaitu TPO Nayla & Basic Kain Safaa termasuk melancarkan

Majlis perasmian butik turut melancarkan produk terbaharu SK daripada rangkaian siri Seedkey iaitu Seedkey Hair Mist Jasmine & Seedkey Hair Mist Rose. 

Untuk pengetahuan anda, Seedkey merupakan produk penjagaan kulit dan badan yang telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan memperkenalkan  produk sabun dari wangian gaharu dan syampoo dari wangian limau purut. 

Seedkey mensasarkan misi untuk menjadi peneraju produk yang berasaskan bahan semulajadi di Malaysia. Penghasilan produk ini adalah disebabkan oleh kesedaran yang tinggi terhadap bahan kimia yang berbahaya didalam produk komersial. 

Kembali pada pelancaran butik, antara kelainan yang ingin diketengahkan oleh SK bagi kedua-dua butik baharu berkenaan ialah konsep rekaan dalamannya.

Konsep yang digunakan tampak lebih moden namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk Siti Khadijah iaitu ringkas dan minimalis.

Bagi pilihan warna butik pula, kedua-dua buah butik yang baru ini masih kekalkan rona maroon yang menjadi warna tema Siti Khadijah.

Selain itu, susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipasarkan menghadap para pelanggan bagi menarik minat lebih ramai pelanggan dan interaksi yang lebih tinggi. 

Bagi keluasan butik pula, butik SK Central l-City mempunyai keluasan 746 kaki per segi, manakala butik SK Subang Parade mempunyai keluasan 711 kaki persegi. Kompak dan cozy!

Jika minggu ini anda mahu membeli-belah barangan SK bolehlah ke butik terdekat di Subang Parade ini yag beralamat seperti di bawah:

Butik Siti Khadijah Subang Parade
Lot G24B, Ground Floor, Subang Parade
Jalan Kemajuan Subang, SS 16
47500 Subang Jaya, Selangor


Nombor telefon: 013-3650265

Kak Fas: Sentiasa menantikan majlis daripada SK untuk melihat produk terbaharunya yang seperti kata Puan Sri Normala, memang berkualiti dan tahan lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan