SAKSIKAN SERBAN, RAMBUT, JANGGUT & PEDANG RASULLULLAH DI PWTC
Alhamdullillah! Puas!
Itulah yang dapat Kak Fas simpulkan sebaik sahaja berpeluang menyaksikan lebih kurang 72 artifaks yang antaranya berkait rapat dengan Nabi Muhammad SAW pada Pameran Artifak Rasullullah SAW dan Para Sahabat RA yang sedang berlangsung di Dewan Tun Razak, Tingkat 4 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Disempurnakan perasmiannya oleh Mufti Wilayah Persekutuan,
Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan, pameran yang dianjurkan Manhajj Brothers Sdn Bhd ini mensasarkan mampu menarik kehadiran kira-kira 150,000 pengunjung.
Turut hadir, Pengarah Urusan Manhajj Brothers, Datuk Anuar Hassan dan Dato Adi Putra, Pengarah Urusan ADP Studio sebagai salah seorang rakan penaja yang telah bekerjasama sebanyak empat kali dalam melaksanakan pameran.
Sebelum Kuala Lumpur, Pameran Artifak Rasullullah pernah diadakan di Terengganu, Melaka dan Johor malah turut jelajah ke luar negara seperti di Medan dan Acheh, Indonesia bahkan destinasi seterusnya dijangka dianjurkan di Kanada.
Bertempat di Dewan Tun Razak, Aras 4, pengunjung yang membayar tiket masuk RM20 untuk dewasa, RM10 (mahasiswa) dan RM5 bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun berpeluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri beberapa artifak penting yang melingkari hidup Rasullullah SAW seperti serbannya, pedangnya waima rambut dan janggutnya sekali pun.
Lebih menarik lagi, pengunjung boleh merasai dan memegang sebongkah batu meteroit yang jatuh ke bumi dari angkasa berusia lebih daripada 35 juta tahun. Wow! Batu berona kelabu asap itu tetap sejuk disentuh tangan.
Selain itu, anda juga berpeluang menyaksikan kain kiswah Kaabah, pedang Sultan AL-Fatih, pedang Muaz bin Jabal dan kunci Makam Saiditina Fatimah serta kunci Kaabah.
Bayangkanlah ada lebih 72 artifak yang dipamerkan jadi anda perlu meneliti satu persatu dan jangan tergesa-gesa untuk keluar tau.
Menariknya sambil memperoleh ilmu dan pengetahuan kehebatan Tamadun Islam, pengunjung yang mahu mengabadikan kenangan di situ bolehlah berkunjung ke ‘photo booth’ di mana dengan bayaran cuma RM15 anda bukan sahaja mendapat sekeping foto berlatar belakangkan kain pintu Kaabah bahkan jika bertuah boleh memenangi hadiah lumayan yang disediakan, Antaranya sebuah motosikal Yamaha Y15 yang sedang viral dan popular kini.
Menerusi peraduan yang dinamakan ‘Ride To Y-Suku’, anda perlu mengikuti syarat-syarat yang dinyatakan bagi berpeluang menyertainya namun haruslah bergambar di Manhajj Photobooth berkenaan.
Kak Fas pun tidak melepaskan peluang bergambar di hadapan kain Kaabah tersebut bahkan turut menempah untuk membuat nama Kak Fas dalam tulisan khat dengan hanya bayaran RM5. Ini boleh dijadikan ‘book mark’ hihi…
Jika nak nama di tulis pada kad yang lebih besar pun ada tetapi bayaran pun lebih sikitlah.
Nak tahu berapa.. cepat bawa keluarga ke pameran berkenaan sebelum ‘putih mata’. Tinggal lagi seminggu tau….
Info lanjut layari LAMAN INI.
Info lanjut layari LAMAN INI.
PIX Kredit Megat. |
Kak Fas: Sebuah pameran yang harus dikunjungi oleh semua jika mahu mendekatkan diri dengan Rasullullah SAW dan para Sahabat RA khsusunya para mahasiswa yang mahu mengenali sejarah Nabi Muhammad saw serta Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan