Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK MENANG HADIAH LUMAYAN PENSONIC? JOM!

PENSONIC antara satu-satu jenama yang mampu milik dan terkenal di kalangan pengguna malah menduduki tempat ketiga dalam senarai kategori Peralatan Kecil (Small Appliances) dan Peralatan Penyediaan Makanan (Food Preparation Appliances) di Malaysia yang paling popular.
Sekiranya anda sering membeli produk Pensonic, barangkali anda mungkin bertuah dapat membawa pulang sebuah kereta apabila membuat pembelian dengan hanya minima RM50 dalam satu resit.
Ya... ini bukan 'main main' ini 'betoi betoi'....
Sempena kempen-kempen Pensonic yang disiarkan di TV3 setiap tahun, program ini sering menyediakan aktiviti menarik kepada pengguna sebagai penghargaaan atas sokongan mereka yang menyaksikan tontonan mencapai lebih daripada 7.7 juta pada musim keempat tahun lalu.
Rancangan musim ini  lebih meriah dengan tema barunya, ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’. 
Dah tentu sekali bertepatan dengan bulan Kemerdekaan Negara, rancangan yang mengandungi 8 episod ini akan keudara setiap Hari Isnin, jam 6 petang bermula 12 Ogos 2019. 
Menariknya, selepas menonton, khalayak boleh selak Facebook Pensonic dan jawab satu soalan mudah pada 'Peraduan Beli, Tonton & Menang' untuk peluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000 termasuk sebuah kereta Nissan Serena dan produk elektrik rumah. 
Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:
  1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit semasa kempen iaitu dalam tempoh 15 Julai hingga 15 Oktober 2019. 
  2. ‘Like’ & ‘Share’ Facebook Pensonic & poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am). 
  3. Tonton rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ di TV3. 
  4. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB. 

Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini. 

Selain dari Hadiah Nissan Serena, Hadiah Istimewa termasuklah:
  1. Vacuum Robotik Pintar Toush
  2. Penyaman Udara 2.0h/p Pensonic
  3. Mesin Basuh 8.5kgs Pensonic  
  4. TV LED 43” Pensonic 

Senarai hadiah-hadiah istimewa akan dipaparkan di Facebook Pensonic tidak lama lagi. 

Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 12 Ogos 2019.  

Hadiah mingguan akan dipaparkan di poster soalan peraduan, oleh itu sila ke Facebook Pensonic selepas menonton rancangan ini di TV3.


Pengguna yang menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang, yang memenangi hadiah, dan juga peserta-peserta yang memenuhi syarat-syarat peraduan tetapi tidak pernah memenangi hadiah, masih berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Peringkat Akhir (Grand Final) pada bulan November 2019, yang akan disiarkan di Facebook Pensonic dan memenangi hadiah-hadiah, termasuk sebuah kereta Nissan Serena bernilai lebih RM131,000.00! 

Kali ini,  Dato’ Chef Haji Ismail bersama 11 selebriti ‘Anak Malaysia’, berkongsi resipi-resipi tempatan yang menyelerakan sebagai penghargaan kepada masakan-masakan tempatan.

Antara selebriti popular ‘Anak Malaysia’ tempatan dalam rancangan pada kali ini ialah Adeline Tsen, JC Chee, Ernie Zakri, Izzue Islam, Thanuja Ananthan, Bella Astillah, Fizo Omar, Diana Daniele, Sweet Qismina, Ryzal Jaafar dan  Afifah Nasir.  

Penonton di rumah yang menonton rancangan masakan ini dan menyertai peraduan Beli, Tonton & Menang mempunyai banyak peluang memenangi produk Pensonic kerana terdapat 3 hadiah untuk dimenangi setiap minggu selama 8 minggu.    

Oleh itu, setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat, mempelbagaikan masakan anda dengan mempelajari resipi-resipi baru dalam rancangan ini, dan juga menonton selebriti kegemaran anda memasak dengan Dato’ Chef Haji Ismail. 


"Sebagai penghargaan kepada kebudayaan tempatan, kami telah melancarkan satu siri produk Pensonic yang elegan dengan corak geometrik tradisional yang diberi nama Siri Batik Pensonic. Kami berharap anda akan melengkapi dapur anda dengan Siri Batik Pensonic kerana peralatan ini dapat membangkitkan kesedaran generasi muda kita mengenai kekayaan warisan budaya kita," kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Pensonic, En. Nelson Chew (dua dari kiri).



Menurt Chew, selain dari rancangan masakan, Pensonic juga telah mengadakan kelas memasak di lokasi-lokasi terpilih di negara ini. 

Kelas Memasak ‘Riang Ria Memasak Bersama Dato' Chef Ismail’ telah diadakan di Kelantan, Kuala Lumpur, Sabah, Butterworth, Pulau Pinang dan Pahang. 

Setiap pasukan yang menyertai kelas memasak ini telah membawa pulang hadiah-hadiah bernilai RM450.00, yang juga termasuk Periuk Serbaguna Pensonic. 

Jika anda berminat menyertai kelas memasak kami pada tahun hadapan, sila ‘Follow’ Facebook Pensonic untuk mengetahui caranya kerana tempat untuk peserta adalah terhad!”, tambah beliau. 


Kak Fas: Tertarik mendengar Izzue Islam membawa lagu "My City" yang menceritakan keindahan negeri kelahariannya, Kelantan Darul Naim.

Baca artikel berkaitan DI SINI.





  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan