Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DEKATI RASULLULLAH SAW MELALUI PAMERAN ARTIFAK BERMULA 22 JULAI INI


Tahu kah anda diriwayatkan bahawa pemegang kunci Ka’bah yang pertama ialah Usman Bin Talha. Pada awal perkembangan Islam di Mekkah, Usman Bin Talha bukanlah pengikut Baginda Rasulullah SAW, itulah sebabnya ketika ia mendengar khabar bahawa Rasulullah SAW sedang dalam perjalanan menuju Ka’bah, Usman Bin Talha bergegas mengunci pintu Ka’bah lalu bersembunyi di atas Ka’bah seraya mengancam bahawa ia tidak akan membuka pintu Ka’bah untuk Rasulullah. Para Sahabat yang datang bersama Rasulullah SAW pun akhirnya…….


Tahukah anda juga, kunci makam Nabi Muhammad SAW diganti kali pertama pada tahun 1411 dan penggantian kedua pada 1847 semasa kerajaan Islam Uthmaniyyah. 

Kunci makam digantikan semula pada tahun 1937 oleh kerajaan Arab Saudi. Kunci ini dipegang oleh keturunan Saidina Ali hingga sekarang.

Dan tahukah anda juga bahawa Maqam Ibrahim merupakan binaan yang mengandungi batu hampar kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. 

Ia bukanlah kuburan Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Sebaliknya di dalam binaan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan batu-batu kecil lain yang terdapat di Hajar Aswad. 

Di atas batu Maqam Ibrahim ini, Nabi Ibrahim pernah berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah disamping puteranya Nabi Ismail a.s. memberikan bongkah-bongkah batu kepadanya.

Tiga ceritera yang Kak Fas catatkan di atas pastinya menggerakkan keinginan hati sesiapa yang membacanya untuk mengetahui lebih lanjut atau pun melihat dengan mata kasar sendiri artifak-artifak yang terbabit.

Bagi jemaah yang berpeluang menunaikan ibadah Haji sudah tentu menyimpan hasrat untuk melawat ke muzium-muzium yang menyimpan artifak-artifak berkaitan Rasullullah SAW dan para Sabahat RA.

Namun tidak semua kita diizinkan Allah untuk menjadi tetamunya… rezeki masing-masing samada awal atau lambat waima nak menunaikan umrah sekali pun jika belum tiba seruan, ada sahaja halangan yang datang.

Bagi mereka yang masih belum berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah haram dan teringin sangat melihat rambut, janggut mahu pun artifak-artifak milik Rasullullah SAW dan para Sahabat RA…. usah sedih ya.

Anda masih mampu melihat dengan mata kepala sendiri lebih kurang 45 artifaks milik Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat baginda apabila berlangsungnya Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan.

Kak Fas rasa cukup bertuah apabila diberikan peluang bersama majlis sidang media bagi mewar-warkan penganjuran Pameran Artifaks-Artifaks Rasullullah dan Sahabat RA yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya baru-baru ini.

Walau pun sudah menjejakkan kaki ke Medinah dan Mekkah dan berkunjung ke Muzium bagi melihat beberapa artifaks-artifaks peninggalan Nabi Muhammad dan sebagainya namun kekangan masa menghalang untuk mengetahui lanjut dan melihat lebih jauh apa yang dipamerkan.

Sehubungan itu, apabila mendapat undangan untuk hadir ke sidang media Pameran Artifaks Rasullullah dan Sahabat RA…. Kak Fas rasa cukup teruja untuk menerima pelawaan.

Ya… andai kata korang seperti Kak Fas yang mahu melihat dan tahu lebih lanjut mengenai barang-barang peninggalan peribadi Baginda eloklah tandakan kalendar anda pada 22 Julai ini.

Anjuran Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Brothers) pameran yang memasuki musim ke-5 di Malaysia ini mensasarkan kira-kira 150,000 pengungung menghadirinya.



Bakal menampilkan lebih 40 artifak Rasululllah SWA serta para Sahabat Baginda, pameran yang bermatlamat untuk memberi pendidikan, sumber inspirasi dan pengetahuan kepada pengunjung mengenali kegemilangan tamadun Islam.

“Melalui pameran ini kami ingin memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri artifak yang turut menjadi rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda,” ujar Pengarah Projek, Haji Razali Bachik ketika ditemui pada sidang media sempena pameran berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya baru-baru ini.

Menurutnya, antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.
“Artifak lain adalah pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, KIswah Kaabah Hijau dan kunci Makam Saiditina Fatimah.
“Turut dipamerkan artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah seperti kunci, baju perang, tandu, al-Quran Emas kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arabah seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki,” tambah Hj Razali.

Sambungnya, penganjuran pameran ini adalah satu langkah yang positif dalam memberi pendedahan serta menambah pengetahuan khalayak tentang Islam khususnya bagi  golongan muda termasuk pelajar sekolah.

Pameran yang  mendapat kerjasama penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut di sokong pelakon terkenal, Dato Adi Putra sebagai rakan kongsi selebriti apatah lagi pelakon filem ‘Mat Kilau’ (belum ditayangkan) ini mempunyai agensi pelancongannya sendiri, Hadid Travel & Tours yang banyak menguruskan pakej umrah.

“Sudah empat tahun saya bekerjasama dalam pameran artifaks ini. Memang tiada yang tak pernah saya lihat dahulu namun satu-satunya yang belum saya lihat iaitu penutup makam Ibrahim yang hanya ada satu sahaja masih  terpelihara adalah dalam simpanan Manhaj Brothers. Itu menambahkan lagi keyakinan saya terhadap kesungguhan pihak penganjur dalam program dakwah mereka itu,” ujar Adi Putra.

Beliau berpendapat pameran ini merupakan satu usaha yang baik dalam menarik minat generasi muda mengenali sejarah Rasullullah SAW serta Islam.

“Mereka bukan sekadar memperoleh info bahkan dapat melihat sendiri artifaks-artifaks berkaitan justeru dapat mendekatkan diri dan meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW dan para Sahabatnya,” tambah Adi yang bakal memperlihatkan filem sulong terbitan dan arahannya, berjudul 'Syaaban' tidak lama lagi.

Turut hadir mempersembahkan lagu OST filem berkenaan, penyanyinya Adeep Nahar dengan lagu "Kalimah Cinta Teragung'.

Ya benar itu, dengan harga tiket  hanya RM20 untuk dewasa, RM10 untuk mahasiswa dan RM5 untuk kanak-kanak, tiada nilai yang lebih berharga sebenarnya daripada menyaksikan pameran yang berkait dengan kehebatan tamadun Islam.

Pengunjung sudah tentu berpeluang juga mendapatkan maklumat menarik berkaitan semua artifak yang dipamerkan antaranya sirah Rasulullah, peristiwa peperangan dalam sejarah Islam, gerakan penyebaran Islam serta maklumat tentang para sahabat.

Kak Fas pun tak sabar nak tunggu perasmian pameran ini yang dijangka berlangsung pada 26 Julai ini walau pun ia sudah mula dibuka kepada orang ramai pada 22 Julai bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Lebih menarik, pengunjung yang melawat berpeluang pula menyertai cabutan bertuah dengan hadiah kemenangan berupa motosikal Yamaha Y15ZR (2 unit).

Cabutan itu diadakan menerusi peraduan ‘Ride To Y-Suku’ di mana pengunjung hanya perlu mengambil gambar di Manhajj Photobooth Rasmi berharga RM15 yang melayakkan mereka mendapat satu nombor bertuah.

Beberapa hadiah menarik lain disediakan antaranya 'silver bar 1kg' (3 unit), Samsung Galaxy Tab S5e (3 unit), Samsung Smartphone A9 (3 unit) dan 100 helai baju t.

.Mudah je kan… dan peringatan untuk semua pengunjung, mereka dilarang membawa kamera atau pun mengambil gambar melalui telefon bimbit masing-masing.

“Pengisian pameran diharap mampu menerbitkan rasa rendah diri dan keinsafan diri untuk lebih mengenali Islam,” akhiri Hj Razali selesai sidang media.

Tiket masuk boleh didapati di:
1. Pintu masuk dewan pameran (walk-in) 
2. www.tamadunislam.com (online)
3. http://t2u.asia/e/14407 (online)


Kak Fas: Selain tak sabar hadir ke majlis perasmian pameran, tak sabar juga menanti filem sulong terbitan dan arahan Adi Putra, ‘Syaaban”.


Artikel berkaitan  KLIK SINI.

#pameranartifaksrasullullah #muftiwilayahpersekutuan #jabatanagamamalaysiawilayahpersekutuan #manhajjbrothers #denaihatinetwork #adpstudios #pwtc #jopana.my

Tiada ulasan: