Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DARI PENAGIH DADAH, UNGKU ISMAIL BERALIH KE RASUAH?


Pada bulan Ogos tahun lalu, laporan statistik  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan  sebanyak 46.3 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan dari 2014 hingga Jun 2019 adalah kakitangan awam.

Dan daripada angka 4,860 individu itu pula, 53,4% yang ditahan SPRM bagi tempoh sama adalah golongan muda yang berusia 40 tahun. Malah kajian turut mendapati sebanyak 22.1 peratus responden penjawat awam mengakui sanggup menerima rasuah jika mempunyai kuasa atau kedudukan.

Wow! Membimbangkan juga angkanya kan?

Apa pun usaha SPRM dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni & Budaya menerusi Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan teater berkaitan rasuah harus dipuji.

Berjudul “Semarak PertiwiKu”, arahan Muhammad Azri Ali, akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya selama dua hari sahaja bermula 30 hingga 31 Januari 2020 ini.

Menariknya, pelakon yang kini sedang hangat diperkatakan sebagai ‘Fir’ yang membawa watak seorang penagih dadah dalam drama rantaian TV3, “Adellia Sofia’ iaitu Unku Ismail Aziz merupakan teraju utama di samping Sherie Merlis dan pelakon lain antaranya sepertii Anding dan Taufik Hanafi. 

Tetapi kali ini beliau diberikan watak seorang ‘datuk perasuah’.

“Watak asal teater ini dilakonkan oleh Azhan Rani ketika pertama kali dipersembahkan di Kuching, Sarawak pada Julai lalu tetapi dek kerana beliau sebuk, saya ditawarkan peranan itu,” ujar Ungku Ismail ketika ditemui pada majlis pelancaran teater tersebut di Istana Budaya baru-baru ini.

Menurutnya, lakonan Azhan untuk wataknya dahulu itu bersifat komedi namun untuk pementasan kali kedua ini, beliau akan membangkitkan sisi lain pada watak tersebut.

“Saya kurangkan komedi tetapi lebih serius dan akan menari sambil menyanyi sekali gus,” cerita Ungku Ismail serba sedikit mengenai watak seorang Datuk yang dipegangnya.

Turut hadir bersama pada majlis pelancaran, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato Mohamed Juhari Shaarani.

Berhubung penganjuran teater, Latheefa Koya memberitahu, mesej yang ingin disampaikan kepada penonton sudah tentu tentang bahana ketamakan yang membawa kepada rasuah serta keruntuhan sebuah kerajaan.

Beliau berharap ia membawa aspiras kepada setiap anggota masyarakat  termasuk penjawat awam supaya mengamalkan integriti tinggi dalam tugasan masing-masing.

“Ini bukan pertama kali SPRM nendekati masyarakat melalui seni tetapi telah lama diIaksanakan. Sebelum ini pada Oktober 2017, SPRM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Aswara telah mementaskan naskhah bertajuk "Bahara Emas”,” tambah Latheefa.

Katanya, atas sambutan hangat yang diterima ketika pementasan ‘Semarak PertiwiKu’  ketika dipentaskan kali pertamanya di Kuching, Sarawak, SPRM mahu  mempersembahkannya pula di Kuala Lumpur

Persembahan yang masih dikekalkan dalam dialek Sarawak turut membabitkan 
Pengarah Projek, Abdul Walid Ali, Pengarah Artistik, Muhammad Qawiem Hamizan dan Pengarah Muzik, Iran Musodiq.

Bercakap lanjut, Latheefa memberitahu, beliau yakin teater ini  mampu menyemai semangat patriotisme selain mewujudkan kehidupan yang maju, aman dan sejahtera. 

“Inilah sumbangan SPRM kepada rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan yang bersih dan bebas rasuah,” sambung Latheefa Koya. 

Yang paling menariknya, inilah peluang orang ramai memasuki Istana Budaya untuk menyaksikan teater iini secara percuma di mana mereka hanya perlu membuat tempahan awal bagi mendapatkan tiket berkenaan.

Pementasan dijadualkan melalui 2 slot persembahan iaitu pada waktu petang dan sehari pada waktu malam malah disyorkan jemputan dapat direbut oleh penjawat awam dan ‘stakeholders’ (pemegang taruh) SPRM yang telah banyak bekerjasama sepanjang 2019 di dalam pelbagai projek pencegahan yang dianjurkan.

Semarak PertiwiKu mengisahkan kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan dan kerana itu tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega. 

Jadi jika mahu mendapatkan tiket percuma itu boleh menghubungi talian 03 88911501 (Kumaran Regaya); 03 88911468 (Azami) atau 03 88911471 ( Saiful Azri). 
Kak Fas: Nak tonton perubahan watak Ungku Ismail sebagai seorang penagih dadah dalam 'Adellia Sofia' kepada seorang Datuk perasuah malah nak tengok beliau menari dan menyanyi sekali gus. Beliau antara salah seorang pelakon yang versatil dan paling Kak Fas suka menonton lakonannya.

#ungkuismailaziz #semarakpertiwiku #istanabudaya #sprm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan