I-SING MALAYSIA CARI PENYANYI WAKILI NEGARA KE I-SING WORLD DI SEPANYOL
PIX Megat. |
Pertandingan nyanyian I-Sing World ini sudah dua tahun bermulanya sejak 2017 di Myanmar.
Ia diasaskan oleh Mr. Yuro dari I-Sing Management dengan tujuan mencungkil bakat-bakat baru dari bidang nyanyian untuk di pertandingkan di peringkat antarabangsa.
Malah pada tahun lalu, penyanyi yang mewakili Malaysia dan kini merupakan artis rakaman, Syafeek Ikhwan dinobatkan sebagai Juara I-Sing World 2018 ketika pertandingan itu berlangsung di Perancis.
Hebat kan? Tetapi kenapa pertandingan antarabangsa seperti ini tidak popular dan dikenali ramai seperti Akademi Fantasia atau Mentor Milenia waima 'I Can See Your Voice' sekali pun?
Sejujurnya Kak Fas pun terlepas pandang mengenai wujudnya I-Sing World ini jika tidak hadir pada majlis sidang media mengumumkan edisi musim ke-3 pertandingan itu buat tahun ini.
Menjelang I-Sing World yang bakal berlangsung di Sepanyol pada bulan November akan datang, pihak penganjur I-Sing Malaysia bakal mengadakan sesi pemilihan untuk mencari seorang penyanyi yang bakal mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut.
"Seramai lebih kurang 100 peserta sudah mendaftar pada perinkat saringan yang berlangsung pada 20 (hari ini) dan 21 Julai 2019 (esok) di KL Gateway Mall," ujar Mr. Michael Samy (kanan) dari Rhythmis Mine Studio.
Kak Fas tabik kepada Michael Samy yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri malah datang ke Kuala Lumpur walau pun tinggal di Singapura untuk berbakti kepada negara.
"Inilah sumbangan kecil saya kerana mahu melihat nama Malaysia berkembang dan dikenali dunia melalui industri seni hiburan," tambah Michael ketika ditemui.
Menariknya, Michael amat berfikiran positif dan tidak berkira sekiranya usahanya itu sekadar mencurahkan air di daun keladi walau pun pernah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit sekali pun. Khabarnya beliau juga antara peserta top 7 ketika bertanding dalam I-Sing World pada tahun 2017.
"Saya percaya satu hari nanti pertandingan I-Sing World akan membuka mata masyarakat malah saya bangga apabila juara tahun lalu, Syafeeq kini berjaya menjadi artis rakaman," sambung Michael ceria.
Syafeek yang pernah tampil menerusi single Tanpa Arah dan Teka-Teki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi dari Universiti de Nice Sophia Antipolis, Perancis.
I-Sing Malaysia 2019 ini juga menjalinkan hubungan kerjasama dalam penganjurannya bersama KuaIa Lumpur International Chamber of Commerce (KLICC) yang diwakili Dato’ Hashim Salleh (pix atas, kiri) sebagai Presiden KLICC.
Jalinan kerjasama ini dibuat dengan harapan Iebih ramai Iagi pihak akan ’membuka mata’ terutama pihak Kementerian Kesenian dan Kebudayaan untuk melihat l-Sing Malaysia sebagai platform terbaik dalam pembentukan bakat-bakat baru sebagai Penghibur dan Penyanyi diperingkat Antarabangsa.
Terbuka kepada penyanyi amatur dan profesional termasuk berkumpulan (2-5 orang) berusia 17 tahun ke atas, pemenang bakal berentap bersama para peserta yang mewakili 40 buah negara di Sepanyol kelak.
"Penyertaan masih terbuka dan mereka boleh 'walk in' sahaja untuk mendaftar malah penyanyi profesional pun digalakkan menyertai kerana kami tidak meletakkan sebarang kriteria untuk mencari seorang penyanyi yang bagus mewakili Malaysia," ujar Tengku Izwan Fareed, jurucakap I-Sing Malaysia.
Sebagai sebuah pertandingan yang memerlukan dana besar memandangkan hadiah kemenangan pun bernilai RM30,000 pihak I-Sing Malaysia sangat
mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk menaja.
Malah sebagai langkah awal, pihak penganjur turut menyediakan ruang bagi para usahawan produk yang berminat untuk membuat jualan dan memeriahkan suasana ketika peringkat saringan berlangsung bermula 20 Julai selama dua hari di KL Gateway Mall yang merupakan Venue Sponsor bagi I-Sing Malaysia pada tahun ini.
Barangkali jika I-Sing World ini dijadikan program rakaman untuk disalurkan kepada mana-mana stesen televisyen tempatan ia pasti boleh meletop macam program-program realiti yang ada sekarang kan?
Apa pun untuk mendapatkan maklumt lanjut boleh berhubung melalui telefon atau wats app ke talian nombor 011 27085516 dan 011 19809900. Boleh juga layari laman facebook di SINI.
Kak Fas: Good luck pada bakal pemenang, barangkali pihak MATRADE atau pun Kementerian Kebudayaan boleh membantu dalam usaha mempopularkan lagi pertandingan nyanyian antarabangsa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan