Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM G GANSU...MANA TU?




Jika di sebut 'jom g Ganu'... sudah tentu semua maklumkan... apa yang dimaksudkan pada empat abjad itu adalah ringkasan bagi negeri Terengganu.


Tetapi jika disebut 'Gansu' tentu ramai yang garu kepala dan bertanya negeri mana pulak tu ya tak? Malah Kak Fas pun belum pernah mendengar tempat ini.

Gansu merupakan sebahagian daripada provinsi di tanah China, terletak di bahagian Utara  yang merupakan gabungan antara tanah tinggi Tibet dan Monggolia.

Dan antara destinasi uniknya ialah Yellow River yang mana ia merupakan laluan Sungai Yangtze yang terletak di daerah Baiyin di negeri berkenaan serta melingkari bandar utamanya, Lanzhou.



Lebih menarik, ia juga merupakan  tapak pertama untuk laluan ke Tembok Besar China dan faktor ini bakal menawarkan pengembaraan mengujakan buat si pengembara.

Gansu memiliki  keluasan  454,000 km persegi serta memiliki populasi lebih daripada 26 juta penduduk, meletakkannya pada senarai bilangan penduduk ke 22 di tanah besar China.

Gansu yang  mengalami iklim empat musim, menawarkan  pelbagai kawasan  menarik untuk dikunjungi sama ada di utara, selatan, timur dan barat Gansu.
Runtuhan pintu di Yumen Pass, yang dibina semasa dinasti Jin (265-420)
Ia juga kaya dengan keindahan kebudayaan dan sejarah untuk ditonjolkan kepada kumpulan pelancong.

Tetapi yang paling utama diketahui, Gansu merupakan negeri mesra muslim kerana terdapat sebuah daerah di negeri ini yang penduduknya  ramai komuniti Islam, membolehkan rakyat Malaysia beragama Islam khususnya menikmati makanan halal tanpa sebarang masalah waima terdapat sebuah masjid di situ.

Menurut Pengarah Jabatan Pelancongan & Kebudayaan Antarabangsa Hong Kong, Macau, Taiwan yang bercawangan di  Gansu, China,  Sun Sen, terdapat sebuah daerah di negeri itu yang dikenali sebagai Mekah kecil.

“Pelancong muslim tidak perlu risau mengenai aspek  makanan dan minuman di sini kerana jabatan turut memantau tahap kebersihan dan pengesahan halal di premis yang menyediakan menu halal kepada pelancong,” kata Sun Sen dalam ucapan pada majlis pelancaran 'Mempromosikan  Kebudayaan dan Perlancongan Gansu, China' di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), Tourism Malaysia, Chan Hon Mun.

Bertemakan, ‘Silk Road in Symphony, Gansu in Harmony’  ia dilihat bersesuaian dengan negeri tersebut yang memiliki gabungan  pembangunan, kebudayaan serta menjadi jalan penghubung Koridor Perdagangan, ketenteraan serta mempunyai sejarah perubahan ketemadunan yang hebat.

Majlis turut menyaksikan satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara kedua belah pihak iaitu antara Gansu dan Malaysia bagi mengerat dan mengukuhkan hubungan bagi mempromosikan destinasi pelancongan ke dua buah destinasi tersebut.

Bercerita lanjut, Hon Mun seterusnya menjelaskan, pihaknya berbangga kerana Kuala Lumpur dipilih oleh pihak berkuasa pelancongan di Gansu, China  untuk mempromosikan produk pelancongan dan kebudayaan mereka.

“Ini akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Gansu bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang berlangsung kini, yang mana kami akan mengambil peluang ini mempromosikan Malaysia dalam kalangan rakyat dari negeri China,” katanya.


Tambah Hon Mun, kerjasama ini juga akan dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancong di dua buah negara dan selain itu, ia bakal membina satu platform yang menguntungkan dalam industri pelancongan untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, Sun Sen memaklumkan, sebagai permulaan kerjasama antara dua negara, pihaknya akan menawarkan beberapa pakej menarik untuk dipilih oleh ejen pelancongan Malaysia melancong ke Gansu.

“Pada peringkat awal, ini akan menarik minat pelancong di Malaysia datang ke Gansu dan kami berharap kerjasama ini terus berpanjangan dalam jangka masa Panjang,” tambahnya.


Derngan keunikan geografinya serta kemudahan mesra muslim, tidak syak lagi Gansu boleh menjadi pilihan rakyat Malaysia yang sebelum ini banyak tertumpu pada lawatan ke  Beijing, Guangzhou dan Xian.

Jadi sekiranya pada musim cuti persekolahan pertama pada Mac ini, anda merancang percutian ke China bolehlah pilih Ganzu apatah lagi ungkapan orang dulu-dulu pun ada berkata, 'tuntut lah ilmu sampai ke negeri Cina'.

Sudah tentu ada sejumlah alasan kuat kenapa China diletakkan sebagai negara yang perlu dikunjungi bertujuan menuntut ilmu.

Di antaranya, sebelum ajaran Islam diturunkan Allah SWT, peradaban masyarakat Cina sudah terdengar di negeri Arab sebelum 500 M.

Malah dalam dunia perdagangan, penduduk Cina dikenali sebagai masyarakat yang sangat pandai sehingga ramai juga umat Islam menyerap ilmu pengetahuan serta peradaban dari negeri itu.

Untuk rekod, perdagangan dua hala antara Malaysia dan China meningkat kepada paras tertinggi baru pada 2018, naik 13 peratus kepada RM443 bilion daripada RM392 bilion pada 2017.



#Gansu #China #TourismMalaysia #YellowRiver #Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan