Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

APA MENARIKNYA OPPO RENO SUNSET ROSE BUAT ELFIRA?


Jenama telefon pintar global, OPPO memperkenalkan warna baharu Sunset Rose bagi model OPPO Reno yang ditawarkan pada harga RM1,999.

Majlis pelancarannya disempurnakan bersama tetamu selebritinya, Elfira Loy di Glasshouse, Seputih baru-baru ini.

Pengurus Produk OPPO Reno, Ken Ng dalam ucapan ringkasnya memberitahu, rona Sunset Rose diinspirasikan daripada warna marah putih dan cahaya merah jambu sepertimana yang dapat dilihat pada waktu matahari terbenam.

“Sunset Rose memberikan gaya lebih feminin sekali gus menambahkan lagi nilai estetika pada telefon pintar berkenaan,” tambah Ng sambil menambahkata ia pasti menarik perhatian golongan wanita seperti Elfira Loy.

Mengenakan gaun sama warna, Elfira mengakui telefon rona terbaharu itu amat menarik apa tah lagi peranti tersebut mudah digunakan terutama ketika merakamkan foto.

“Saya tidak perlu lagi nak ‘adjust’ untuk mendapatkan foto yang jelas tetapi melalui mode portrait gambar yang dirakamkan dah terang dengan latar belakang seperti bokeh,” ujar Elfira yang lebih mesra disapa ‘El’ sahaja.

OPPO Reno mempunyai kamera 48MP + 5MP, mod ultra-malam 2.0, pemetaan warna, Video 4K dan mod potret artistik yang diperbaiki.

Seperti El, dengan rona terbaharu ini, peranti berkenaan sekali gus melambangkan sisi romantik, muda dan kreatif. 

Sebelum ini, OPPO Reno disertakan dengan 2 pilihan warna iaitu Ocean Green dan Jet Black malah mempunyai tekstur cergas di bawah panel kaca hitamnya, memberikan Reno satu gaya estetik.

Jika anda ingin mendapatkannya bolehlah menuju ke OPPO Concept Stores atau pun OPPO Online Store serta rakan e-dagang mereka di Lazada dan Shopee.

Pelanggan juga boleh memperolehnya di rakan telco OPPO seperti Digi, Maxis atau Celcom.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang rasmi OPPO, Facebook OPPOOPPO Official Online Store atau Lazada dan Shopee.


.

 #OPPOReno #FurtherYourVision

Tiada ulasan: