Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TOKO KILAT JANJIKAN PERSEMBAHAN BERAPI JELAJAH TIGA NEGERI


Kak Fas bukanlah kaki muzik genre rock kapak sangat kecuali sentimental rock ala-ala balada gitu.

Pun begitu sebagai wartawan yang telah lama berkecimpung dalam industri hiburan, tidak pula bermakna Kak Fas tolak terus untuk mendengar muzik rock.

Terbaharu, Kak Fas hadir pada sesi sidang media memperkenalkan Kumpulan TOKO KILAT yang bakal menjelajah tiga buah negeri melalui “Pemacu Api Tour 2019’ bermula bulan Ogos depan.

Dianggotai lima rakan yang dibarisi Edwin Raj (vokal), Irfan Iskandar atau Cipan (dram), Mohamed Redzuan atau Wan (bass), Noor Azhari atau Toya (gitar) dan Syaiful Taufek atau Paul (keyboard), mereka turut mempelawa Noh Salleh (Hujan) sebagai artis undangan untuk persembahan pembuka tirai.

Dipersembahkan oleh DISQOVR dengan sokongan The Gasket Alley selaku penganjur, ‘Pemacu Api Tour 2019” akan bermula pada 17 Ogos di Pulau Pinang diikuti 24 Ogos di Johor Bahru dan berakhir di The Gasket Alley, Petaling Jaya pada 14 September 2019.

Kumpulan Toko Kilat ini sebenarnya sudah dua tahun bertapak dalam membawa lagu bergenre pro-rock cuma baharu tahun ini bercadang menembusi platform arus perdana.

Selama ini mereka banyak bermain sebagai kumpulan indie /gig mahu pun mengadakan persembahan  di bawah tanah memandangkan masing-masing mempunyai tugas hakiki.

“Kini setelah kami semua dah stable dengan tugasan harian, kami sudah bersedia untuk merancakkan industri hiburan rock setelah selesai merakamkam album perdana dengan memperkenalkan single ‘Ratu Malam’ bersama muzik video,” ujar Edwin (tengah) pada pertemuan dengan media di The Gasket Alley baru-baru ini.

“Kini kami dalam misi dan visi untuk muncul dengan ‘most anticipated album tour of the year’ yang diberi judul ‘Pemacu Api Tour 2019’ buat para peminat yang sudah lama menantikan album penuh dari Toko Kilat,” tambah Edwin.

Sejajar dengan judul jelajah mereka ‘pemacu api’, kumpulan ini memilih nama sedemikian dengan harapan mencetuskan fenomena baharu untuk muzik pro rock di dalam aliran muzik arus perdana.

“Kita harus menjadi ‘pemacu api’ untuk memulakan gerakan membakar semangat peminat supaya menerima genre muzik kami,” akui kesemua anggota Toko Kilat yang bersetuju dengan kenyataan Edwin.

Sehubungan itu, Irfan Iskandar atau dikenali sebagai Cipan (dram) memberi jaminan setiap persembahan akan disajikan dengan sistem bunyi dan pencahayaan yang spektakular bagi memuaskan hati penonton.

Pemilihan Noh Salleh turut dilihat mampu memberikan semangat untuk Toko Kilat menyambung persembahan dengan lebih bertenaga.

“Kami memilih Noh bukan kerana mahu menumpang popularitinya bahkan Noh adalah salah seorang yang kami sanjungi dalam membawa muzik genre rock,” tambah Wan (bass).

Selain Noh, Edwin memberitahu mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan Faizal Tahir sebagai salah seorang penyanyi yang dikaguminya.

Majlis sidang media turut dihiburkan dengan dua buah lagu dari Toko Kilat antaranya ‘Ratu Malam’ di mana album lagu tersebut telah diadun di Abbey Road, UK dan Sterling Sound, Amerika Syarikat.

“Bukan bermakna kami tidak mahu menggunakan kepakaran tempatan tetapi mahu meningkatkan kualiti muzik agar mampu setaraf dengan lagu-lagu pemuzik antarabangsa dan diterima global,” jelas Edwin.

Jadi, jika korang yang kaki rock dan tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan Toko Kilat feat Noh Salleh pada ‘Pemacu Api Tour 2019’ ini bolehlah menempah tiket awal  untuk mendapatkan diskaun.


Harga tiket seperti berikut: 

Pembelian awal atau ‘Early Bird’ = RM 30 (tiket masuk + keychain + sticker pack + poster)

Pra Jualan = RM 40 (tiket masuk + keychain + sticker pack + poster)

Pintu Masuk = RM 50 (tiket masuk)

Jadual ‘Pemacu Api Tour 2019’

17 Ogos 2019 - Loft 29 , Georgetown, Pulau Pinang.

24 Ogos 2019 - Sunway Iskandar, Nusajaya, Johor Bahru.

14 September 2019 - The Gasket Alley, Petaling Jaya, Selangor.

Masa: 6.00 petang - 11.55 malam.

Untuk maklumat dan info lanjut berhubung  Toko Kilat boleh melayari laman web: www.tokokilatband.com 




Kak Fas: Macam koinsiden ke atau sengaja apabila TOKO KILAT memilih nama 'Pemacu Api' untuk konsert jelajah mereka malah mengundang pula Noh Salleh Hujan.... Kilat + Api + Hujan....kesemuanya berkait rapat kan? haha.... sesuai gitu!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan