PENERIMA ANUGERAH AWEN, NISA BAKRI 'GILAKAN' REMPAH. KENAPA?
Puan Sri Shariffa Nisa Binti Syed Hamid atau lebih dikenali dengan nama singkatnya, Nisa Bakri sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri perniagaan pemakanan.
Apatah lagi, isteri kepada mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin ini sering kali muncul pada beberapa program masakan di kaca tv malah mengeluarkan rangkaian pes masakannya sendiri di bawah label dirinya, nisabakri.
Jika nak diperincikan perwatakannya, Kak Fas percaya ramai yang setuju walau pun namanya gah namun sifat lemah lembut dan mesranya membuatkan khalayak senang mendampinginya. Jauh sekali terpancar riak wajah ‘sombong’ seorang isteri ternama dan popular sebaris personaliti atau selebriti tempatan.
Kak Fas masih ingat pertama kali bertemu Puan Sri ketika beliau melancarkan pes masakannya pada bulan Disember 2015 dengan memperkenalkan dua jenis pes ketika itu - pes Asam Pedas dan pes Kari Ikan.
Terkini, sudah ada tujuh pes yang dikeluarkan meliputi Pes Asam Pedas Tuanku, pes Mee Kari, pes Masala Ayam, pes Kari Seafood, pes Rendang Ayam Betutu, pes Gulai Sayuran dan pes Mee Kari Terangkat Leleh.
Terkini, sudah ada tujuh pes yang dikeluarkan meliputi Pes Asam Pedas Tuanku, pes Mee Kari, pes Masala Ayam, pes Kari Seafood, pes Rendang Ayam Betutu, pes Gulai Sayuran dan pes Mee Kari Terangkat Leleh.
Wah! nama pesnya pun ‘terangkat’ dan unik kan? Pes Asam Pedas Tuanku tu mesti dicipta khas apabila menerima tempahan masakan untuk kerabat diRaja.
Jadi waktu itu, walau pun baharu bertemu namun Puan Sri cukup ramah melayan seolah sudah lama pula berkenalan dan apabila sekali sekala bertembung pada majlis-majlis yang turut dihadirinya Puan Sri tetap mengingati Kak Fas walau pun nama Kak Fas tidak berdering dalam ingatannya haha… tidak mengapa Puan Sri janji ingat.. itu sudah cukup bermakna.
Dan baru-baru ini ketika mendapat jemputan ke majlis meraikan kejayaan beliau sebagai salah seorang daripada 9 penerima dari Malaysia yang dianugerahkan ‘The Outstanding ASEAN Women Entrepreneur Award 2019' anjuran AWEN (ASEAN Women Entrepreneur Network), sudah tentu Kak Fas tidak melepaskan peluang tersebut.
Pertemuan lebih 'intimate' di Faroz Cafe yang indah hiasannya dalam sebuah majlis minum petang bersama rakan media dan bloggers, diaturkan oleh rakan blogger, Misz Ella, membangkitkan kembali nostalgia apabila salaman diiringi kata-kata, “lama tak jumpa…ya I kenal dia kerana pernah interbiu I dulu…” kala membalas perkenalan Misz Ella untuk Kak Fas kepada Puan Sri.
Wajahnya tidak ubah seperti dahulu, tetap awet muda dan cantik. Sudah tentu pes masakan yang berkonsepkan ‘easy healthy cooking’ yang diperkenalkan dan diamalkan dengan gaya hidup sihat mengekalkan kelangsingan tubuh badannya.
Jadi apa lagi korang… cuba contohi ‘lifestyle’ Puan Sri Nisa ini ya…. selain sebuk dengan hal ehwal dapur, beliau tidak ketepikan tugasan kemasyarakatan.
Tajuk bukunya "I Am Not A Chef' jelas membayangkan sifat rendah dirinya waima mengakui beliau bukanlah seorang Chef profesional tetapi ‘passion’ nya terhadap masakan sejak anak dara lagi membuatkan dirinya rajin mencipta resepi untuk dikongsikan kepada khalayak.
Menjadikan Dato Chef Wan sebagai idolanya, Puan Sri memberitahu banyak belajar mengenai ilmu kulinari daripada chef selebriti terkenal itu.
“Saya banyak membeii buku masakan Chef Wan dan kesemua resepi yang saya cuba menjadi jadi saya rasa dia tak bohong dan sebab itu saya suka masakan dia,” ujar Nisa.
Menurut beliau, banyak nasihat yang diperoleh dari Chef Wan terutama berhubung dengan rempah-rempah dipelajarinya.
‘Saya ni gilakan rempah jadi banyak ilmu yang Chef Wan bagi pada saya berhubung soal rempah contohnya kalau kunyit jangan campur dengan pudina sebab baunya akan lari dan tak akan dapat vitamin yang sepatut dan sebagainya,” tambah Puan Sri berhubung nasihat yang masih diguna pakai dan diingati dari Chef Wan.
Panjang sebenarnya perbualan Kak Fas dengan Puan Sri almaklum beliau petah berbicara namun sesuatu yang menarik sudah tentu usaha murninya dalam kerja kemasyarakatan dan hal ehwal wanita.
Selain menjadi inspirasi kepada kaum sejenisnya melalui program-program motivasi dan ceramah, beliau tidak ketinggalan menghambakan diri kepada golongan asnaf.
Kerja amal kali pertamanya bermula pada tahun 2015, melalui program yang dinamakan ‘Wakaf Ramadan Food Mission’ dimana beliau menyediakan perkhidmatan membekal makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Malah program mendekati golongan yang kurang bernasib baik melalui masakan Puan Sri Nisa Bakri ini masih berlangsung sehingga ke hari ini.
Mengakui dirinya tidak boleh duduk diam tanpa melakukan apa-apa, aktiviti Puan Sri Nisa sentiasa dipenuhi dengan pelbagai acara setiap tahun jika tidak sebuk dengan program masakan di kaca tv sejak 2016 sekali pun.
Pada tahun 2017, jenama nisabakri memasuki pasaran Indonesia apabila Sambal Rasia dan Sambal Lemak Cili Api mula diperkenalkan kepada penggemar-penggemar masakan tradisional Malaysia di negara jiran tersebut.
Puan Sri Nisa Bakri turut muncul di dalam Metro TV Jakarta pada tahun 2018 bagi mempromosikan jenama beliau.
Kenangan paling terujanya kenangnya, apabila berpeluang meyediakan masakan tradisional Malaysia untuk 40 orang delegasi Malaysia di Sepanyol pada tahun 2017 di sebuah Restoran Spanish di Jaen yang dimiliki oleh Chef Antonio, seorang Chef Michelin bertaraf 3 bintang.
Malah setahun kemudian, beliau mencipta sejarah lagi apabila jenama nisabakri terpilih sebagai pembekal makanan di London Fashion Week 2018. Wow!
Pelbagai masakan tradisional Malaysia yang telah diberi sentuhan kreatif oleh beliau mendapat pujian dari tetamu yang hadir ke pertunjukan berprestij itu.
Antara masakan tradisional Malaysia yang mendapat sentuhan kreatifnya meliputi Bebola Ayam bersama Sos Chutney Pudina, Laksa Goreng Asam Pedas, Canapes Nasi Lemak Timun, Salad Kacang Kuda dan Quinoa, Dodol Malaysia atau Malaysian Toffee bertoppingkan Karamel, Brownie Coklat, Kuih Makmur dan Tat Nenas.
Pendekata, beliau tidak mahu meletakkan nokhtah pada perjuangannya memberi inspirasi dan membangkitkan semangat juang wanita untuk bangun waima menyumbangkan sesuatu yang berbakti kepada negara.
Tidak syak lagi penerimaan Anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 yang digenggamnya itu tepat diterimanya.
Sebanyak 40 pencalonan dari kalangan ahli perniagaan wanita Malaysia diterima di mana hanya sembilan (9) orang pemenang dipilih untuk menerima anugerah tersebut pada malam anugerah yang diadakan pada 21hb Jun 2019 di Hotel JW Marriot, Bangkok, Thailand.
Selin itu, Puan Sri Nisa Bakri turut mencipta sejarah apabila diberi pengiktirafan sebagai Top Outstanding Gourmet Ambassador di World Gourmet Award 2018 dan baru-baru ini telah dilantik sebagai Culinary Advisor oleh World Gourmet Award Association 2019.
Dengan pelbagai anugerah lain dimilikinya, Puan Sri Nisa Bakri membuktikan bahawa setiap wanita boleh berjaya dengan cara tersendiri tanpa mengenal penat lelah atau jemu malah dengan komitmen jitu setiap orang mampu membina impian masing-masing sejauh langit ke tujuh sekali pun.
Nasihatnya, “Kita jangan layan komen negatif netizen, ambil yang positif sahaja."
“Kepada kaum wanita yang terpaksa memasak, anda harus sentiasa tampil segar dan cantik. Cubalah pes saya yang mengamalkan makanan sihat,” tambahnya.
Kak Fas setuju apabila memasak waima mahu menambat hati dan perut suami kita harus ikuti nasihat Puan Sri mengikut adunan seperti ini:
Kak Fas setuju apabila memasak waima mahu menambat hati dan perut suami kita harus ikuti nasihat Puan Sri mengikut adunan seperti ini:
Dengan adanya tujuh jenis pes, Puan Seri Nisa tidak bercadang mahu menambahkan lagi perisa malah dalam tempoh berakhir tahun ini beliau mahu tumpukan kepada pes yang popular sahaja.
“Kemungkinan saya akan kurangkan dan fokus kepada 5 pes yang diminati ramai sahaja seperti yang paling laris, pes Assam Pedas, Seafood Nelayan dan Rendang Ayam Betutu,” akhiri ibu jelita ini.
Info lanjut berhubung pembelian pes nisabakri boleh layari IG @nisabakriofficial_ atau dapatkannya di 18 outlet tertentu Mydin.
Kak Fas: Tahniah Puan Sri Nisa! Teruskan perjuangan! Dan jangan lupa saya ya hahaha…
Pix: Sumber IG @nisabakrioffical_
#nisabakri #homegrownproduct #foodpaste #instantpaste #cookwithlove #iamnotachef #inspiringstory #empoweringwomen #awen
#nisabakri #homegrownproduct #foodpaste #instantpaste #cookwithlove #iamnotachef #inspiringstory #empoweringwomen #awen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan