Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KENAPA NEELOFA CIPTA LOFABRAND?


Peminat artis terkenal, Neelofa mesti tahu kan yang usahawan, pengacara dan pelakon kesayangan mereka itu sering ke luar negara.

Apabila Neelofa pergi ke luar negara ia sudah tentu bukan sekadar bercuti tetapi ada tujuan tertentu juga. Ya lah sambil selam sambil minun air kan?

Terbaharu, nampak usaha perjalanan jauh Neelofa itu apabila terhasilnya jenama terbaharu daripadanya yang dinamakan LofaBrand.

Usahawan, pengacara dan pelakon Neelofa memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium di bawah jenama LofaBrand.


“LofaBrand sangat istimewa kerana saya mahu sesiapa yang memakainya terinspirasi dengan perjalanan karier saya dalam bisnes. 

“Saya juga mahukan si pemakai merasai adrenalin yang saya rasa sepanjang aktif dalam bidang perniagaan," ujar Neelofa dalam satu kenyataan kepada media,

Menurut artis yang lebih mesra disapa Lofa ini, idea untuk memasarkan merchandise yang terdiri daripada koleksi pakaian dan aksesori tersebut tercetus sejak tiga tahun lalu, dengan harapan dapat memberi semangat kepada khalayak untuk maju dalam setiap apa yang dilakukan.

“Bagaimanapun, koleksi ini tiada kena mengena dengan Naelofar Hijab yang fokus terhadap pengeluaran hijab dan pakaian sopan (modest attires),” katanya.

Tambah Neelofa, jenama LofaBrand cukup istimewa memandangkan segala jenis merchandise diperbuat dari London, England.

“Sebenarnya, saya mengambil masa selama tiga tahun untuk merealisasikan impian ini kerana mahu mencari pengilang dari luar negara. 

“Justeru, menerusi lawatan ke London tahun lalu, saya bertemu dengan pengilang yang sesuai dengan jenama ini dan menganggap itu masa yang sesuai untuk memulakan jenama ini.


“Setiap merchandise direka dan dihantar terus dari sana. Saya sendiri tidak menyimpan stok di sini. Urusan jual beli juga dijalankan secara online,” katanya lagi.

Neelofa menambah, pernah timbul rasa sangsi untuk meletakkan namanya sebagai jenama merchandise yang diusahakannya itu.


“Saya berfikir panjang sebelum meletakkan nama Lofa sebagai jenama. Saya tertanya sendiri, adakah jenama ini akan kekal lama? Tetapi, saya paksa hati untuk percaya dengan diri sendiri demi melihat jenama ini berjaya,” kongsinya.

Merchandise premium yang dilancarkan berkenaan merupakan item permulaan LofaBrand sambil memberitahu akan ada lebih banyak koleksi yang akan diumumkan pada masa akan datang.

Merchandise premium LofaBrand boleh dibeli menerusi laman web: www.lofabrand.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan