Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELANJA DI BATA, MENANGI KERETA, BERCUTI KE PRAQUE


Korang nak menang kereta baharu atau pun bercuti ke Praque, Czech Republic?

Best kan kalau bertuah dapat?

Tapi tidak salah mencuba ya tak?

Jadi apa kata kita pakat masuk peraduan yang dianjurkan oleh Bata Malaysia apatah lagi jika korang pelanggan tetap kasut Bata.

Bila sebut Bata, Kak Fas terlalu teringat pada zaman persekolahan dulu. Kasut jenama inilah yang setiap tahun Kak Fas tukar baharu bila masuk sekolah tahun baharu. Arwah baoa akan bawa pergi ke BATA.

Korang pun mesti macam Kak Fas tak gitu?

Ok kisahnya, mulai sekarang sehingga bulan September depan, sesiapa yang berbelanja minima RM50 atau ke atas di mana mana kedai BATA dengan menggunakan kad ATM MyDebit berpeluang memenangi sebuah kereta baharu atau bercuti ke Praque.

Korang cuma perlu menyertai peraduan 'Shop, Wave & Win" yang dianjurkan.

Selepas berbelanja korang perlu snap gambar resit Bata berkenaan bersama dengan resit slip transaksi MyDebit dan hantarkan melalui WatsApp ke talian +6018 662 1223. Mudah kan?



Seorang pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah Proton Persona model 2019 sementara tiga pemenang lain mampu memenagi percutian  untuk dua orang ke Praque, Czech Republic.

Pemenang tempat  kedua dan ketiga berpeluang memenangi antara 10 unit telefon pintar 'Apple’s iPhone XR 64Gb' dan iPad 9.7 inci.

Selain itu, 200 hadiah sagu hati akan menerima baucer dari Bata bernilai RM100 seorang.

Peraduan 'The “Shop, Wave & Win” ini dianjurkan oleh Bata Malaysia bersama Payment Network Malaysia (PayNet) bagi menggalakkan perbelanjaan tanpa wang tunai bagi menyokong penggunaan berbelanja secara digital.

Peraduan tamat pada 15 September 2019.

Maklumat lanjut layari  www.bata.com.my / www.mybatacampaign.com atau ikuti laman sosial Bata Malaysia dalam FB Bata Home atau platfom Instagram @batamalaysia.

#batamalaysia @batamalaysia #paynet #peraduan


1 ulasan:

awangtahir berkata...

kalau guna kredit kad guna no pin boleh ke sertai peraduan ini