Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RASAI KENIKMATAN MASAKAN TIMUR TENGAH DI RESTORAN SAHALA CYBERJAYA


Ada kah anda tinggal di pusat membangun Cyberjaya yang terletak kira-kira 26 kilometer daripada kota kosmopolitan Kuala Lumpur?

Dan adakah anda juga penggemar makanan Timur Tengah yang lazimnya banyak terdapat sekitar kawasan Bukit Bintang?

Agak jauh juga kan jika mahu memandu ke Kuala Lumpur semata-mata nak menjamu selera masakan Arab apatah lagi jika keinginan itu timbul kala waktu malam?

Usah gusar, anda tidak perlu lagi pergi jauh untuk ‘jalan jalan cari makan’ kerana Cyberjaya sudah mempunyai sebuah restoran yang menghidangkan kulinari Timur Tengah-Yaman-Turki.

Restoran yang diberi nama ‘Sahala’ itu terletak di Cottage Walk, Persiaran APEC, Cyberjaya.

Bila menyebut ‘Sahala’ jangan pula tersalah sebut  ‘Sahara’ pula ya… itu padang pasir tau hihi….tetapi yang pasti kerana ‘Sahara” juga Kak Fas dapat mengingati restoren ‘Sahala’….Teringat pula penyanyi otai Sahara Yaakob huhu....

Ok balik pada topik ....sebenarnya, restoran ini telah bermula operasi sejak akhir tahun lalu hasil cetusan idea pengasasnya, Saeed Omar (kiri) bersama beberapa rakan kongsinya.

“Keputusan membuka restoran di Cyberjaya ini diambil setelah berkunjung ke sini pada tahun 2017 serta melihat ada potensi besar untuk membuka restoran berkonsep Arab/Yaman/Turki,” tambah Saeed.

VIVIENNA bersama cucu Kak Fas.
Beliau berkata demikian  pada sidang media sempena majlis perasmian restoren nya bersama tetamu jemputan,  Vivienna Alfred yang merupakan Pengarah Kebangsaan Ratu Cosmopolitan Malaysia 2019 selaku jurucakap restoran Sahala.

Kak Fas ini jarang sangat ke Cyberjaya dan disebabkan itu juga sudah tentu ‘Sahala Restaurant’ tidak langsung berada dalam simpanan kotak pemikiran. 

Barangkali selepas ini Kak Fas akan selalu berkunjung ke Cyberjaya waima baru beberapa hari sebelumnya, anak Kak Fas menyewa sebuah apartmen berdekatan.

Disebabkan itu, buat pertama kalinya juga sehari sebelum hari perasmian Kak Fas mengambil keputusan untuk bermalam di Cyberjaya agar tidak perlu bergegas mengejar kesesakan lalu lintas pada pagi hari.

Bila dicari melalui ‘waze’ lokasi ‘Sahala Restaurant’ hanya kira-kira 5 minit pemanduan dari rumah anak. Tidak sia-sia Kak Fas mengambil keputusan untuk bermalam di Cyberjaya hihi….

Bangunan dua tingkat yang terletak paling hujung (corner lot) dengan jelas memaparkan nama ‘Sahala Restoran’ jadi tidak sukar mencarinya apatah lagi bersebelahan kawasan lapang stesen minyak Petronas.

Cermin kaca mengelilingi kedai memperlihatkan hiasan dalaman yang kasual dan harmonis dengan keluasan yang selesa untuk sebarang acara persendirian sekali pun.

Kak Fas sebenarnya jarang memasuki restoran Arab kecuali mendapat jemputan, jadi sudah tentu juga selera memakan masakan Timur Tengah yang dipengaruhi oleh resepi Yaman dengan pengaruh Turki ini sesuatu yang di luar citarasa lidah.

Jadi apabila dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk masakan Arab ini, Kak Fas memilih mana yang rasa sesuai bagi tekak sambil mencuit sikit-sikit pada hidangan yang  nampak menarik.

Memandangkan pada hari berkenaan, Kak Fas terpaksa membawa cucu yang meminta nasi, Kak Fas memulakan hidangan dengan mengaut Nasi Arab berserta ayam goreng sayur Mogal jika tak salah.

Bila disuapkan kepada cucu nampak selera sungguh dia menjamahnya. Pasti sedap tu fikir hati dan Kak Fas pun terus makan sesudu dua. Memang lazat nasi Arab berkenaan. Terpaksa tambah hidangan hihi....

Setelah puas dengan rasa keenakannya Kak Fas mencuba beberapa lagi menu yang tersedia antaranya seperti Ayam Mandee, serba sikit sajian BBQ Sahala stail Turki serta daging kambing yang berbungkus dalam kertas aluminium. Lihat video di bawah ini:



Sebenarnya apabila melihat bungkusan kertas aluminium tu, hati tertanya-tanya juga apa di dalamnya. Kerana itulah Kak Fas mengambilnya untuk melihat isi kandungan dan ternyata ia daging kambing dan ubi kentang yang cukup lembut dan lazat.

Beberapa menu lain yang diperkenalkan meliputi Lamb Zorbian, Chicken Sab, Massub Malaki, Istanbul Roll Kebab, Lamb Mandee dan Roti Turki.
Menurut, Saeeb, Sahala mencipta sendiri masakannya dengan menggabungkan budaya Yaman serta pengaruh Turki menjadikan resepinya unik dan tersendiri apatah lagi tukang masak dan krewnya mempunyai 50 tahun pengalaman dalam perniagaan makanan di seluruh dunia, dari London ke Shanghai gitu…



Menitikberatkan ramuan terbaik dan segar serta kebersihan dalam penyediaan makanannya agar yang terbaik tiba di meja anda, setiap menu dipastikan memuaskan selera pengunjung.

Sejak penubuhannya, ‘Sahala’ telah memenuhi pelbagai spektrum pelanggan dan pencinta makanan yang  pelbagai. 

Ia pernah menjadi tuan rumah acara utama termasuk Road2Harameen, dengan Duta Arab Saudi sebagai tetamu, serta persidangan akhbar Miss Cosmopolitan World Malaysia 2019 yang terkenal di dunia sekitar 2 bulan yang lalu. 




Kak Fas percaya dengan penyampaian dari ‘mulut ke mulut’  serta promosi melalui media massa serta socmed, restoran Sahala dijangka akan terus menjadi pilihan kegemaran bagi acara korporat dan komersil di Cyberjaya dan Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan